꒦꒷₊˚ʚ ᥴhaρter 18 ɞ﹕

124 6 0
                                    

bᥱ ꧑ᥡ ᥕιfᥱ⊱ ━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

bᥱ ꧑ᥡ ᥕιfᥱ
⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰

Selepas dua bulan berlalu, Felix masih lagi telantar di katil hospital. Masih tidak sedarkan diri.

" Felix, ni appa. Felix bila nak bangun ? Tak rindu appa ? Felix kena kuat yaa. Appa selalu tunggu Felix bangun " Ia benar-benar mahu anaknya segera bangun. Tidak sanggup melihat Felix terlantar lagi. Cukup dua bulan hidupnya terasa kosong dan sepi.

Di usap perlahan wajah tenang anaknya itu. Walaupun muka Felix terlihat pucat, tapi ia tetap berseri. Seperti Felix sedang berehat dengan tenang.

" Felix jangan selesa sangat yaa berehat dekat sana. Appa rindu Felix. Bangunlah sayang " Tangan Felix yang di genggam itu di peluk sambil dirinya meletakkan kepala di atas katil anaknya itu.

Baru sahaja beberapa minit Mark terlelap, ia merasakan seperti jari anaknya itu bergerak. Segera ia bangun dari lena dan melihat ke arah anaknya. Terlihat Felix sudah membuka kelopak matanya.

Mark berlari keluar memanggil doktor untuk melihatkan keadaan Felix. Setelah di periksa oleh doktor, benar Felix hilang ingatannya.

" Seperti jangkaan saya dua bulan lepas, dia hilang separuh dari ingatannya. Saya minta maaf ya encik Mark. Kami sudah cuba sedaya upaya kami. Dia boleh discharge petang esok kalau keadaan dia semakin membaik. Saya minta diri dulu "

Mark menatap ke arah Felix. Ia tersenyum kecil. Walaupun anak kesayangannya itu telah hilang ingatan, ia bersyukur kerana setidaknya anaknya sudah sedarkan diri. Di peluk anaknya.

" Terima kasih Felix. Terima kasih sebab Felix akhirnya bangun " Ucap Mark. Ia mula terdiam apabila mendengar soalan Felix.

" Mana eomma ? " Melihat mark hanya diam, Felix menyoal sekali lagi.

" Appa mana eomma ? Dia tak datang ? Eomma tak rindu Felix ke ? " Mark kaku. Tidak tahu bagaimanakah caranya untuk memberitahu anaknya itu yang eommanya sudah tiada lagi di muka bumi ini.

" Tak ! Appa tipu ! Eomma masih ada kan ? Appa bergurau je kan ? "

" Appa tak bergurau sayang. Eomma meninggal dua bulan sebelum kita kemalangan. Dua bulan selepas eomma pergi, kita terlibat dalam kemalangan. Hanya nenek sahaja yang jaga kita berempat " Jelas Mark.

" Berempat ? " Lidah terasa kelu apabila mendengar soalan anaknya.

" Siapa lagi dua orang tu ? " Felix setia nemandang appanya itu menanti jawapan.

Be my wife || Jeonglix Where stories live. Discover now