Lepas baca 'Bodyguard' - TaeJin version karya Eternally-Confused, (credit the inspiration to her/him) Ani rasa Ani dapat (another) satu idea yang menarik untuk ship ni. 😚
Mungkin namanya My Bodyguard or something but let's put that aside first.
Let's focus on the main plot! 🔥🔥🔥
Mafia/Bodyguard AU!
Supra
- Son of Halilintar and Solar.
- Both of his parents are really strict and always want Supra to be the best man so that he can be a good leader.
- Ayahnya adalah seorang ketua mafia yang paling digeruni semua.
- Ibunya pula adalah model yang terkenal dengan karisma hebatnya.
- Dihantar ke military training sejak kecil dan dilatih untuk menjadi seorang yang handal dalam seni mempertahankan diri dan senjata.
- Berperwatakan yang tegas dan serius. Tidak suka bercakap banyak dan sentiasa mengikut arahan dengan baik.
- Bekerja sebagai pengawal peribadi untuk majikan pertamanya.
- Agak risih dengan perangai malas dan aneh Glacier tetapi dalam diam masih menyukainya. Walaupun kadang-kadang tergugat dengan sifat Glacier yang sentiasa straight to the point.Glacier
- Son of Ice and Gempa.
- His life was full of love from his parents and family.
- Ayahnya adalah seorang usahawan perkapalan yang terkenal serta bekas seorang pelakon yang hebat di serata dunia.
- Ibunya pula seorang ahli perniagaan dan model yang berjaya.
- Pernah diculik waktu kecil dahulu sehingga membuatkan ibubapanya terpaksa mengupah seseorang untuk menjadi pengawal peribadinya.
- Berperwatakan yang lembut dan sopan namun pemalas. Gemar memasak.
- Tidak pernah menyembunyikan apa-apa perasaannya dan sentiasa dengan senang hati menyatakan apa yang ada di dalam fikirannya kepada orang-orang di sekitarnya.
- Kerana faktor penyakitnya, Glacier menjadi kurang aktif berbanding remaja seumuran dengannya tetapi dia sering membantu ibunya memasak.
- Suka akan perwatakan tegas Supra dan sering mencari kesempatan untuk mengganggu pengawal peribadinya itu..
.
.
.Tok! Tok!
"Supra? "
Suara lembut nan kecil Glacier menyedarkan Supra dari lamunannya di atas katil. Lelaki itu bangun dari katilnya lalu berjalan menuju ke arah pintu biliknya untuk membuka pintu buat anak majikannya.
Klik!
"Hi! "
Supra memandang datar ke arah wajah datar Glacier. Datar bertemu datar. :v
"Apa yang tuan muda nak? "
"Nak tidur bersama-sama Supra. Boleh tak?"
"Tak. "
"Kalau nak juga? "
"Saya takkan benarkan. "
"Nanti saya adu dekat ayah? "
"Saya tak peduli. "
"Supra jahat. "
"Terima kasih. "
Glacier mengembungkan pipinya kerana kesal. Itulah jawapan yang sering diterimanya di setiap kali dia ingin meminta apa-apa daripada pengawal peribadinya itu. Bukannya minta benda pelik, nak tidur bersama sahaja pun begitu susah? Adakah ia pelik? Bagi Glacier tidak.
"Saya tak peduli! "
Lalu dengan selambanya Glacier menyusup masuk - dengan badan kecilnya - ke dalam bilik Supra lalu membaringkan badannya di atas katil bersaiz king tersebut. Glacier berguling-guling di atas katil empuk itu sambil bergumam teruja.
Supra merenung ke arah anak majikannya yang terlebih vitamin itu. Satu helaan nafas kesal keluar dari celah bibirnya sebelum dia membuat keputusan untuk ikutkan sahaja perangai aneh Glacier. Jangan salah faham, dia tidak terlalu ingin Glacier tidur bersamanya. Cuma hari ini Supra agak kelelahan jadi dia tak nak memanjangkan lagi perangai keras kepala Glacier itu.
"Tepi sikit. "
Supra menolak badan Glacier untuk mengambil tempatnya sebelum dia ikut baring di atas katilnya. Dengan keadaan badan Supra yang membelakangi Glacier, wajah Glacier agak memancarkan sedikit kekesalan.
"Supra, nak peluk? "
"No. "
"Kenapa? "
"Sebab saya tak nak. "
"Kenapa tak nak? "
"Sebab tuan muda yang minta. "
"Supra bencikan saya? "
"..."
Hening.
Wajah Glacier berkerut apabila soalannya yang terakhir itu tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Supra. Yang disangkakannya mungkin Supra sudah tidur. Tetapi sebaliknya dan kenyataannya, Supra masih terjaga. Namun lelaki itu nampaknya sedang memikirkan soalan Glacier tadi.
Adakah dia membenci Glacier?
Mustahil. Kerana kalau dia benci sudah tentu dia akan berhenti dari tugas ini.
Tetapi adakah ia bermaksud dia sukakan Glacier?
Benarkah?
Jika betul jadi kenapa Supra sering menolak segala permintaan aneh Glacier? Kenapa dia sering menghalang Glacier dari memeluknya? Kenapa dia sering diam di saat Glacier bertanyakan perasaannya terhadap remaja itu?
"Supra... "
Mendengar suara lembut Glacier membuatkan Supra tersedar dari lamunannya. Buat kali kedua. Tetapi dia tidak bergerak. Sebaliknya, dia kekal di posisinya kerana tidak mahu Glacier sedar yang dia masih belum tidur.
"Saya seronok sebab Supra sentiasa ada bersama saya. Ia membuatkan saya mempunyai kawan yang paling dekat. Sejak kecil, saya jarang bergaul dengan sesiapa sehingga membuatkan saya susah dapat kawan. Dan sekarang, ditambah pula selepas kejadian penculikan tempoh hari, ayah dan ibu tak benarkan saya ke sekolah umum. Mereka menyuruh saya untuk ke sekolah privasi dan hanya belajar di rumah. Jadi saya agak sunyi sikit.
Tetapi lepas Supra datang, saya rasa gembira. Sebab saya ada kawan untuk berbual dan diluangkan masa bersama. Tentunya ibu dan ayah sentiasa ada untuk saya tetapi saya inginkan seseorang yang sama umur dengan saya. Yang kalau boleh, juga simpan rahsia saya. "
Supra kekal diam di tempatnya sambil mendengar cerita Glacier. Dia tidak pasti harus memberikan respon apa untuk remaja itu. Patutkah dia memeluknya? Ah, tidak. Itu gila.
Jadi apa yang perlu Supra jawab?
"Terima kasih Supra. Saya amat menghargainya. "
Supra dapat merasakan yang Glacier kini telah mengubah posisi baringnya kepada membelakangi dirinya. Supra tidak terlalu mempersoalkannya kerana dia juga sedang melakukan hal yang sama kepada lelaki itu. Cuma, kenapa Supra rasa ada yang tidak kena?
"Glacier sayang Supra. Goodnight my knight. "
Wajah Supra serta-merta bersemu kemerahan. Knight? Adakah dia diibaratkan seorang pahlawan yang gagah dan berani di mata Glacier? Supra tahu yang dia tidak seharusnya mempunyai perasaan ini tetapi kenapa dia bahagia?
Supra x Glacier is my ship wrecker! 😭
Just imagine that you have both sweet and kind personality of Ice and Gempa dan disatukan pula dengan personality of cool and calm of Halilintar and Solar! Hshshshsshsh I don't ship HaliSol but I cannot deny that I love Supra. Fcking much! 😭 But still that doesn't mean I ship HaliSol bruh! 😂
YOU ARE READING
A.S.U.P.A.N
FanfictionAll of the ideas are from me - HarruTsubasa05© ◆It contains AllGem! (and also other ships sometimes) I ship what I ship. If you dislike it, you can fuck off! :D And don't harm my babies (readers) or I will sue you! If you want to use the idea, ask...