Vicky melirik ke arah dhia yang sedang tidur di dalam kereta. Dia sekarang berada di hadapan rumah Rayyan
"Kesian dekat kau"- tangan vicky naik membelai rambut Dhia dengan perlahan
Dia mengambil telefon dan mendail nombor seseorang
"Hello"
"Aku dah sampai"- kata Vicky kepada orang di dalam talian
"Perempuan tu macam mana"- tanya Rayyan
"Tidur"
"Panggil pembantu rumah aku, suruh diorang angkat dia masuk dalam bilik dan pastikan bila dia sedar nanti jangan bagi dia keluar atau lari daripada situ, aku otw nak sampai sana"- arah Rayyan dalam suara yang agak tegas
"Okay bro"- vicky mematikan talian telefon dan menyimpannya semula ke dalam poket
"Kau nak buat apa dengan perempuan ni, ray"- vicky melirik ke arah dhia agak lama
Vicky mengangkat dhia dengan perlahan dan terus masuk ke dalam rumah Rayyan
.
.
.
Daniyal berjalan dengan laju dan terus merempuh masuk ke dalam bilik papanya
BAM!
"EDMUND HILLARY!"
Tersentak Edmund yang sedang menghirup secangkir kopi
"Where is my sister!"- dada daniyal berombak laju manahan marah
"Relaks Dani"
"Kau suruh aku relaks"- Daniyal tersenyum sinis sebelum dia terus menerpa ke arah Edmund dan mencengkam kuat lehernya
"Dddaniyaall inii pappa"- edmund bersuara agak payah kerana lehernya dicekik oleh dani
Anak mata coklat Daniyal, tajam menikam anak mata Edmund. Dengan perlahan-lahan dia melepaskan cengkaman di leher Edmund
Selepas sahaja Daniyal melepaskannya, dia terus mencari nafas
"Mana el , papa"- daniyal meraup mukanya
Edmund memegang bahu anaknya untuk memberi sokongan
"Maafkan papa....silap papa sebab tinggalkan el dekat sana, niat papa cuma nak el selamat tapi....lain pula yang jadi"- Edmund berasa bersalah dengan dirinya yang banyak pentingkan diri dan lupa anak sendiri
"Papa tahukan, siapa yang ambil el"
"Kanz Rayyan Carl, dani jangan cari pasal dengan dia"- Edmund berkata serius
"Papa nak biarkan el tersiksa dengan jantan iblis tu ka!"- daniyal mengetap gigi menahan amarahnya
"Biar papa handle semua ni, Dani jangan masuk campur"
"Kali ni, Dani tak akan duduk diam papa.....selagi adik dani tak ada dengan dani, selagi tu dani akan buru dia walaupun terpaksa untuk mati"- tajam sahaja anak mata daniyal menikam anak mata Edmund
"Dani..."
"Cukup"
Daniyal berjalan keluar dari bilik papanya
"Darleen, abang minta maaf sebab gagal jaga anak kita baik-baik dan abang gagal nak jadi seorang ayah yang terbaik untuk mereka"
"Abang janji, abang akan cari princess kita sampai dapat dan abang akan jaga dia dengan penuh kasih sayang, itu janji abang untuk sayang"- air matanya mengalir dengan perlahan. Sesungguhnya dia sangat merindui buah hatinya yang lama pergi meninggalkannya
.
.
.
"Dararara-rari"
"Nol bo go is sum uma gi,babe"
"Norul wi han, melody, melody, yeah!"
"Ni ga.... Apa lagi lepastu"- Eiyad menggaru kepalanya yang tidak gatal
"Kalau tak reti nyayi, baik tak payah"- kata seseorang dari belakang Eiyad
"Suka hati aaa, lebih-lebih lak betina ni"- kata eiyad tanpa memandang orang dibelakangnya ini. Siapa lagi kalau bukan Vicky
"Aku jantan la setan, bukan betina"
"Ouhh..ya ka, kesah lak aku"- Eiyad tersenyum sinis
Vicky melirik tajam ke arah eiyad. Kecik besar kecik besar ja budak ni
"Hidup ini kita kena banyak bersabar, itu la kau, aku ajak masuk Islam kau tak nak. Baru la kau akan tahu erti bersabar"- kata eiyad
"Nanti la"- kata Vicky. Dia bukan tidak mahu masuk islam cuma dia perlukan masa untuk mengenali islam dengan cara yang betul
"Nanti konon.... silap-silap tak dan masuk islam dah mati, masa tu aku boleh kata dekat kau, Neraka kirim salam"
"Kau pun apa kurangnya, islam tapi pembunuh macam aku.....belum tentu syurga bakal jadi milik kau"- vicky tersenyum sinis
Eiyad hanya diam mendengar kata-kata Vicky tadi,
"Amir mana, seribu tahun dah aku tak nampak setan tu"- tanya eiyad bagi mengubah tajuk tadi
"Thailand. Jual diri"- jawab vicky acuh tak acuh
"Oii! Sedap mulut kau ja cakap aku jual diri! Aku ni mahal untuk di jual tau!"- kata amir yang baru sahaja masuk ke dalam bilik Eiyad
"Aku ingat tadi kau dah hilang dara"- kata Eiyad. Selamba
"Babi dengan kau tak ada beza, dua-dua memang haram"- kata amir tak puas hati
"Kau tahu sebab apa ray suruh ambil perempuan tu"- Vicky melirik ke arah amir
"Rasanya dia nak balas dendam dekat Edmund"
"Dendam apa"- tanya Eiyad yang masih ble
"Kau lupa ka, anak buah Edmund, hampir-hampir ja nak rogol adik ray"
Eiyad hanya meng'o' kan sahaja
"Aku kesian tengok perempuan tu"- kata vicky tiba-tiba
"Kenapa kau nak kesian pulak?"
"Masa aku pergi ambil dia, aku tengok nenek dia macam tak suka ja dengan dia, siap dia halau lagi"- kata vicky
"Pelik, kenapa Edmund tak jaga dia"- kata amir yang berasa keliru
"Maybe benci kut"- teka eiyad
"Dah la, aku malas nak masuk campur"- amir berura-ura bangun dari duduknya
"Kau nak pergi mana"- tanya eiyad
"Pergi mampus"
"Tanya setan ni tak pernah nak betul"- eiyed menjeling tajam ke arah amir yang baru keluar
"Kau tu bukan setan juga ka"- sampuk vicky
"Dia setan, aku setan dan kau pun setan. Dah pergi main jauh-jauh wahai setan tak guna"- Eiyad menyambung semula kerjanya
"Babi"
Tq support🙈
YOU ARE READING
Kanz Rayyan Carl
RomanceDhia Elvina Seorang perempuan yang cantik dan juga mempunyai identiti tersembunyi. Tibalah suatu hari, ada seorang lelaki datang membelinya untuk dijadikan sebagai tahanan bagi membalas dendam yang dilakukan oleh papanya. "Awak siapa" Dia tersenyum...