꒦꒷₊˚ʚ ᥴhaρter 06 ɞ﹕

194 8 2
                                    

bᥱ ꧑ᥡ ᥕιfᥱ⊱ ━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

bᥱ ꧑ᥡ ᥕιfᥱ
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰

Jeongin yang melihat itu tersenyum kecil. Mengapalah bakal isterinya ini comel sangat haih.

Sedang ia memandu, ia memikirkan tentang majlis perkahwinan ia dengan Felix yang akan berlangsung pada sabtu nanti. Semuanya sudah lengkap yang tinggal hanya perlu memberitahu Felix sahaja tentang majlis mereka ini.

Ia tersenyum sendirian. Tidak sabar rasanya ingin memberitahu Felix. Ia bercadang ingin memberitahu Felix pagi esok jika berkesempatan.

Jeongin memandang sekilas ke arah Felix lalu mula focus ke arah pemanduannya semula.

Sesampai sahaja di apartmentnya, ia mengejutkan Felix dari lenanya dengan sangat lembut.

"Lixeu bangun sayang kita dah sampai ni" Kata Jeongin dengan lembut.

"Hmm dah sampai?" Tanya Felix yang masih sedikit mamai.

"Yup dah jom la keluar" Kata Jeongin.

"Jom la" Kata Felix lalu pintu kereta dibuka dan mereka berdua keluar daripada perut kereta.

Tangan Jeongin di pegang oleg Felix lalu mereka berjalan bersama ke arah lift. Butang ditekan lalu mereka masuk ke dalam ruangan lift. Butang bernombor tiga puluh dua ditekan.

Sesampai sahaja di tingkat tiga puluh dua mereka berjalan keluar bersama. Sampai di depan pintu Jeongin membuka pintu menggunakan kunci lalu melangkah masuk bersama Felix. Pintu ditutup dan dikunci lalu mereka bergerak ke ruang tamu dan merehatkan diri.

"Lixeu.." Panggil Jeongin memulakan perbualan.

"Ya? Awak nak air ke?" Tanya Felix lalu ditatap bakal suaminya yang bakal menjadi suami sahnya pada sabtu nanti.

"Tak nak. Tapi aku nak bagi tahu kau something tapi bukan sekarang" Katanya lalu tersenyum kecil.

"Awak nak bagi tahu something? Apa tu? Kenapa tak sekarang je?" Tanya Felix keliru.

"Ele biar la aku yang kena bagi tahu kau so suka hati aku la nak bagi tahu bila. Sebuk je" Kata Jeongin cuba menyakat bakal isterinya.

"Ish nak majok" Kata Felix lalu ia terus bangun dan berjalan ke arah bilik. Pintu di buka lalu ia masuk ke dalam bilik tanpa menutup semula pintu. Punggung dihenyak ke atas tilam.

Jeongin yang melihat telatah Lixeu nya itu tergelak kecil lalu bangun masuk ke dalam bilik.

"Lixeu jangan la merajuk aku gurau je" Katanya lalu mendekatkan diri dengan Felix.

"Kalau tak nak saya merajuk bagi tahu dulu apa yang awak nak cakap" Ucap Felix mengugut Jeongin.

"A big no. Tak suprise la nanti Lixeu" Kata Jeongin lembut dengan tangannya mengusap tangan mulus Felix.

"Haih ya la" Felix pasrah lalu masuk ke dalam dakapan Jeongin.

Jeongin yang dipeluk tersenyum.

"Harini kau nak masak kan? Kau dah tau ke nak masak apa?"

"Belum. Awak nak makan apa hari ni?" Tanya Felix sambil memejamkan mata dalam dakapan si bakal suami.

"Makan kau je lah" Ia tersenyum nakal sambil memandang Felix.

Felix yang mendengarnya segera mencubit perut bakal suaminya yang berketul itu.

"Auch sakit la Lixeu" Adu Jeongin sambil tangan mengurut perutnya.

"Padan muka gatal lagi" Felix menjeling Jeongin lalu bangun dan baring di atas katil.

Jeongin yang melihat itu juga turut buat demikian dan sekarang posisi mereka ialah baring bersebelahan sambil Felix di dalam pelukan Jeongin.

"Ayen.." Panggil Felix.

"Hmm"

"Bila awak nak cerita tentang diri awak dekat saya?" Tanya Felix. Ia betul betul ingin tahu tentang lelaki yang berada di sebelahnya ini.

"Kau betul betul nak tahu? Tapi kisah aku tak menarik sayang jadi tak ada apa yang kau perlu tahu" Kata Jeongin cuba mengelak.

"Aipp mana boleh tak ambil tahu. Awak kan bakal suami saya jadi saya kena lah tahu tentang latar belakang awak" Kata Felix dengan muka polosnya itu.

"Haih ya lah sayang malam nanti lepas makan aku cerita ya?" Jeongin melihat ke arah Felix lalu diusap kepala Felix lembut.

"Uhm boleh boleh" Kata Felix tersenyum.

Skip

Sedang tangan Felix lincah membuat kerja di dapur, Jeongin masuk ke dalam ruangan dapur untuk mengambil air. Tangan mencapai cawan di sebelah Felix sambil memandang Felix. Mahu tahu posisi mereka bagaimana?

Posisi mereka Felix sedang memotong bahan untuk dimasak dan sebelah tangan Jeongin mengambil cawan manakala tangan sebelahnya pula berada di sebelah pinggang Felix.

Bahu Felix terangkat akibat terkejut dan itu membuatkan Jeongin berasa geli hati melihat bakal isterinya itu.

" Ayen jangan la, saya terkejut tahu tak ish " Kata Felix geram dengan sikap Jeongin.

" Alaaa sorry la Lixeu " Kata Jeongin meminta maaf kepada buah hatinya itu.

Melihat Felix yang tidak mahu melayannya itu, satu idea muncul di kepalanya.

Jeongin mendekatkan mukanya ke arah pipi Felix lalu ia mengucupnya sekilas dan segera berlari keluar daripada dapur.

" YANG JEONGIN "

bᥱ ꧑ᥡ ᥕιfᥱ⊱ ━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

bᥱ ꧑ᥡ ᥕιfᥱ
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰

I really appreciate your vote, thank you dear 🤍

- 22 09 14 • BMW

Be my wife || Jeonglix Where stories live. Discover now