"Woii! Mana sampin aku!"- jerit amir dari tingkat atas
"Mana la aku tahu! Sampin kau bukan sampin aku!"- jerit Eiyad pula dari tingkat bawah
"Aku tak percaya la yang abang kau nak kahwin"- kata Eiyad
"Habistu, kau ingat aku percaya syaitan tu nak kahwin"- kata adrian yang sudah siap berbaju melayu lengkap untuk pergi majlis akad nikah abangnya
"Mummy kau tahu tak pasal ni?"
"Belum, rayyan kata nak bagitahu sendiri"
"Macam mana kau boleh keluar rumah dengan baju melayu? Mummy kau tak tanya?"- soal Eiyad
"Gila tak tanya! Dia siap kata aku nak pergi menikah lagi"- kata Adrian
"Mana amir? Tak siap lagi?"- soal vicky yang hanya memakai kurta. Walaupun dia bukan islam tetapi dia tahu adat orang islam itu macam mana
"Sampin lari, tu yang tengah kejar dekat atas "- jawab Eiyad dengan selambanya
"Korang tahu tak dengan siapa rayyan kahwin ni?"- soal adrian
"Entah, tiba-tiba dia call aku semalam kata nak kahwin harini. Gila tak gelabah aku nak kena tolong dia cari cincin kahwin malam-malam buta"- kata Eiyad
Vicky hanya diam sahaja kerana dia tahu siapa orang itu
"Pelik, lepas kena bom terus nak kahwin"- kata Eiyad
"Kalau aku tahu bom tu boleh dapat jodoh cepat, memang dah lama aku suruh Mickey bom dekat tempat aku. Tak ada la aku nak single lagi ni"- mengeluh adrian
"Itu la, menyesal aku tak ikut rayyan haritu"- kata Eiyad sekepala dengan adrian
"Bodoh la sampin ni! Punya penat aku cari last-last duduk dekat bawah katil"- marah amir sambil turun dari tingkat atas
"Yang kau nak bersampin bagai ni dah kenapa? Bukan kau yang nak kahwin bodoh"- perli adrian
"Aku nak nampak lebih bergaya, baru la boleh jadi abang mafia berbaju melayu"- amir tersengih
"Bergaya konon, nampak macam babi ada la"- perli Eiyad dalam nada suara yang perlahan tetapi cukup jelas di telinga amir
"Babi tu kau! Dah la baju warna pink, memang elok dengan muka kau yang babi tu"- kata amir dengan sinisnya
"Baju aku pink sebab kau! Kalau kau tak lempar baju aku semalam, memang tak la aku nak pakai baju ni"- marah Eiyad. Semalam bergaduh hanya sebab tema baju nak pakai harini,sampai ada yang sumbat dalam lubang jamban, bakar, lempar dari tingkat atas sampai bawah dan macam-macam lagi la. Nasib la lucas tak ada, kalau tidak memang runtuh rumah ini semalam
"Sudah la!"- marah vicky yang sudah naik menyampah
"Kau pun sama! Kalau kau tak sumbat seluar dengan boxer aku dalam lubang jamban, memang harini aku boleh pakai boxer baru tu!"- marah Eiyad
"Kau pun bakar baju aku semalam, memang aku sumbat la dalam lubang jamban biar bau taik baru kau tahu yang kau tu busuk macam bangkai"- balas vicky dengan sinisnya
"Woii! Sudah la! Korang nak gaduh japgi, sekarang dah lewat ni"- kata adrian yang dari tadi hanya diam melihat mereka bertiga ini bergaduh
"Kau..."-belum sempat Eiyad habis bercakap, adrian menarik kepala eiyad sehingga ke bawah ketiaknya
"Rasakan haruman bunga dari ketiak aku"- adrian terus menarik Eiyad yang berada di bawah ketiaknya sehingga ke kereta
"Busuk sial!"- marah Eiyad
"Kau masih lagi musuh aku. jangan sampai kau, aku kepit celah kangkang aku"-- kata amir kepada vicky
"Cuba la kalau nak mati"- vicky menjeling sekilas ke arah amir dan berlalu terus ke arah keretanya
YOU ARE READING
Kanz Rayyan Carl
RomanceDhia Elvina Seorang perempuan yang cantik dan juga mempunyai identiti tersembunyi. Tibalah suatu hari, ada seorang lelaki datang membelinya untuk dijadikan sebagai tahanan bagi membalas dendam yang dilakukan oleh papanya. "Awak siapa" Dia tersenyum...