Serius ship ni betul-betul jarang kalau dicari. 😥
Jadi sebab author rasa author baik author nak bagi asupan TauGem sebanyak yang boleh! 😜 Also, to make you guys fall in love with this ship hshshshshshs
Enjoy!
Marriage AU!
Story Title:
Not A Story
Di sebuah stesen kereta api yang dikerumuni oleh banyak orang yang lalu-lalang, kelihatan seorang lelaki manis sedang berada di tempat duduknya yang berada di hujung bangku yang disediakan di dalam stesen tersebut sambil termemung. Di sebelahnya, terdapat sebuah beg galas yang berisi dengan penuh pakaian di dalamnya.
Satu hembusan nafas dilepaskan oleh lelaki itu.
"Haa... "
"Hi. "
Lelaki manis itu menoleh ke sisi kanannya apabila dirinya tiba-tiba ditegur oleh seseorang. Dia menatap ke arah seorang lelaki yang kini sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum.
"Boleh saya duduk di sini? "
Lelaki tadi bertanya sambil senyumannya tidak lekang di bibirnya. Jari telunjuknya pula sedang menunjukkan arah tempat duduk yang kosong yang berada di sebelah lelaki manis tadi.
Lelaki manis itu tidak menjawab apa-apa. Dia melihat pula di sebelah lelaki yang sedang berdiri tadi. Terdapat sebuah beg bagasi di sebelahnya.
"Duduklah. "
Lelaki tadi tersenyum. Lalu dia pun mengambil tempatnya dan melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki manis tadi. Rupa-rupanya saiz mereka agak sedikit ketara. Lelaki tadi saiznya sedikit besar dan tegap berbanding saiz lelaki manis tadi.
"Nama apa? "
Tidak ingin suasana menjadi canggung, maka lelaki tadi pun mula berkenalan dengan lelaki manis tersebut. Yang ditanya menoleh dan melihat ke arah lelaki itu. Di dalam fikirannya mula bertanya, dah kenapa dia ni?
"Gempa. "
Tetapi dia menjawab juga.
Lelaki tadi mengangguk faham selepas mendengar jawapan daripada lelaki manis tadi; Gempa.
"Nama saya Taufan. "
"Tak tanya. "
"Saya tahu. "
Gempa kekal diam dan cuba untuk mengabaikan kewujudan lelaki yang bernama Taufan tadi. Biarpun dia agak sedikit rasa serba salah kerana telah berkelaluan kasar ke atas lelaki tadi tetapi dia tidak boleh berbuat apa. Hatinya sedang sakit sekarang. Dan dia sedang berada di dalam mood yang tidak baik.
"Gempa nak ke mana? "
"Mana-mana sahaja. "
"Kenapa singkat saja jawapannya? "
"Bukan urusan anda. "
"Kenapa sombong? "
Gempa berpaling ke arah Taufan semula. Matanya merenung tajam ke arah lelaki tadi. Dia berasa sangat jengkel sekali dengan soalan itu.
YOU ARE READING
A.S.U.P.A.N
FanficAll of the ideas are from me - HarruTsubasa05© ◆It contains AllGem! (and also other ships sometimes) I ship what I ship. If you dislike it, you can fuck off! :D And don't harm my babies (readers) or I will sue you! If you want to use the idea, ask...