SolGem

309 15 2
                                    

Another random prompt or can be say brainrot too but oh well, let's try to make it as a long story short 👌🏻



Solar x Gempa
Idol AU
Idol! Gempa x Fan! Solar







"Awak..! Nama awak apa?"

"H-huh? N-nama? Nama s-saya Solar!"

"Solar? Ok, Solar! Awak ikut saya kejap ya? Hehe... saya nak kena lari dari peminat saya kejap!"

"Ha?!"

Gempa, dia ni adalah seorang idol terkenal di serata dunia. Dia ada suara yang manis didengar dan berpersonaliti yang menarik dan manis yang mampu membuat sesiapa sahaja jatuh cinta pada dia dalam sekelip mata. Daya tarikannya yang paling menawan ialah sepasang mata emas miliknya yang tiada siapa pun mempunyainya. Semua orang menyukai dan menghormatinya. Termasuk aku sendiri sebagai salah seorang peminat setianya.

Jadi kenapa? Kenapa tiba-tiba Solar boleh terserempak dengan idol kesayangannya dan mereka boleh berlari bersama-sama sekarang?! Jangan cakap ni salah satu lagi mimpinya dengan idol kesayangannya ni?!

.

.

.

"Bye-bye, Solar! Jumpa esok!"

"Huh? Oh... bye..."

Solar melambarkan tangannya ke arah rakan-rakan sekelasnya setelah sebaik sahaja waktu kelas mereka telah tamat pada hari itu. 

"Solar nampak macam tergesa-gera hari ni, kan?"

"Betul tu. Mungkin dia ada hal kot hari ni?"

"Boleh jadi juga. Eh, atau dia ada tusyen hari ni? Dia kan budak pandai?"

"Hm, betul juga!"

Solar mengabaikan segala kata-kata daripada rakan perempuan sekelasnya dengan meneruskan derap langkah kakinya ke hadapan. Majunya mara ke hadapan untuk cepat tiba di apartmennya. Hari ini merupakan salah satu hari yang paling penting dalam hidupnya. Ianya tidak boleh dipercepatkan, dilewatkan, ditangguhkan, diabaikan, dilupakan, diganggu mahupun dijual beli oleh sesiapa. Inilah satu-satunya hari yang sentiasa dia tunggu dalam hidupnya dan takkan dia peduli siapapun atau pentingnya perkara lain, dia tetap kena utamakan perkara ni!

.

.

.

Suara-suara teriakan dan sorakan yang gemuruh serta nyaring dapat jelas kedengaran di luar stadium. Seluruh barisan peminat yang hadir kini bersorak gemuruh dengan hati dan perasaan yang begitu membuak-buak di dalam dada. Keterujaan mereka dapat dirasai dengan jelas tatkala mereka melihat beberapa orang dalam kumpulan idol lelaki yang mereka minati kini sedang membuat persembahan di atas pentas.

Solar yang berada di sana pun turut terasa kemeriahan persembahan itu. Pentas yang beradanya kumpulan idol kegemarannya tidak seluas seperti kebiasaannya tetapi di saat dia dapat melihat betapa menariknya tarian dan setiap pergerakan yang dipersembahkan oleh kumpulan tersebut, seketika terasa seperti dunia hanya dihuni oleh mereka sahaja.

"Terima kasih kerana sudi menonton persembahan sementara kami! Jadi para peminat yang kami sayangi sekalian, itu adalah sedikit sneak-peak daripada kami mengenai album kami yang akan datang. Kami harap kalian semua akan tunggu dengan sabar sehingga waktu rilisnya keluar!"

Setelah selesai memberi sepatah dua kata, kini kumpulan lelaki terkenal seluruh dunia itu pun beransur pergi dari pentas persembahan mereka tadi. Sebelum beredar, mereka sempat membongkok dan menundukkan badan mereka kepada para peminat yang selama ini setia mengikuti perkembangan mereka dan menyokong mereka dari awal sehingga ke hari ini. Solar salah seorang dari keramaian tersebut, bersorak gembira. Lampu khas kumpulan tersebut digoncang-goncangnya kerana saking gembira dan puas hatinya dia dapat menonton persembahan kumpulan kegemarannya.

A.S.U.P.A.NWhere stories live. Discover now