Part 22🌷

642 16 0
                                    

Dhia berjalan turun ke dapur untuk menyapa Amylia dan yang lain-lain lagi. Selepas sahaja dia dan Rayyan sampai ke rumah, Rayyan terus keluar tanpa memberitahu apa-apa pun dengannya

"Hai iqa"- sapa dhia dengan mesranya

"Ehh!...dhia!"- iqa terus memeluk dhia dengan erat kerana terlalu rindu dengannya walaupun dhia ini orang luar tetapi dia seronok dapat berkenalan dengan dhia yang baik dan sopan sahaja orangnya

"Rindu ke ni"- dhia membalas pelukan iqa

"Mestilah! Dhia pergi sekejap pun macam pergi setahun tau, semua rindu dekat dhia"- kata iqa

"Dhia pun rindu"- kata dhia. Sejak dia tinggal dekat sini, mereka inilah yang selalu ambil berat tentangnya walaupun baru kenal tetap rapat macam family

"OMG! Dhia!!"- jerit aliz dan terus menerpa untuk memeluk dhia

Dhia tersenyum

"Yang kau...Dhia!"- amy dan mak som terus datang ke arah dhia apabila mendengar jeritan aliz tadi

"Tepi la! Aku pun nak peluk dhia jugak!"- amy menolak badan aliz dan terus meneluk dhia

"Eishh! Kau ni"- aliz mendengus perlahan

"Tak yah la gaduh-gaduh, sekarang ni....jom kita peluk sama-sama!"- dhia mendepakan tangannya dengan luas dan mereka semua berpelukan sekali untuk melepaskan rindu

"Macam tak pernah jumpa setahun"- perli seseorang

Mereka semua melepaskan pelukan dan melirik ke arah orang itu

"Suka hati la, yang kau jadi penyibuk dekat sini dah kenapa"- kata iqa

"Dah dapur dekat sini, tak kan la kau nak suruh aku minum air dalam jamban pula"- balas Frey

"Pergi la minum, orang macam kau layak minum air kotor ja"- perli iqa

"Sudah la tu, tak baik tau lelaki dengan perempuan bergaduh takut nanti boleh jadi jodoh"- kata Dhia yang sedari tadi hanya memerhati sahaja

"Jodoh bodoh dengan perempuan ni"- kata Frey lalu berjalan pergi

"Kurang ajar kau jantan! Tunggu la kau! Aku..."- belum sempat iqa mahu menyambung jeritannya, mak som memotong

"Sudah iqa, nanti cepat tua tiada siapa yang nak dekat kamu"- kata mak som

"Eishh...mak som pun nak perli iqa"- iqa menarik muncungnya

Dhia tersenyum perlahan dan mencubit lembut pipi iqa yang merajuk

"Tak comel la, jom kita semua main masak-masak"- ajak dhia

"Jom"- kata mereka semua kecuali iqa yang tengah merajuk

"Merajuk la kau, tiada siapa nak pujuk"- perli aliz dan terus mengikuti langkah mereka

Iqa mendengus perlahan dan berjalan pergi ke arah mereka semua







.





.








.
Rayyan berjalan masuk ke dalam mansion milik lucas.

"Tuan rayyan"- sapa anak buah lucas dan memberi tanda hormat kepadanya

Rayyan hanya mengumam sahaja dan terus membuka pintu

Bau yang menusuk hidung rayyan, sudah semakin lalai dengannya kerana dia memiliki seorang lagi dalam dirinya yang lebih sama sifat dengan lucas

"Welcome To My Mansion! Tuan Rayyan Carl"- kata seseorang dari arah ruang tamu

Rayyan berjalan ke arah itu dan melihat lucas yang sedang baring di atas sofa sambil tersenyum sinis ke arahnya

Kanz Rayyan CarlWhere stories live. Discover now