Dhia perlahan-lahan turun dari tangga sambil matanya tidak lepas melirik ke sekitar rumah rayyan. Besar, cantik dan luas
"Mana pula dapur kat sini? Dah la aku main keluar je"- dhia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dhia membuat keputusan untuk keluar dari bilik itu apabila rasa bosannya menguasai diri. Dia berani keluar pun sebab tak ada rayyan kalau ada ni, memang tak la dia nak jejak sampai ke tingkat bawah ni
Dhia mengambil jalan ke arah kanan untuk cuba mencari bahagian dapur dan akhirnya...... Bukan dapur yang dia sampai melainkan...
"Lain yang dituju, lain yang aku sampai sekarang ni"- di depan dhia sekarang ini adalah kolam renang yang luas
"Tak kan la rumah ni tak ada dapur? Buat apa la rumah besar-besar kalau dapur tak ada"- dalam keadaan dhia membebel seorang diri, ada seseorang berjalan ke arahnya
"Ciao ( hello )"- tegur seseorang dari arah belakang dia
Dhia melirik ke arah belakangnya dan melihat seorang perempuan yang agak berusia darinya
' siapa ciao? '- monolog dhia dalam hati
"Chi sei? Cosa stai facendo qui ( Siapa awak? Awak buat apa dekat sini? )"- soal perempuan itu yang dapat membuatkan dhia pening
' Dia cakapa bahasa apa ni! Aku dah la tahu bahasa turki, melayu dengan English je, bahasa lain mana la sempat belajar '- monolog dhia di dalam hati tanpa menjawab apa yang dikatakan perempuan itu
Perempuan itu melirik pelik ke arah dhia apabila melihat dia seperti resah sahaja
"I'm sorry, I don't understand what you're saying. Can you speak english?"- kata dhia dalam bahasa English. ' hentam ja la, yang penting aku balas '- monolog dhia
"Ouhh sorry, who are you? What are you doing here?"- soal perempuan itu untuk kali kedua dalam bahasa English
"I'm Dhia, I want to find...."-belum sempat dhia habis bercakap, satu suara menegur
"Find me"
Terus tunduk kepala dhia apabila mendengar suara garau itu. 'Dia ni syaitan kepala dua ke? Kat mana-mana je dia ada'- monolog dhia dalam hati
"Signore rayyan"- perempuan itu menunduk hormat apabila melihat rayyan menuju ke arah mereka
"Continua il tuo lavoro ( sambung kerja kau )"- kata rayyan kepada perempuan itu, matanya langsung tidak lari melirik ke arah dhia
"Si signore"- tanpa menunggu lama lagi, perempuan itu terus menghilangkan dirinya dan meninggalkan rayyan bersama dhia di situ
"Apa yang menarik sangat kau tengok lantai ni?"- soal rayyan
Diam. Itu sahaja balasan dhia
Rayyan mendengus perlahan
"Kenapa kau turun sini?"- soal rayyan dengan suara yang cukup dingin
"Nak pergi dapur"- jawab dhia tanpa melihat wajah rayyan
"Kau nak bercakap dengan lantai ni ke? hmm"
Dhia menggeleng
"Look at me, Now!"- agak tegas suara rayyan mengarah
Perlahan-lahan dhia mengangkat wajahnya dan melirik ke arah rayyan yang jelas kelihatan bengang dengannya
"Lain kali kalau nak bercakap, tengok aku bukan lantai ni. Faham!"
"Faham"- jawab dhia perlahan
"Dah makan?"- soal rayyan
"Belum"
Rayyan melirik dhia dari atas hingga ke bawah
"Soraya!"- panggil rayyan agak lantang
YOU ARE READING
Kanz Rayyan Carl
RomanceDhia Elvina Seorang perempuan yang cantik dan juga mempunyai identiti tersembunyi. Tibalah suatu hari, ada seorang lelaki datang membelinya untuk dijadikan sebagai tahanan bagi membalas dendam yang dilakukan oleh papanya. "Awak siapa" Dia tersenyum...