LESS TALK AND LET'S NYOOOMM TO THE STORYYY 💖💖💖🔥
HaliGem
Marriage AU
Madly in love Halilintar 🤣Di sebuah restoran yang dihuni dengan ramai pelanggan yang sedang menikmati juadah makan malam mereka, terdapat seorang lelaki dewasa yang sedang duduk di sebuah penjuru restoran tersebut sambil sedang menikmati kopi panasnya sementara tumpuannya sedang fokus pada kawasan sekitar luar restoran tersebut. Di luar sana, jelas kelihatan hujan sedang turun dengan begitu lebat sekali sehingga jumlah manusia yang menghuni kawasan luar tidak terlalu ramai untuk dilihat. Ada yang sedang berlari untuk mencari tempat teduh buat sementara dan ada juga yang sedang berjalan dengan santai sekali bersama-sama rakan-rakan ataupun sendirian dengan ditemani payung di tangan.
Ckling!
Bunyi deringan loceng yang terpasang di atas pintu restoran tersebut kedengaran menandakan ada pelanggan baru yang baru masuk ke dalam restoran yang hangat dan riuh itu.
Biarpun kawasan sekitarnya dihuni dengan suasana yang riuh-rendah, namun lelaki tadi masih tetap sahaja tenggelam di dalam dunianya. Tidak mempedulikan orang lain mahupun apa yang sedang berlaku di sekitarnya.
"Yo, Hali! Sorry, lambat sikit sebab tiba-tiba hujan turun dan kitorang tak bawak payung!"
Sapa salah seorang pelanggan baru yang baru masuk tadi kepada lelaki dewasa itu. Lelaki tersebut menoleh dan melihat sekumpulan lelaki-lelaki dewasa yang lain kini sedang berdiri di hadapannya dengan baju yang sedikit tertinggal kesan rintik hujan.
"Takpe. Duduklah dan pesan je apa yang korang nak."
"Orait! Haa... duduk semua."
Kini sekumpulan lelaki yang datang tadi pun sedang mengambil tempat duduk masing-masing bersama-sama dengan meja lelaki yang dipanggil Hali tadi.
"Jadi, apa tujuan kau panggil kitorang ke sini?"
"Entahnya, dah la jarang untuk kau panggil kita lepak-lepak macam ni sejak kahwin dulu. Kalau tak memang terperap je kau kat rumah tu."
"Hahahaha! Solar dan Ais kena la faham yang Halilintar kita ni mananya tolak dari melekat terus dengan isteri dia! Kalau boleh ke mana-mana pun dia nak ada dengan Gempa!"
Lelaki yang dipanggil Halilintar tadi hanya mampu mengeluh kecil apabila mendengar usikan dari rakan-rakannya yang lain itu.
Apa yang dia boleh kata? Memang benarlah segala apa yang rakannya katakan itu. Biarpun dahulu dia cukup terkenal sebagai Halilintar The Dreaded King atau dalam bahasa sendiri ialah Raja Yang Digeruni kerana sikapnya yang dingin dan ditakuti ramai itu. Tiada sesiapa yang berani melawannya atau mengalahkannya kerana kehebatannya dalam melawan pihak musuh.
Ah, tapi itu hanya dulu. Gelaran itu sudah lama tidak dipakainya sejak 2 tahun yang lalu iaitu sejak dia telah berumahtangga dengan insan yang dicintainya.
"Jadi? Apa cerita kau dengan Gempa sekarang?"
Gempa. Isteri dan merangkap insan yang paling dicintai Halilintar dengan sepenuh hatinya. Mereka bertemu semenjak dari bangku sekolah menengah lagi dan cinta mula berputik apabila mereka saling bekerjasama dalam menguruskan satu program yang diadakan sewaktu dalam kem rehat minda senior mereka. Saat pertama kali Halilintar bertemu dengan isterinya, jujur dia sedikit terkejut.
Nama Halilintar sering digeruni ramai dan kebanyakan pelajar-pelajar sekolahnya tidak berani datang dekat dengannya mahupun berbual dengannya. Selain daripada rakan-rakannya itu, hanya Gempa yang berani datang dan bertegur sapa dengan Halilintar. Atau lebih tepatnya Gempa sebenarnya tidak peka bahawa orang yang pernah dia berbual buat pertama kalinya itu adalah orang yang paling digeruni ramai. Tidak sehingga mereka telah 3 minggu lebih berkenalan dan kawan sekelas Gempa memberitahu Gempa mengenai hal itu.
YOU ARE READING
A.S.U.P.A.N
FanfictionAll of the ideas are from me - HarruTsubasa05© ◆It contains AllGem! (and also other ships sometimes) I ship what I ship. If you dislike it, you can fuck off! :D And don't harm my babies (readers) or I will sue you! If you want to use the idea, ask...