꒦꒷₊˚ʚ ᥴhaρter 04 ɞ﹕

245 8 2
                                    

bᥱ ꧑ᥡ ᥕιfᥱ⊱ ━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

bᥱ ꧑ᥡ ᥕιfᥱ
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰

Terasa cahaya yang bersinar terang menusuk ke dalam mata, dia mencelikkan mata. Akibat silau dan penglihatan yang sedikit kabur, jejaka itu mengerdipkan matanya beberapa kali. Setelah penglihatannya kembali okay, dia bangun lalu menyandarkan badannya di kepala katil. Otak cuba untuk memproses apa yang telah terjadi malam tadi.

'Semalam bukan ke..' Matanya yang comel itu segera bertukar bulat apabila ia teringat tentang apa yang terjadi pada malam tadi. Ia baru teringat selepas menangis ia mengantuk dan Jeongin menyuruhnya untuk tidur di dalam dakapannya. Aduh, sudah lah ia tidur di atas peha Jeongin, haish malu!

'Tapi dia ke yang angkat aku semalam eh?' Matanya melilau memerhati sekeliling ruangan bilik.

'Tak apa lah nanti aku tanya lah' Katanya didalam hati. Baru sahaja kakinya ingin memijak lantai, pintu bilik dibuka dari arah luar.

"Kau dah bangun?" Tanya lelaki yang membuka pintu daripada luar tadi. Langkah diatur ke arah Felix.

"Awak ke yang angkat saya semalam?" Tanya Felix sambil menatap ke arah Jeongin.

"Iya la" Jawabnya .

"Sorry sebab saya tak terus masuk bilik je masa tu. Saya menyusahkan awak kan Ayen? Saya minta maaf" Katanya serba salah. Kepala ditunduk.

Jeongin yang mendengar tutur kata Felix itu membawa tangannya ke arah dagu Felix lalu menariknya menyebabkan Felix menatap ke dalam anak matanya.

"Kenapa kau kena fikir yang diri kau menyusahkan aku sedangkan kau tak pernah pun kau menyusahkan aku?" Tanya Jeongin dengan mata memandang anak mata Felix.

"Saya.. saya tak tahu. Tapi saya selalu sangat fikir yang saya ni beban semua orang sebab tu lah appa dan yang lain benci saya" Ucapnya sayu. Kepala di tunduk bagi mengelakkan air matanya yang bertakung tidak di lihat oleh Jeongin.

Melihat tindakan Felix yang cuba untuk menyorokkan matanya itu, Jeongin menarik dagu Felix. Ia mendekatkan bibirnya dengan hidung Felix lalu di kucupnya perlahan.

"Tak ada sesiapa yang benci kau sayang, diorang jadi macam tu sebab fitnah bodoh tu sahaja. Aku yakin kalau diorang tak fitnah kau dan Appa kau tak berubah semuanya tak jadi macamni. Jangan fikir sangat. Kau masih ada aku kan? Jadi aku nak kau ingat baik baik yang aku tak akan sesekali tinggalkan kau sorang sorang untuk hadap dunia ni. Dah pergi mandi. Aku dah siapkan sarapan. Kejap lagi kita pergi beli barang barang kau dekat Mall" Ujarnya lembut. Kepala Felix diusap lembut.

Felix yang mendengar hanya tersenyum. Iya, Jeongin betul. Jika Wonyoung dan Sungchan tidak merancang semua itu dan Appanya tidak berubah, semua ini tidak akan berlaku. Tapi ia tidak pernah menyalahkan sesiapa kerana ia tahu ini semua takdir jadi ia hanya mampu bersabar dengan ujian yang tuhan berikan padanya.

Be my wife || Jeonglix Where stories live. Discover now