Part 29🌷

577 16 0
                                    

Rayyan masuk ke salah sebuah kafe yang berada berdekatan di syarikatnya. Dia belum lagi makan dari pagi kerana terlalu busy dengan kerja yang belum disiapkan lagi

Elok sahaja dia baru duduk di atas kerusi, telefonnya berdering meminta untuk diangkat

Rayyan mengeluh perlahan dan mengangkat panggilan itu

"Hello tuan"-sapa orang di sana dahulu

"Apahal call aku"- kata rayyan dengan dinginnya. Sudahlah lapar, tiba-tiba ada orang kacau pula memang angin la

"Barang kita dah sampai, Tuan"

"Habistu, apa kena mengena dengan aku? Sepatutnya yang uruskan semua tu vicky dengan amir, mana diorang?"- soal rayyan

"Tuan amir dan Tuan vicky sekarang ni dekat sabah, diorang ada kerja di sana"

"Kau urus la sendiri, semua orang dekat situ aku dah ajar cara nak uruskan barang tu! Tak kan la aku nak kena ajar lagi!"- marah rayyan dalam suara yang agak perlahan supaya tidak mengganggu pelanggan yang berada di kafe ini

"Maaf Tuan, tapi barang ni ada juga senjata baru yang Tuan minta dari Jerman dah sampai"- kata anak buahnya

Rayyan mendengus perlahan. Memang bahagian senjata api, dia tidak membenarkan anak buahnya yang menguruskan kecuali orang yang dipercayainya sahaja yang dibenarkan untuk menguruskannya tetapi di atas kebenarannya juga.

"Nanti aku sampai"- rayyan meletakkan telefonnya dahulu

Rayyan bangun dari duduknya dan keluar dari kafe ini untuk pergi ke gudangnya. Soal makan memang tidak penting baginya kerana dia memang sudah biasa tidak makan seharian

Sewaktu rayyan sedang berjalan ke keretanya, seseorang datang menyapa

"Rayyan"

Rayyan beralih ke arah orang yang memanggilnya tadi

"Kau nak apa"- soal rayyan dingin

"Aku ada hal nak cakap dengan kau"

"Aku tak ada masa nak layan kau"- kata rayyan dengan sinisnya

"Penting sangat rayyan"

"Aku dah bagi dhia dekat kau, apa lagi yang penting sangat sampai nak jumpa aku?"- soal rayyan kepada daniyal

"Ini soal hidup dhia"- kata daniyal

"Kau abang dia kan? Jaga la"- balas rayyan dengan dinginnya

"Tak selamanya aku akan hidup dekat dunia ni, dan aku tak yakin bila-bila masa sahaja perkara lama tu akan kembali"- kata daniyal dengan seriusnya

Rayyan berjalan mendekati daniyal dan merapatkan wajahnya ke sisi daniyal untuk membisikkan sesuatu

"Sei disposto a liberarlo per sempre sotto la custodia del diavolo ( kau sanggup lepaskan dia dalam jagaan iblis selamanya )"- bisik rayyan dengan kata-kata sinisnya sebelum menjauhkan dirinya dari daniyal

Daniyal hanya diam sahaja mendengar kata-kata rayyan tadi

"Cau"- rayyan melambaikan tangannya dan terus berlalu pergi ke arah keretanya

' aku tahu apa yang aku buat dan aku tahu apa yang terbaik untuk adik aku '- monolog daniyal sebelum dia masuk ke dalam keretanya dan mengikuti rayyan dari belakang. Kata-kata rayyan tadi, langsung tidak terkesan kepadanya kerana dia tahu ini adalah jalan yang terbaik untuk melindungi dhia dari kisah lama itu

.








.






.
"Dhia"- sapa mak Teh

Kanz Rayyan CarlWhere stories live. Discover now