bᥱ ꧑ᥡ ᥕιfᥱ
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰"Huh.. tak apa Felix, hari ini hari terakhir kau berjumpa dengan dia. Lepas ni kau boleh pergi jauh dari dia dan lupakan dia. Hanya hari ini, kau perlu kuatkan diri " Kata Felix memberi semangat kepada dirinya.
Sungguh, apabila ia mendapat kad jemputan majlis kahwin Jeongin bersama Wonyoung hatinya terasa sakit namun apa yang boleh ia buat ? Dan sejujurnya, dari semalam ia berfikir sama ada ingin pergi atau tidak.
Dan hari ini, Lee Felix membuat keputusan untuk pergi ke majlis tersebut sebelum ia pergi jauh daripada Jeongin.
Selesai membetulkan pakaian yang dipakai di tubuh, ia mengambil barang barangnya dan kunci kereta untuk bergerak ke majlis kahwin mereka lalu ke airport.
Sebelum keluar, ia meneliti ruang tamu, dapur dan bilik. Sungguh banyak kenangannya bersama Jeongin. Ia tidak mampu. Dan disebabkan itu juga ia ingin menghilangkan dirinya ke Australia untuk beberapa tahun.
" Betul ke yang aku akan pergi dari sini ? Ini bukan mimpi ? Aku akan rindukan semuanya yang ada di sini. Terutamanya Yang Jeongin " Ia berjalan keluar dari rumah dan dikuncinya pintu lalu bergerak ke keretanya.
Kereta dipandu menuju ke tempat majlis. Sesampai di dewan hotel itu, ia tidak masuk. Hanya berdiri statik di hadapan pintu dewan. Terlihat Jeongin serta Wonyoung sedang menikmati makanan mereka.
Apabila ia toleh kepalanya sedikit, terlihat kelibat Appanya dan Eomma tirinya itu. Tangan dikepal. Sungguh, ia masih lagi marah akan Appanya itu.
Ia hanya berdiri di hadapan pintu masuk tanpa menjejaki ke dalam dewan. Matanya tepat memandang ke arah Jeongin. Air mata mengalir. Sakit. Sakit apabila melihat orang yang ia cintai telah pun berkahwin dengan orang lain dan itu ialah adik tirinya.
Jeongin yang terasa dirinya diperhatikan, ia mengangkat kepalanya lalu matanya tertancap kepada Felix.
Felix yang mula sadar akan itu segera menyeka air mata lalu berjalan ke arah lift dengan segera. Sungguh ia tidak kuat. Masuk sahaja ke dalam lift, ia tersandar di dinding lift.
Air mata yang tidak henti mengalir di biarkan.
" Semoga bahagia dengan dia.. " Ia mula bangun dan cuba menguatkan diri. Terbuka sahaja lift, ia tergamam.
Manusia yang berada di hadapannya ini ialah Sungchan. Masih ingat lagi lelaki ini ? Lelaki yang pernah berkomplot dengan adik tirinya untuk menghancurkan hidupnya.
Ia cuba keluar dari lift dan ia berjaya. Tapi tidak semudah itu, tangannya di tarik dan ia di tolak ke dinding.
Dahi Felix berkerut seketika.
" Hi dear, long time no see yea.. U apa khabar ? Mesti u sedihkan bila orang yang u cinta sangat tu kahwin dengan adik tiri u ? " Sungchan memandang sinis kepada Felix.
YOU ARE READING
Be my wife || Jeonglix
Fanfiction❝ KAU NI MEMANG ANAK YANG TAK GUNA KAN! KERJA NAK MEMALUKAN AKU JE! BUAT MALU JE AKU ADA ANAK TAK GUNA MACAM KAU NI! ❞ ❝ Jom kahwin ❞ ʚ Lee Felix - Angkara satu kejadian yang tak diduga , ia di halau keluar dari rumah oleh appa kandungnya sendiri ak...