Don't blame me... I really got tons of ideas just in one day.
So, let's have TaufanxGempa.
Besides, this asupan - idea, I want to make it as story actually. But... Let's just put it here before I forget the idea again lol.
Mafia AU!
"Gempa... Aku minta maaf kalau kau sedih tentang ni tapi... Aku harap kau terima dengan apa yang sudah ditentukan untuk kita. "
Taufan berkata kepada Gempa, yang kini sudah sah menjadi isterinya pada hari itu.
Namun segala kata-kata Taufan atau pujukan Taufan langsung tidak dipedulikan oleh isterinya. Wajah Gempa tampak jelas sekali tidak suka akan apa yang telah terjadi hari itu.
Bagaimana tidak? Sepatutnya, hari itu adalah hari perkahwinan antara Gempa bersama orang yang dicintainya sejak dahulu lagi. Iaitu Halilintar. Tetapi sudah dinamakan takdir, Halilintar tiba-tiba kemalangan sehari sebelum hari perkahwinannya dan Gempa. Dan kerana tidak mahu menanggung malu, kedua-dua keluarga Gempa dan arwah Halilintar membuat keputusan untuk meneruskan juga perkahwinan itu. Tetapi dengan menggantikan Halilintar kepada adiknya, iaitu Taufan.
Gempa tidak terlalu kenal rapat dengan Taufan. Mereka pernah juga berjumpa dan berkenalan sebelum ini kerana Halilintar sentiasa membawa Gempa pulang bersama dan berjumpa dengan keluarganya. Tetapi hubungan Taufan dan Gempa tidak rapat. Malah, mereka jarang berbual sekali. Dan oleh disebabkan itulah, sekarang mereka berdua tidak dapat berkomunikasi dengan baik.
Walaupun Taufan cuba untuk mendekatkan dirinya dengan Gempa, tetapi Taufan faham, lelaki itu masih tidak dapat melupakan bekas kekasihnya. Iaitu abangnya, Halilintar.
'Abang Hali.. Maafkan aku kalau aku gagal untuk menjaga Gempa dengan baik.. '
Taufan rasa sangat serba salah sekarang. Alangkah bagusnya jika dia dapat menggantikan tempat abangnya. Taufan juga sangat sayangkan Halilintar. Halilintar merupakan satu-satunya abangnya dan dia sangat baik kepada Taufan. Halilintar sentiasa melindungi dan menjaga Taufan dengan baik. Ini kerana keluarga mereka adalah keluarga mafia yang terkenal dan sering diburu oleh musuh-musuh mereka.
Dan apabila mereka sudah kehilangan Halilintar, ia ibarat satu tamparan yang besar menimpa ke atas keluarga mereka.
Keluarga Taufan bukan sahaja hilang orang yang mereka sayang, malah, mereka juga hilang pewaris seterusnya keluarga mafia. Dan nampaknya, segalanya akan berada di atas bahu Taufan selepas ini. Dia harus menguruskan legasi keluarga mafianya, dia harus menjaga keluarganya, dan yang paling penting, dia harus menjaga kekasih arwah abangnya yang kini telah menjadi isterinya.
"Gempa, a-aku tahu yang kita tak berapa kenal sebelum ni. Jadi... Apa kata kalau kita.. "
"Tak. Aku tak nak. "
Senyuman Taufan memudar.
Gempa menolehkan mukanya untuk menghadap Taufan. Wajahnya jelas menunjukkan perasaan dendam yang disimpan ke atas lelaki yang kini sudah bergelar suaminya.
"Aku tahu yang kau adalah penyebab Halilintar mati, kan? "
"Apa? Tak! M-mana ada! "
"Kau pembohong! Kau pengkhianat! "
"Gempa, tunggu aku-"
"Sudah! "
Gempa menepis tangan Taufan dari cuba untuk menyentuhnya.
"Aku takkan maafkan kau... Kau yang bunuh Halilintar... Aku takkan percayakan kau! "
Taufan tercengang. Selama ini, dia tidak pernah dituduh dalam melakukan perbuatan yang keji sebegitu. Tetapi tipulah kalau Taufan tidak pernah membunuh orang. Tetapi bunuh abangnya sendiri? Tidak. Itu gila.
"Aku takkan anggap kau sebagai suami aku. Takkan! Aku takkan mengenali kau! Kau bukan suami aku! Aku benci kau!"
Dan Gempa pun berlalu pergi begitu sahaja meninggalkan Taufan yang masih di tempatnya.
Hati mereka berdua masing-masing sakit. Hati Gempa sakit kerana dia telah kehilangan insan yang dia sayangi dan terpaksa untuk mengahwini orang yang dia langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan. Manakala hati Taufan pula sakit kerana dirinya dituduh dalam membunuh abang kesayangannya.
'Kenapa hidup aku diuji macam ni..? '
Ini adalah preview sebenarnya. Tiba-tiba Ani rasa berminat untuk menghasilkan Mafia AU dalam romance dan hurt punya.
Tapi Ani tak rancang lagi bila boleh mula buat cerita ni. Ditambah pula banyak cerita Ani yang masih belum tamat lagi. Lol.
Oh, dan kalau ada yang nak cuba idea ni, korang dipersilakan sahaja. Tetapi minta izin dan jangan lupa untuk berikan kredit, ya?
Secara summary, cerita ini mengisahkan tentang kehidupan dan cabaran Taufan sebagai seorang ketua mafia yang terkenal dan merbahaya. Dia harus sentiasa berhati-hati dalam setiap saat kerana dia sering menjadi buruan musuh yang lain. Ditambah pula orang-orang yang dia sayang juga sering menjadi mangsa. Dan kebiasaannya Taufan akan sentiasa meminta tolong abangnya, Halilintar demi melindungi semua.
Tetapi malangnya, kerana Halilintar mati kemalangan dan dibunuh oleh musuh mereka, Taufan terpaksa menggalas semuanya. Termasuk terpaksa mengahwini kekasih abangnya sendiri, iaitu Gempa.
Hidup Taufan berubah dari bahagia menjadi suram. Apabila Gempa tidak mahu menerimanya sebagai suami, dia rasa seperti dirinya dibuang sahaja. Dia sering cuba untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua mafia yang hebat, tetapi pada masa yang sama dia harus memujuk dan menjaga Gempa sebagai isterinya.
Adakah Gempa akan terima Taufan sebagai pengganti abangnya atau...?
Cliche, ahahahaahah. 😂😂
YOU ARE READING
A.S.U.P.A.N
FanfictionAll of the ideas are from me - HarruTsubasa05© ◆It contains AllGem! (and also other ships sometimes) I ship what I ship. If you dislike it, you can fuck off! :D And don't harm my babies (readers) or I will sue you! If you want to use the idea, ask...