Macam menarik cerita ni. But... Maybe just a short story? OwO I will consider this story later~ Uwu
WARNING!
TW!
Doctor x Patient!
Hospital Life AU!
Klik!
"Apa khabar kamu sekarang, Gempa? "
Seorang pesakit yang disapa oleh doktor tadi berpaling. Dia melihat susuk tubuh seorang lelaki dewasa yang mengenakan jaket berwarna putih yang dilengkapkan dengan stateskop yang digantung di lehernya sedang berjalan mendekatinya sambil kedua belah tangannya diletakkan ke dalam kedua belah poket jaket putih labuhnya itu.
"Saya khabar baik, Doktor Solar. "
Gempa, pesakit kepada doktor tersebut memberikan senyumannya kepada doktor tadi.
Doktor itu ikut tersenyum. Dia pun berdiri di sebelah katil Gempa dan mengusap wajah manis Gempa dengan lembut.
"Ada rasa nak keluar makan angin? "
Gempa menggeleng.
"Nak makan apa-apa? "
Gempa menggeleng lagi.
Doktor tadi pun terdiam. Dia menatap sahaja keadaan pesakitnya yang mula menunduk itu. Tiba-tiba memorinya mengingat kembali akan keadaan Gempa yang sering mengalami kemurungan itu.
Ya, sebenarnya itu ialah pusat rawatan mental bagi para pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental. Dan salah seorang penghuni wad tersebut adalah Gempa sendiri.
Dia disahkan mengalami masalah mental sejak berumur 15 tahun lagi. Ini kerana dia mengalami masalah terlalu tertekan di usia yang begitu muda sehingga mengakibatkan dia mula melakukan perkara-perkara yang hampir meragut nyawanya sendiri. Sebagai contoh, dia cuba menggantungkan dirinya di siling sehingga mengakibatkan lehernya mempunyai bekas parut luka, kemudian dia cuba terjun tasik ataupun bangunan yang untungnya keluarganya dan kawan-kawannya ada dan sempat menyelamatkannya. Tidaj lupa juga, dia cuba untuk mengelar tangannya sendiri sehingga begitu banyak sekali kesan luka pisau ataupun benda tajam yang terhasil di lengannya. Bermula dari pergelangan tangannya sehinggalah ke sikunya. Cukup banyak dan mengerikan untuk menceritakan kisah di sebaliknya.
Keadaan Gempa bukan bertambah baik. Apabila dia dimasukkan ke dalam wad, dia sering menjerit dan menangis kerana dia (berkata) bahawa dia sering ternampak bayang-bayang hitam yang mengerikan sedang melihat ke arahnya. Kadang-kadang dia juga sering bercakap seorang diri. Ketawa seorang diri dan tiba-tiba menangis seorang diri.
Ada juga pernah terjadi Gempa tiba-tiba meraung dan memegang kepalanya dengan kuat sekali. Seolah-olah dia sedang mengalami penderitaan sakit kepala yang menyakitkan sekali. Paling parah, Gempa pernah cuba untuk menghantukkan kepalanya di dinding sambil menangis. Habis panik dan kecoh seluruh pusat rawatan itu kerana ulah menakutkan Gempa.
Sepanjang hidup Solar dalam menjalani kehidupannya sebagai doktor yang merawat pesakit yang mengalami masalah mental, dia masih belum pernah menemui pesakit yang sebegitu teruk seperti Gempa. Gempa seperti... Tiada tanda-tanda untuk sembuh. Mereka pernah mencuba untuk melihat keadaan fizikal Gempa. Takut-takut pesakit itu mempunyai penyakit yang membuatnya menderita sehigga begitu sekali. Tetapi hasilnya tiada apa-apa. Gempa sihat dan tidak mengalami kecacatan apa-apa melainkan dikhuatiri fikirannya yang terganggu.
Walaupun Gempa adalah pesakit yang menghidap penyakit kemurungan yang kronik, tetapi ada juga waktu Gempa tidak mengalami apa-apa masalah. Seperti sekarang, Gempa akan diam dan termenung sahaja selalu. Hal itu cukup menenangkan pihak pusat rawatan itu terutama Solar, doktor yang merawat Gempa. Tetapi dia ingin sekali bertanya akan masalah yang dihadapi oleh Gempa sebenarnya. Kenapa Gempa boleh mengalami masalah kemurungan sehingga begitu sekali?
YOU ARE READING
A.S.U.P.A.N
FanfictionAll of the ideas are from me - HarruTsubasa05© ◆It contains AllGem! (and also other ships sometimes) I ship what I ship. If you dislike it, you can fuck off! :D And don't harm my babies (readers) or I will sue you! If you want to use the idea, ask...