bᥱ ꧑ᥡ ᥕιfᥱ
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰Sampai sahaja di sebuah café itu, Jeongin mula memandang sekitar kawasan itu. Dan apabila terlihat kawannya melambai ke arahnya, segera ia menarik Felix untuk mengikutinya. Felix hanya tersenyum melihat mereka semua.
Mereka mula berkenalan dan berbual tentang banyak perkara. Dan daripada mereka sampai lagi, Jeongin sedar yang Hyunjin asyik perhatikan Felix dan itu sedikit membuatkan Jeongin cemburu.
Dan untuk membalas dendam kepada hyungnya yang satu itu, ia merapatkan kedudukannya dengan Felix lalu mula memeluk pinggang ramping Felix. Felix memandang hairan ke arah Jeongin tapi hanya di buat bodoh. Dan malah, ia boleh meletakkan kepalanya di atas bahu Felix.
Hyunjin yang melihat itu hanya menjeling si maknae. Jeongin yang perasan menahan tawanya.
" Alah tahu lah dah nak kahwin tak payah la sweet sweet sangat " Kata Seungmin. Han mengangguk mengiyakan kata kekasihnya itu.
" Apa salahnya. Korang dah kan ? Giliran si maknae kita ni la pulak " Kata Changbin.
" Betul tu ! Ayen sokong cakap hyung ! " Ucap Jeongin. Dan mereka semua mula tertawa bersama.
" Eh korang kahwin lagi berapa hari je lagi kan ? " Dan dengan serentak mereka berdua mengangguk.
" Hm kau bila lagi Hyunjin ? Kau pun Changbin " Sakat Leeknow.
" Aku dah ada calon dah tapi dia tak sedar kewujudan aku pulak " Kata Changbin.
" Pulak dah " Kata Han lalu menggelengkan kepalanya.
" Hyunjin ? "
" Dia dah tak ingat aku siapa " Mata sibuk memandang ke arah Felix yang sibuk berbual dengan Seungmin.
" Hm sorang tak diketahui kewujudannya, sorang pulak dah di lupakan. Aku kahwin kan dua-dua kang " Bangchan memandang mereka silih berganti.
" Diam la hyung " Hyunjin menjeling Bangchan dan Bangchan hanya tertawa melihat kerenah si Hyunjin.
" Lepas ni kau dengan Felix terus balik ke ? " Soal Seungmin kepada Jeongin sambil menghirup airnya.
" Tak lah. Kitorang ingat nak jalan-jalan dekat taman sambil makan ais krim "
" Nak join jugak " Rengek Changbin. Sengaja ia ingin mengacau dua ketul manusia itu.
" Ish sibuk je hyung ni " Jeongin menjeling Changbin lalu di peluk tangan Felix.
" Alah apa salahnya bukan selalu " Dengan muka yang tidak bersalah Changbin berkata.
" Hm kalau macam tu kita semua pergi sama-sama lah " Putus Leeknow. Yang lain mengangguk setuju.
YOU ARE READING
Be my wife || Jeonglix
Fanfiction❝ KAU NI MEMANG ANAK YANG TAK GUNA KAN! KERJA NAK MEMALUKAN AKU JE! BUAT MALU JE AKU ADA ANAK TAK GUNA MACAM KAU NI! ❞ ❝ Jom kahwin ❞ ʚ Lee Felix - Angkara satu kejadian yang tak diduga , ia di halau keluar dari rumah oleh appa kandungnya sendiri ak...