I thought I would never get to see HaliGem moment anymore in BBBG S2 but hmm?? What's that in the latest episode guys?? X,D Yaa Ani tengok lambat dari waktu tayangan sebab bussyyy T^T
Sumpah rasanya macam nak menjerit-jerit dalam rumah Ani bila tengok episode tu sebab HAHAHAHAAHAH it's just a small detail but it is soooo dnaokdnoiwdnuiwbdna
Anyway, Ani tak sure untuk asupan kali ni ia akan lebih menarik ataupun tidak tapi yea... I wanna make a new soft and overwhelming content for my most fav ship.
This is a very pure imagination from me by the way so jangan ambil serious sangat. Sila skip saja kalau tak suka HAAHAHAHAHHAHA
Apa-apa pun enjoyyy!
Selepas tamat sahaja pertandingan memasak antara Boboiboy dan Qually, kesemua makhluk(?) dan alien yang hadir mula menyantap makanan yang telah dimasak dan dihidangkan oleh kedua-dua peserta tadi. Boboiboy terpaksa berpecah semula dek kerana tak menang tangan untuk melayan penyokong dan penonton yang hadir. Selepas berbual dengan rakan-rakannya dan selesai menolong Qually, si pengendali elemen tanah pun terus memanggil elemen-elemen yang lain untuk bergabung semula.
"Alaa... tak nak gabung lagi! Bagilah kitorang kekal macam ni dulu!" Thorn merengek sambil tertunduk lesu. Dia masih belum puas sediakan air dan tengok rakan-rakannya menyantap makanan.
"Ha'a! Aku pun nak rasa jugak masakan kita bila digabungkan dengan Qually punya macam mana." Ais pun turut bersetuju.
Gempa menggeleng kepala. Ini lah yang dia khuatirkan apabila harus berpecah lama-lama.
"Aku tak nak ambil risiko lah. Kalau kita kena serang macam mana? Ataupun kita tiba-tiba hilang ingatan? Korang nak ke kita ulang balik kesilapan yang sama?" Gempa bertegas. Mata emasnya memandang wajah sedih Thorn, Ais dan Blaze.
"Alah, kita semua ada dekat-dekat sini je kan? Bukannya pergi jauh pun. Boleh la Gempa! Boleh laa...!" Kini Blaze juga cuba memujuk. Saja dia acah menggedik sebab nak menang juga.
Sementara itu, si pengendali kilat hanya memerhati sahaja dari belakang. Dia melihat pecahan-pecahan yang lain sedang cuba sedaya upaya mereka untuk tidak bergabung terlebih dahulu buat sementara waktu. Dia pula macam mana? Sudah tentu dia tidak peduli. Nak bergabung atau tak nak, dia akan tetap berada di penjuru ruangan untuk mengelakkan diri dari kena berinteraksi dengan orang lain. Melainkan dia disuruh buat kerja baru dia bergerak.
"Haih... yelah, yelah! Tapi kejap je tau! Dalam 10 minit nanti kita gabung balik!" Gempa akhirnya menyerah. Kalau dah 3 dari 5 orang memohon sebegini, memang susah lah dia nak menang!
Mendengar jawapan muktamad daripada Gempa, Thorn, Ais dan Blaze pun bersorak riang. Tak lupa untuk mengangguk setuju dan mengucapkan terima kasih kepada Gempa, mereka pun terus berlalu pergi selepas itu.
"Haih... macam-macam lah diorang ni." Gempa hanya mampu menggelengkan kepalanya dengan lelah. Tak tahu lagi nak cakap macam mana. Nak tak nak dia kena percaya yang Ais, Blaze dan Thorn itu juga adalah sebahagian dari dirinya sendiri.
Gempa hendak berlalu pergi. Namun matanya terus terkalih memandang ke arah Halilintar yang sedari tadi lagi berdiam diri di belakangnya. Kening Gempa terangkat.
YOU ARE READING
A.S.U.P.A.N
FanfictionAll of the ideas are from me - HarruTsubasa05© ◆It contains AllGem! (and also other ships sometimes) I ship what I ship. If you dislike it, you can fuck off! :D And don't harm my babies (readers) or I will sue you! If you want to use the idea, ask...