SupGlace

989 56 20
                                    

Wohooooo!! Dah lama tak tulis apa-apa dekat sini! 😂😂

Banyak asupan yang tercipta dalam kepala Ani tapi Ani kena tahan dulu sebab sebelum ni Ani exam. And guess what? Markah banyak turun- bwahaahahahah!! 😂😂 //tak tanya

Ok2, jom kita terus ke asupan. Uwu

.
.
.







Supra x Glacier
Slight! Halilintar x Gempa
and Ice x Gempa/Blaze
And Thorn x Taufan

"Terima kasih banyak sebab sudi belanja kami. "

Halilintar berkata kepada Gempa sambil mendukung anaknya Supra di tangan. Gempa hanya mengangguk dan tersenyum ramah sahaja bagi membalas ucapan tersebut. Manakala tangannya pula sedang ligat mengelap mulut Glacier yang comot.

Halilintar memerhatikan sahaja tingkah Gempa yang entah kenapa kelihatan begitu lembut dan elegan. Sejak dari pertama kali dia memandang wajah Gempa, dirinya seolah-olah serta-merta tertarik dengan aura Gempa. (Walaupun tidak dapat dilihat dengan nyata)

"Uuhh... B-boleh saya tanya... Ini... Anak kamu ke? "

Halilintar sedikit menekankan suaranya agar Gempa dapat mendengarnya dengan jelas. Dia tak nak Gempa bertanya semula akan soalan yang dilontarkan olehnya. Malu bukan kepalang Halilintar kalau kena ulang balik soalan tu!

"Hm? Ah, ya. "

Gempa menjawab singkat sambil tersenyum. Dia kemudiannya berpaling semula ke arah Glacier untuk menyuap aiskrim kesukaannya.

Entah kenapa Halilintar dapat merasakan bahawa hatinya telah ditikam dengan jarum yang tajam. Ah, sakitnya hati apabila harus menerima kenyataan bahawa rupa-rupanya orang yang dia inginkan sudah berpunya.

"O-oohh... Mesti ayah dia baik, kan? Sebab belikan baju yang unik macam tu. "

Memang jelas kelihatan baju yang dipakai Glacier amat unik rekaannya. Pakaian bayi yang terkenal dengan gaya 'baju beruang' namun dilengkapkan pula dengan jaket labuh paras bahu yang mempunyai bulu lembut sebagai hiasan yang menampakkan baju itu kelihatan hangat dipakai. Tidak lupa juga dengan corak yang ada pada pakaian tersebut, ia kelihatan seperti mempunyai unsur alam pula.

Gempa faham apa yang dimaksudkan Halilintar. Tetapi pujian itu sedikit sebanyak membuatkan hatinya terasa pedih. Seolah-olah luka yang lama mula berdarah kembali.

"Ya... Bekas suami saya amat sayang akan Glacier. Namun malangnya, dia terpaksa membahagikan kebahagiaan itu dengan anaknya yang lain. "

Kening Halilintar mula berkerut. Kenapa bunyinya seperti suami lelaki manis di hadapannya ini sudah meninggalkannya?

"Uuhh... M-maksudnya..? "

Gempa tersenyum pahit.

"Saya sudah bercerai dengan dia. Sebab saya dapat tahu yang dia selama ni mempunyai hubungan yang erat bersama cinta pertamanya. Dan kerana saya tak nak mengganggu, akhirnya saya minta cerai dari dia. "

Halilintar menggigit bibirnya. Berbeza dengan kisahnya yang harus menjaga anak buahnya kerana ibubapa Supra telah meninggal, rupa-rupanya kisah lelaki manis di hadapannya ini lebih menyedihkan.

"M-maaf... Saya tak bermaksud untuk mengingatkan kisah sedih kamu. "

Gempa menggeleng kecil.

"Tak. Tak mengapa. Sekurang-kurangnya saya harus sedar yang dalam dunia ni, kadang-kadang perkara yang membuatkan kita bahagia itulah kita harus melepaskannya demi kebaikan semua. "

A.S.U.P.A.NWhere stories live. Discover now