BAB 17

19.4K 943 6
                                    

Uwais menekup mulut Aira dengan menggunakan kain tuala kecil yang mengandungi cecair.

Dicempung tubuh kecil tu ke keretanya dan dipecut laju meninggalkan kawasan tersebut sebelum ada yang nampaknya.

Aira disebelah dipandang sekilas dengan senyuman sinis di bibirnya. He want it, he get it.

AIRA mencelikkan matanya memandang sekeliling. Dia berada di sebuah bilik yang dia tidak tahu bilik siapa.

"Sakitnya."Dipegang sisi kepala yang kian berdenyut. Berkerut dahi nya menahan sakit akibat terbau cecair tadi.

Uwais melangkah masuk ke dalam bilik tersebut dengan berpeluk tubuh.

"welcome to Uwais Ruzaiqi prison."katanya dengan senyuman sinis tidak lekang dari bibir.

"Uwais nak apa lagi? Cukuplah ganggu hidup Aira." Mohon nya. Dia sudah lelah dengan Uwais yang tidak habis habis mengganggu nya.

"Kau tahukan aku nak kan kau. Jadi apa yang aku nak aku akan dapatkan nya even cara kasar."Uwais naik ke atas katil tu dan didekati Aira. Direnung mata redup tu. Cantik, dia suka.

Tangan kiri naik mengelus lembut pipi gebu tu. Ditarik perlahan pipi Aira. Gadis tu menepis tangan Uwais yang menyentuhnya.

"Aira nak balik."Uwais menangkap tangan kanan Aira apabila gadis tu mahu turun dari katil.

"Kau ingat semudah tu aku nak lepaskan kau hm? Tak Aira. Sekali kau dah masuk perangkap aku sampai bila bila kau tak boleh lepas."Tajam mata helang tu memandang Aira.

"Aira nak balikkk."Dicuba untuk melepaskan genggaman tangan Uwais di lengannya. Jejaka tu mencengkam kuat.

Tanpa sedar air mata Aira mengalir di pipi mulus tersebut. Uwais menyeka air mata Aira dengan lembut.

Uwais mengeluarkan satu picagari. Dipandang wajah Aira yang memandang nya. Dia menyuntik di lengan gadis tu.

"Argh sakittt"Pengelangan tangan nya erat dipegang oleh Uwais. Badannya mulai terasa lemah.

Uwais mengukir senyuman sinisnya. Dibaringkan tubuh Aira dengan perlahan lahan.  Kedua pipi gebu tu dikucup sayang.

"Sleep well sweetie."Diatur langkah keluar dari bilik tersebut. Aira hanya memandang samar samar saja ke arah pintu.

"Abang d..darren" mata Aira tertutup rapat akibat cecair yang disuntik oleh Uwais sebentar tadi.

"Mana Aira pergi ni ma pa? Dah lewat dah ni takkan tak balik lagi? Darren call langsung tak dapat."Diserabaikan rambut nya sehingga kusut.

"Sabar dulu Darren. Kalau nak buat report polis pun kena tunggu selepas 24 jam."Tutur papa Dayyan. Darren menghela nafas kasar.

"Balik lah babygirl. Aku risau ni." Sungguh hati Darren sangat risaukan gadis kecilnya. Dipandang telefonnya yang skrin gelap saja. Dia berharap akan dapat panggilan dari Aira.

AIRA bangun dari baringannya dengan perlahan lahan. Terasa lemah satu badan. Entah apa yang Uwais suntikan dalam badan nya.

"Ni aku ada belikan kau makanan. Sini aku suapkan."Uwais meletakkan dulang di tepi. Dia melabuhkan punggung di atas katil. Sepinggan nasi goreng di ambil.

"Buka mulut."Arah Uwais namun Aira memandang nasi goreng tu.

"Aku tak letak racun pun. Dah buka mulut."Aira mahu tidak mahu membuka mulutnya juga.

Setelah lima kali suapan, Aira mengeleng tidak mahu. Uwais menyerahkan air kepada Aira.

"A..apa yang uwais dah letak d..dalam diri Aira?"Soal Aira. Uwais mengukir senyuman sinis.

"Hanya sejenis ubat yang melemahkan badan seseorang."tenang dia berkata.

"Please Aira nak balik. Aira nak abang Darren."Uwais yang mendengar nama jejaka tu mengeras rahangnya.

"Kau sebut lagi nama jantan tu kau tahu apa akan jadi."Dicengkam kedua pipi gebu tu.

"A..aira nak balik. Aira taknak tinggal d..dengan Uwais."Ditolak jejaka tu menjauh dan dengan sekuat tenaganya cuba bangun berlari keluar.

"KAU TAKKAN BOLEH LARI DARI AKU AIRA!"Uwais bangun mengejar gadis tu.

Aira berlari sekuat tenaganya di jalan yang sunyi kerana sudah lewat malam. Langkahnya terhenti tatkala ada tiga orang lelaki dihadapannya. Nafas Aira termengah mengah kerana penat.

"Tangkap dia."Aira meronta ronta dari pegangan mereka. Ditendang perut salah seorang dari tiga jejaka tersebut.

KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL✓Where stories live. Discover now