꒦꒷₊˚ʚ ᥴhaρter 02 ɞ﹕

272 11 8
                                    

bᥱ ꧑ᥡ ᥕιfᥱ⊱ ━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

bᥱ ꧑ᥡ ᥕιfᥱ
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰

"Jom kahwin"

"H.. ha? Apa?" Ia tersalah dengar ataupun lelaki itu tersalah cakap?

"Kau tak pekak kan? Aku ajak kahwin je" Katanya dengan riak beku yang dipamerkan.

Felix terdiam seribu bahasa. Dia baru sahaja di halau keluar daripada rumah kemudian di ajak untuk berkahwin? Dan orang yang mengajaknya itu langsung tidak ia kenali.

"Jangan termenung masa aku tengah bercakap dengan kau" Katanya lalu menatap tajam ke arah anak mata Felix.

"Sa.. saya.. saya minta maaf dan sa.. saya setuju " Katanya lalu menundukkan kepala. Apa keputusannya ini betul? Ia juga tidak pasti.

Lelaki itu menarik senyuman ketepi. Smirk! Dia mengajak Felix pergi ke arah keretanya untuk mengikutinya pulang. Semasa dalam perjalanan ke rumah lelaki itu, suasana hanya sunyi tanpa bunyi.

"Nama?" Tanya lelaki itu secara tiba tiba. Felix mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu.

"Ha?" Felix menayangkan wajah blurnya itu apabila ditanya secara tiba tiba.

"Nama kau la haih" Ulang lelaki itu. Wajahnya masih beku sama seperti masa mereka berjumpa beberapa minit yang lepas.

"Le..Lee Felix" Katanya memainkan hujung bajunya dengan jarinya.

"Ouh okay. Nama aku Yang Jeongin. Kau boleh panggil aku Ayen" Kata lelaki tersebut yang bernama Jeongin atau nama panggilannya Ayen.

"N..nama awak comel" Kata Felix cuba untuk menghilangkan rasa gugup dan juga rasa takutnya itu. Senyuman cuba untuk dibentuk.

Jeongin hanya meng'hm' kan saja apa yang dikatakan oleh Felix.

"Asal kau duduk tepi pintu cafe tu tadi?"

Felix terdiam apabila soalan itu muncul daripada mulut Jeongin.

"Sa.. saya baru je kena halau daripada rumah appa saya" Katanya menggenggam erat hujung bajunya. Kepala ditundukkan.

"Ouhhh sorry" Katanya dengan datar ke arah Felix.

Setibanya di sebuah apartment, Jeongin mengejutkan Felix daripada lenanya.

Haih kau boleh tidur pulak kan budak?'

"Felix bangun kita dah sampai dekat apartment rumah aku dah ni" Katanya cuba untuk mengejut Felix dengan cara yang sangat lembut. Sebeku mana pun dia, dia tidak mahu untuk berkasar dengan Felix. Cukup muka dan suara sahaja beku dan datar.

Be my wife || Jeonglix Where stories live. Discover now