Dhia terjaga dari tidur dan melihat sekeliling di sekitarnya
"Kat mana ni"- dhia bangun perlahan-lahan dan dia mendapati dirinya berada di atas katil
Dhia segera membuka selimut yang membaluti tubuhnya kerana takut di apa-apakan oleh rayyan
"Kau ingat aku rogol kau ke"- kata seseorang di penjuru bilik
Dhia tersentak dan beralih ke arah suara itu
"Cukup bersyukur aku angkat kau tidur dalam hotel yang mewah macam ni"- kata rayyan
"Hotel? Kita buat apa dekat hotel ni"- tanya dhia ingin tahu
"Lepastu kau nak aku tidur tepi jalan ka"
"kau ingat aku ni miskin sangat sampai tak mampu nak tidur dekat hotel"- kata rayyan dengan sinisnya
"Kita kat mana ni, awwak jjanji ttak jjual ssayya kkan"
"Ada aku sebut pasal jual beli ka tadi"
Dhia menggeleng
"Habistu, kau nak aku jual kau betul-betul"
Dhia menggeleng laju tanda tidak mahu
"Kau bangun lepastu kau pergi siap sekarang, aku tunggu dekat luar"- arah rayyan sebelum berlalu pergi
Dhia masih duduk berteleku di atas katil sambil memikirkan berapa lama dia tidur sampai tak sedar diri
"LAMBAT! AKU TINGGAL KAU NANTI!"- jerit rayyan yang berjaya menyedarkan lamunan dhia
Dhia segera bangun dan berlari masuk ke dalam bilik air
.
.
.
Rayyan turun ke bawah dan menuju ke lobi hotel"Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu bayar duit aku yang semua kau sapu"- Eiyad menyanyi sambil menepuk tangan di hadapan anna yang berada di dalam dukungan amir
"Kau kalau nak nyayi pun tak payah la sampai nak perli aku"- amir merengus perlahan
"Yang kau perasan tu dah kenapa, aku nyayi dekat budak ni bukan dekat kau. Kalau dah perasan tu pandai-pandai bayar aaa"- kata eiyad
Amir memutarkan bebola matanya ke atas
"Siapa benarkan korang bawa budak ni"- tanya rayyan yang baru tiba di situ
"Vicky"- kata amir dan eiyad secara serentak
Tersentak vicky apabila namanya disebut dan dipandang tajam oleh rayyan sekarang ini
"Apa"
"Anak kau ka"- tanya rayyan
"Benih aku ni belum tertanam lagi dekat mana-mana perempuan"- kata vicky bagi menjawab pertanyaan rayyan tadi
"Siapa arahkan kau untuk bawa budak ni sekali"- tanya rayyan lagi
"Kesian la dekat budak tu, tak sampai hati pulak aku nak tinggal dia tepi jalan tadi"- kata vicky
"Kita ni ma...."- belum sempat rayyan habis bercakap, Vicky memotong laju
"Aku tahu la, tapi kan dia ni budak lagi bukannya ada darah daging kau pun"
"Cuba kalau aku nak bercakap tu kau jangan potong"
"Kau lambat sangat"- kata vicky dengan selambanya dan menyambung semula bermain telefon
Rayyan memutarkan bebola matanya ke atas
"Kau tak marah ka ray"- tanya amir
"Babi tu dah menjawab, biar ja la dia tanggung"- kata rayyan dengan selambanya tanpa mempedulikan vicky
YOU ARE READING
Kanz Rayyan Carl
RomanceDhia Elvina Seorang perempuan yang cantik dan juga mempunyai identiti tersembunyi. Tibalah suatu hari, ada seorang lelaki datang membelinya untuk dijadikan sebagai tahanan bagi membalas dendam yang dilakukan oleh papanya. "Awak siapa" Dia tersenyum...