Part 26🌷

591 19 7
                                    

Mereka berdua duduk berhadapan antara satu sama lain. Rayyan memilih tempat makan di hotel yang privasi

' kenapa aku pula yang rasa kekok ni '- monolog rayyan. Mungkin ini kali pertama rayyan mengajak seorang perempuan makan dengannya

"Kau ada nak apa-apa lagi tak"- soal rayyan setelah mereka berdua diam selama beberapa minit

"Ttakk, ssaya ikut awak ja"- kata dhia yang agak malu sekarang ini walaupun hanya ada mereka berdua sahaja di sini

"Kau tak payah gagap depan aku, aku bukan marah kau"

Dhia mengangguk perlahan

Seketika waiter menghantar makanan yang telah dipesan oleh rayyan sebelum mereka datang ke sini

Rayyan mula menjamu selera selepas sahaja waiter habis menghantar makanan mereka

Dhia agak berasa kekok sikit apabila makan di tempat yang mahal ini,

"Biasakan diri kau dengan semua ni"- kata rayyan tiba-tiba

"Hah?"

"Kau akan tahu suatu hari nanti"

Berkerut dahi dhia mendengar apa yang dikatakan oleh rayyan tadi

"Makan la cepat"- arah rayyan

Dhia hanya akur dan makan sahaja makanan yang berada di hadapannya ini

(Skip waktu makan)

"Kau ada alah kacang ka"- soal rayyan setelah sahaja mereka berdua selesai makan

"Ya"- kata dhia. Dia memang ada alah dari kecil lagi kerana mungkin mewarisi dari mama nya yang juga alah kacang

Rayyan hanya mengangguk perlahan dan sambung bermain telefonnya

Dhia hanya diam sahaja sambil bermain-main jarinya

"Sir, this is the water you ordered"-tegur seorang pelayan lelaki, dan meletakkan air itu di atas meja

Rayyan hanya mengumam sahaja tanpa mempedulikan lelaki itu

"Thanks"- ucap dhia dan tersenyum ke arah Lelaki yang menghantar minuman tadi

Lelaki itu membalas senyuman dhia dan terus berlalu pergi

"Ehemm...dah habis kau bersenyum dengan jantan tu"- kata rayyan tanpa melirik ke arah dhia. Pandangannya sekarang ini hanya ke arah telefonnya sahaja

"Saya nak ucap terima kasih ja"- kata dhia

"Tak perlu"

' ucap terima kasih pun tak boleh '- monolog dhia sambil menunduk

"Minum air tu"-arah rayyan

"Habiskan"- sambungnya lagi

"Air apa ni?"- soal dhia yang berasa seperti ada yang tidak kena

"Lemon tea, minun ja la bukan aku letak racun pun"- kata rayyan tetapi kata-katanya ada yang tidak betul

"Saya dah kenyang la"- kata dhia

"Kau nak aku suapkan ke kau minum sendiri"- kalini Rayyan meletakkan telefonnya di tepi dan melirik tajam ke arah dhia

Dhia menunduk ke bawah tanpa melihat pandangan tajam rayyan itu

"Pilih sayang....."

"Ttapi.."

"Aku bagi dua pilihan dan tak ada pun jawapan yang kau jawab tadi"- rayyan masih lagi memaksa dhia

"Saya minum sendiri"- dhia mengambil air itu dan segera meminumnya perlahan

Kanz Rayyan CarlWhere stories live. Discover now