Part 44🌷

510 14 0
                                    

Dhia perlahan-lahan membuka matanya dan sedaya upaya melihat sekelilingnya yang terasa gelap tanpa sebarang cahaya yang menembusi di tempat ini

"Arhhh..."- kepala dhia masih lagi berasa pening mungkin kerana akibat kesan suntikan tadi dan dia perlahan bangun dari baringnya

"Aku kat mana ni"- monolog dhia perlahan. Dia berasa seperti duduk di atas katil yang empuk dengan tangannya yang masih terikat. Suasana di tempat ini sangat gelap sehingga menyukarkan dia untuk mengetahui di mana dia berada sekarang ini

"I've been waiting for you to wake up for a long time, babygirl"- kata satu suara garau yang turut berada di situ

Dhia tersentak dengan suara itu dan mencari-cari di mana datangnya suara tadi

"Suara tu macam......"

"Miss me"

Pak!

Tiba-tiba tempat itu terus menjadi cerah, Terkelip-kelip kelopak mata dhia apabila terkena panahan cahaya lampu yang baru dinyalakan. Setelah beberapa saat barulah dia boleh melihat dengan jelas tempat yang dia duduk sekarang ini

"My angelo..."

Dhia melirik ke arah satu sofa yang terdapat seorang lelaki memakai topeng dan agak sukar untuk dhia kenali siapa lelaki itu tetapi suaranya seperti pernah didengari.....

"Who are you?"- soal dhia untuk memastikan siapa lelaki dihadapannya ini, sesekali dhia berupaya untuk membuka tali ditangannya ini dan mata coklatnya masih melirik ke arah lelaki yang memakai topeng ini

"Shitt"

Terdengar satu dengusan kasar dari lelaki itu, dia bangun dari duduknya dan berjalan menapak ke arah dhia yang tengah duduk di atas katil bersize king miliknya

"Seriously, you don't know me at all"- soal lelaki itu cukup dingin, dia berdiri di tepi katil sambil matanya tidak lari melirik ke arah dhia

Suasana menjadi hening seketika,

Setelah beberapa minit dhia melirik ke arah lelaki itu, tiba-tiba bibirnya tidak sengaja menyebut nama 'itu'

"Raayy...."- tergagap-gagap dhia untuk menyebut nama yang selalu dia rindui

Bibir lelaki itu terkoyak sinis disebalik topeng yang dipakainya

"Yes my angel..."

Sejurus dengan itu, dia menanggalkan topeng yang dipakainya dan menyebakkan rambutnya ke belakang

"Awwakk.."- Tali yang baru terlepas dari pergelangan tangan dhia hanya dibiarkan sahaja, matanya sekarang ini hanya tertumpu sepenuhnya kepada lelaki dihadapannya ini

Lain'

Itu yang dapat membezakan rayyan sekarang ini, cukup lain. Rambut yang panjang dan serabai, jambang halus mula tumbuh di wajah tampan itu dan lebih lain lagi ialah anak matanya yang berubah menjadi lain dari yang dulu.

"Lain.....memang aku lain kan..."- rayyan berdecit perlahan

Dhia masih diam membisu, matanya tidak lari dari melirik ke arah rayyan. 'awak dah berubah rayyan'- monolog dhia dalam hati

Rayyan naik ke atas katil dan merangkak perlahan ke arah dhia yang masih lagi melirik ke arahnya

Tiba sahaja dihadapan dhia, rayyan membelai perlahan pipi gebu dhia dan menyentuh bibir mungil itu. Entah kenapa, dhia tidak menghalang tangan rayyan yang menyentuh wajahnya

Rayyan tersenyum sinis sebelum dia mencengkam kuat dagu runcing dhia sehingga mendongak melihat ke arahnya

"Auchh.."- dhia mengaduh perlahan

Kanz Rayyan CarlWhere stories live. Discover now