ᥣᥱt ꧑ᥱ h᥆ᥣd ᥡ᥆ᥙ
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰"Boleh ke kalau aku nak tahu apa yang jadi dekat kau? Boleh ke kalau aku nak kenal kau lebih lagi?" Tanyanya. Sejak daripada tadi lagi ia memikirkan tentang hal yang diberitahu Felix iaitu tentang dia di halau keluar rumah.
Felix yang mendengar soalan daripada Jeongin terdiam. Ia cuba untuk mengukirkan senyuman walaupun ianya sedikit susah.
"Saya kena halau keluar sebab adik tiri saya dan anak kawan appa saya fitnah saya" Katanya kemudian menundukkan kepalanya. Ia tidak kuat untuk menceritakan tentang apa yang sudah terjadi tapi ia tahu yang Jeongin berhak untuk tahu jadi ia kena kuatkan dirinya untuk menceritakan segalanya.
"Lima belas tahun lepas eomma meninggal sebab kanser dan selama lima belas tahun juga appa makin jauh dengan saya. Appa selalu sibuk dengan urusan syarikat jadi dia tak ada masa untuk saya. Lepas seminggu eomma meninggal dia kahwin baru. Dia kahwin dengan wanita. Maaf saya lupa nak bagitahu yang eomma saya lelaki . Bagi saya dia lelaki yang sempurna dan juga special. Dia pandai, cantik, selalu layan saya dengan baik dan tidak pernah langsung naik suara dengan saya. Dan dia juga lelaki yang hebat sebab dapat lahirkan saya. Sedangkan saya sendiri pun tak tahu saya ni macam dia jugak ataupun tidak" air mata yang mula bertakung cuba di tahan agar tidak mengalir. Ia tidak kuat untuk menceritakan tentang lelaki yang paling ia sayang di dunia ini.
Jeongin yang melihat Felix menahan air matanya itu berkata "Tak apa untuk biarkan air mata kau mengalir Felix. Sebab kadang kadang hanya mata sahaja yang dapat bercerita macam mana kesedihan kau sekarang"
Felix yang mendengar mengalirkan air matanya. Buat pertama kalinya ia mengalirkan permata jernih ini di depan orang yang bukan digelar eommanya.
"Tak apa kau ada aku. Menangis je kalau itu boleh menenangkan kau. Aku tau kau rindukan eomma kau. Aku tahu kau rindukan appa kau. Aku tahu kau rindu keluarga kau yang lengkap" Jeongin yang melihat Felix mengalirkan lebih banyak air mata memeluknya bagi menenangkannya.
Felix membalas pelukan Jeongin lalu menyambung "E..eomma baik sangat. Dia lah eomma yang paling sempurna bagi saya. Dan pasal appa, dia juga baik. Dulu dia selalu sayangkan saya, luangkan masa dengan saya dan eomma. Tapi lepas eomma meninggal dia dah tak macam dulu. Dia dah berubah. Dia selalu marah dan tengking saya. Lepas dia dah kahwin dengan eomma tiri saya dia selalu bagi kasih sayang dia dekat anak tiri perempuan dia. Jujur, sa..saya cemburu. Saya cemburu dengan budak perempuan tu. Dia cuma anak tiri appa tapi appa layan dia macam dia anak kandung appa. Sedangkan sa..saya dia cuma abaikan saya. Saya selalu fikir kenapa dia buat saya macam ni. Apa salah saya? Kenapa? Kenapa dia layan saya macam ni hiks. Dia kejam. Dia kejam sebab tak pernah layan saya macam dia layan anak tiri dia. Dulu masa budak perempuan tu masih kecil saya kesian dekat dia. Sebab dia masih kecil dan dia tak dapat perhatian dan kasih sayang daripada seorang bapa. Saya cuba anggap dia adik saya tapi dia tak pernah sekali pun anggap saya ni sebagai abang dia" Ia berhenti seketika. Air mata diseka.
YOU ARE READING
Be my wife || Jeonglix
Fanfiction❝ KAU NI MEMANG ANAK YANG TAK GUNA KAN! KERJA NAK MEMALUKAN AKU JE! BUAT MALU JE AKU ADA ANAK TAK GUNA MACAM KAU NI! ❞ ❝ Jom kahwin ❞ ʚ Lee Felix - Angkara satu kejadian yang tak diduga , ia di halau keluar dari rumah oleh appa kandungnya sendiri ak...