Terlalu banyak draafftttt!!!! 😂😂💦
Dan kali ni dapat idea TaufanxGempa pula hhshshshhshshh what is wrong with my braaiinn?!!
Ok2 abaikan. Fuh! Sekarang nak lepaskan idea ni dulu. Korang layan jelah ke-merapu-an Ani ni. 😂😂💦
Highschool / StudentxTeacher AU!
"Cikgu! Saya tak faham dengan bahagian ni!"
Pelajar beriris biru itu memanggil gurunya yang sedang mencatat sesuatu di dalam buku rekod pembelajaran. Guru tersebut berhenti daripada menulis dan menoleh ke arah pelajar itu.
Mata mereka saling bertemu buat seketika sebelum guru itupun cepat-cepat bingkas bangun untuk menghampiri pelajarnya. Sekarang merupakan waktu ulangkaji sendiri jadi suasana di dalam kelas hanya dihuni desas-desus para pelajar yang sedang sibuk berbincang bersama.
Namun nampaknya ia bukan pilihan kepada pelajar seorang ini. Kedudukannya di dalam kelas jauh di penjuru kelas dan jauh dari mata-mata pelajar lain.
Guru tadi menghampiri pelajar tadi dan melihat ke dalam buku miliknya.
"Ya, Taufan? Kamu tak faham yang mana? "
"Yang ni. "
What is love, my sweetheart?
Guru tadi tergamam melihat tulisan bersaiz sederhana yang tertulis di dalam buku latihan tersebut. Bersemu wajahnya selepas membaca tulisan tersebut. Guru itupun melihat ke arah pelajar tadi.
"Boleh Cikgu Gempa terangkan pada saya, cikgu? Atau lebih tepat... My wife? "
Senyuman bermakna terukir di bibir pelajar tersebut sambil dia memandang ke arah guru di sebelahnya. Seolah-olah ingin menyampaikan satu perasaan yang tersirat, iris sapphirenya merenung ke dalam iris gold guru tersebut.
Guru itu, atau lebih kasual dipanggil Cikgu Gempa terkesima. Dia tahu pelajarnya seorang ini sengaja ingin mengusiknya tapi dia tetap takut.
Ya, takut.
Takut jikalau rahsia antara dirinya dan pelajar itu sebagai status pasangan berkahwin tersebar.
Benar, dia dan pelajar itu telahpun berkahwin pada awal tahun lalu. Jangan disangkakan mereka menjalankan hubungan terlarang! Mereka sebenarnya dipaksa oleh ibubapa masing-masing untuk disatukan bersama. Dan salah satu sebabnya adalah kerana Gempa sudah terlanjur usia untuk berkahwin. Entah sumpahan apa yang terkena kepada guru tersebut sehingga dia begitu lambat sekali dipertemukan jodoh.
Sehinggalah akhirnya dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan salah seorang pelajar sekolah menengah tinggi. Yang disangkakannya bahawa mereka mungkin saling tidak mengenali antara satu sama lain. Namun malang baginya rupa-rupanya pelajar yang menjadi bakal suaminya itu adalah salah seorang pelajar di akhir tahun sekolah menengahnya. Pelajarnya sendiri.
Dan merahsiakan hubungan antara mereka adalah pilihan dan permohonan Gempa sendiri. Walaupun diberikan peluang untuk membiarkan suaminya itu berhenti sekolah namun Gempa tidak sampai hati membiarkan pelajar itu, atau lebih tepatnya suaminya berhenti di tahun akhirnya. Serba salah? Memangpun.
Namun niat Gempa baik. Dia ingin Taufan mempunyai kerjaya yang tinggi supaya di masa hadapan nanti hidupnya akan lebih senang. Dan sudah tentu 'dia' itu adalah ditujukan untuk Taufan sendiri.
Mustahil. Ya, mustahil bagi Gempa untuk merasakan bahawa dia akan bersama dengan Taufan dalam tempoh yang lama. Tambahan pula perbezaan umur mereka yang amat ketara.
"Cikgu? "
"Huh? Y-ya? "
Taufan terkekeh-kekeh.
"Cikgu termenung sewaktu mengajar, ya? "
Taufan berkata sambil menatap lurus ke arah sepasang iris keemasan itu. Sepasang iris yang sentiasa mengusik fikiran dan jiwanya. Taufan tidak mempermasalahkan hal itu sama sekali. Baginya, dia amat menyukai iris itu.
"You are so beautiful, teacher. "
Wajah Gempa merona kemerahan. Habis! Dia memang habis sekarang!
Jantung Gempa mula berdegup kencang. Fikirannya juga mula tidak keruan memikirkan keadaan mereka. Tunggu, jarak antara wajah dia dan Taufan amat dekat! Adakah pelajar-pelajar yang lain sedang melihat ke arah mereka? Adakah sudah ada yang menyedari tentang hubungan perkahwinan rahsia antara dia dan Taufan?
Gempa tidak tahu dan takut untuk tahu. Bagaimana jika rahsia dia dan pelajarnya adalah pasangan berkahwin itu tersebar di seluruh sekolah? Adakah dia akan dibuang kerja? Adakah Taufan akan diberhentikan sekolah? Mengingat kembali bahawa setiap peraturan sekolah amat menegaskan bahawa hubungan antara guru dan pelajar adalah terlarang dari segi hubungan romantis, dan sekarang? Hubungan antara Gempa dan Taufan pula macam mana? Ah, memikirkannya sahaja sudah buat kepala Gempa terasa sakit.
Ktak!
Seolah-olah baru sedar dari dunianya, Gempa pun kembali berdiri tegak semula. Dia sendiri tidak perasan bahawa sedari tadi lagi dia sedang membungkukkan badannya.
Gempa berdehem kecil. Lalu dia pun bertindak untuk mengabaikan sahaja Taufan dan berlalu pergi.
Namun begitu, belum sempat dia melangkah, tiba-tiba tangannya ditarik oleh Taufan. Gempa menoleh. Melihat Taufan yang kini sedang memandang ke arah tangannya. Lebih tepatnya, ke arah jari manisnya.
"Where's your ring? "
Gulp!
Pandangan itu. Pandangan serius itu. Tidak. Sudah tentu Taufan bukan antara psiko yang sangat obsesi kepada pasangannya ataupun pasangan yang posesif. Tetapi apa yang membuatkan Gempa takut?
Pesona Taufan.
Lihatlah lirikan matanya yang serius itu sewaktu melihat ke arah jari manis Gempa sambil menunggu jawapan dari guru tersebut.
"Do you hate the ring? "
Apa yang perlu Gempa jawab?
Apaan sih? :v Alurnya gaje banget! Wkwkwkkw
Ok geng. Ani nak sambung update yang lain. Eh, bukan update. Sambung taip. Dah berhabuk dah rasanya sebab dah lama tinggal lolololol 😂😂
YOU ARE READING
A.S.U.P.A.N
Fiksi PenggemarAll of the ideas are from me - HarruTsubasa05© ◆It contains AllGem! (and also other ships sometimes) I ship what I ship. If you dislike it, you can fuck off! :D And don't harm my babies (readers) or I will sue you! If you want to use the idea, ask...