Part 15🌷

734 24 5
                                    

Selepas sahaja dhia memberikan anna kepada kawan rayyan, terus dia mencari seorang lagi lelaki yang bernama Vicky

"Hai, awak vicky kan"- tegur dhia

"Hai, ya saya. Kenapa dekat sini? Rayyan mana?"- tanya vicky

"Tuan Rayyan kata dia ada kerja, lepastu dia suruh saya cari awak"- kata dhia

"Ouhh okay, awak nak apa-apa ka? Saya nak tolong belikan"

"Tak pa la, cuma...."- dhia terhenti percakapannya apabila dia teragak-agak ingin menyambung

"Cuma?"- vicky mengangkat kening sebelahnya tanda apa

"Saya nak ajak awak jalan-jalan dekat ladang teh tu sebab tadi saya takut la nak pergi sorang-sorang lagipun Tuan Rayyan tak bagi saya pergi jauh-jauh"- kata dhia

"I see...okay, jom"- ajak Vicky

Dhia mengangguk laju dan berjalan mengikuti Vicky

Sesampai sahaja di ladang teh,

"Ermmm saya nak tanya boleh tak v..."- dhia terdiam seketika apabila dia tidak tahu mahu memanggil apa dekat vicky

"Just call me vicky, what?"

"Tuan Rayyan tu kenapa kadang-kadang dia garang dan kadang-kadang dia ada la juga baik tapi tak la baik sangat"- kata dhia dengan jujurnya

Vicky tersenyum dengan pertanyaan dhia tadi

"Rayyan memang dingin tapi kalau rapat dengan dia mesti orang tu akan tahu perangai sebenar rayyan"- terang vicky

"Awak takut dengan dia ka"- sengaja Vicky menyoal itu walaupun dia sudah tahu jawapannya

"Takut dan seram ermmm.... dua-dua la"- kata dhia agak perlahan

"One day"

Berkerut dahi dhia mendengar apa yang dikatakan oleh vicky

"Awak kata apa tadi"- dhia mengangkat kepalanya memandang Vicky yang agak tinggi darinya.

"Nothing"- vicky tersenyum ke arah dhia. ( First time, vicky senyum dekat orang🤭manis ke tak ni😂)

Dhia hanya mengangkat bahu tanda tidak mahu ambil tahu dan beralih memandang keindahan di ladang teh yang berada di Cameron Highlands ini

"Vicky"- panggil dhia bagi memecah kesunyian antara mereka

Vicky hanya mengumam sahaja

"Sorry kalau saya nak tanya ni boleh buat awak terasa"- kata dhia

"Apa"

"Awak ni buukkan Islam ka"- soal dhia takut-takut. Dia ternampak rantai tanda salib tergantung elok di leher vicky

"Saya beragama Kristian"- kata vicky tanpa terasa dengan soalan dhia tadi

"Jadi Tuan Rayyan pun....."- belum sempat dhia habis cakap, Vicky memotong

"Rayyan, amir dan Eiyad diorang semua ni beragama Islam kecuali saya seorang sahaja agama lain"- kata vicky

Dhia hanya meng 'o' sahaja tanda faham

"Kenapa awak tak join diorang...ops!"- dhia menekup mulutnya yang terlepas cakap

Vicky tersenyum dengan perbuatan dhia yang mampu menarik perhatian dia

"Saya belum bersedia"

"Sorry, saya tak ada niat nak tanya awak soalan macam tu"- kata dhia yang terasa bersalah

"Its okay,saya tak terasa pun"- kata vicky

"Awak ni nampak baik la walaupun kadang-kadang awak ni selalu serius macam Tuan Rayyan"- kata dhia

Kanz Rayyan CarlWhere stories live. Discover now