Part 35🌷

546 15 0
                                    

Daniyal berjalan turun ke bawah untuk bersarapan pagi seperti biasa

Tibanya di dapur,

"Awal adik bangun"- sapa daniyal kepada dhia

"Macam biasa la"- kata dhia dan menghidang nasi goreng yang dimasak olehnya. Selalunya mak teh yang masak tetapi harini mak teh ambil cuti sebab nak balik kampung

"Tak bolah la macam biasa sebab semalam kan hari special dhia"- daniyal tersenyum nakal

"Ada-ada ja la abang ni"- pipi dhia mula berona merah. Pagi ini memang plan dia untuk bangun awal supaya dapat melarikan diri dari rayyan

"Hahahahaha pipi adik merah la"- usik Daniyal

"Abang!"- marah dhia dan menekup pipinya

"Janganlah marah, lepasni dhia tak boleh panggil abang dh"

"Kenapa?"

"Panggil along sebab dhia kan dah ada suami untuk panggilan manja nanti"- kata daniyal

"Along?"

"Haah,cuba ja la nanti biasa la tu"

"Along nak air"- dhia cuba memanggil dengan panggilan baharu untuk abangnya walaupun agak kekok sedikit

"Boleh juga wahai adikku sayang"- kata Daniyal sebelum mereka berdua ketawa bersama

"Rayyan mana?"- soal daniyal setelah dhia menuangkan air ke dalam cawan

"Dekat atas"

"Tak nak panggil ka...ke nak along jugak pergi panggil"- perli daniyal

"Ye la"- dhia berjalan pergi ke atas untuk memanggil rayyan

Tibanya di tingkat atas,

Dhia masuk ke dalam biliknya dengan perlahan takut-takut kalau mengganggu rayyan nanti

"Awak"-panggil dhia

"Rayyan"- panggil dhia lagi sambil mencari-mencari kelibat rayyan

Dhia berjalan ke arah bilik air tetapi tetap tidak ada orang di situ

"Mana dia ni"- dhia menggaru kepalanya yang tidak gatal

Dhia berjalan ke arah sliding door dan membukanya tetapi hampa, tiada siapa di situ

"Tak kan la dia larikan diri lepas kahwin dengan aku"- kata dhia seorang diri

Setelah mencari di ruangan bilik, dhia bertekad untuk turun ke bawah.

Dhia berjalan ke arah dapur untuk memberitahu abangnya

"A......"- terkejut dhia melihat rayyan yang sudah berada di atas kerusi berhadapan daniyal

"Dhia pergi mana lama sangat? Rayyan dah turun ni"- kata daniyal dan melirik ke arah dhia

"Bbbukan aawwak dekat atas ke tadi"- soal dhia kepada rayyan

"Entah, rasanya aku turun sama dengan kau ja tadi tapi mungkin kau tak sedar dengan kehadiran aku"- rayyan tersenyum sinis ke arah dhia

Terus berubah riak wajah dhia. ' dia ni ada ilmu sihir ka '- monolog dhia dalam hati

"Dah kenapa muka macam baru nampak hantu ni? Rayyan ni ada bawa hantu ka?"- daniyal melirik ke arah rayyan tetapi muka rayyan masih nampak cool ja

"Tak ada apa la"- dhia berjalan dan duduk di sebelah rayyan

"Makan cepat nanti sejuk dah tak sedap"- kata daniyal yang sudah tambah 2 pinggan kerana terlalu sedap masakan adiknya

Dhia yang disebelah rayyan hanya diam membisu dan dapat merasakan aura yang lain dari Rayyan

Kanz Rayyan CarlWhere stories live. Discover now