HaliGem

1.8K 79 5
                                    

Ok another asupan lmaaaaoo

So basically this asupan kali ini adalah asupan Ani yang dulu. Senang cakap waktu awal-awal Ani minat HaliGem dulu Ani pernah terfikirkan cerita ini but tak ada kesempatan untuk buat cerita sebab at the end rasa macam cerita dia susah untuk disambungkan.

So lemme just share a little about this asupan. //Ani baru teringat Ani pernah terfikirkan cerita ni dulu lmaaaoo


.
.
.
.

"Tuan Amato! "

Seorang lelaki separuh usia menoleh ke arah seorang pemuda yang segak mengenakan baju korporat yang dilengkapi dengan cermin mata hitam dipakainya. Lelaki dewasa yang dipanggil Amato itu pun mendekati pemuda tadi, iaitu pengawal peribadi anaknya.

"Macam mana Ochobot? Jumpa tak anak saya? "

"Haa.. Maafkan saya, tuan. Tadi saya sempat ternampak dia tapi dia terus berlari pergi. Tak sempat saya nak kejar, tuan! "

"Hmm... Takpelah. Nampaknya anak saya tu memang tak puas lagi main dekat kampung ni. Kita berehat dulu. Nanti bila dia nak balik dia telefon lah saya. "

Pemuda yang bernama Ochobot itu pun menganggukkan kepalanya tanda akur. Lalu, dia dan Amato pun segera memasuki kenderaan mewah milik Amato dan bertolak ke restoran terdekat untuk makan terlebih dahulu. Penat juga nak cari Tuan Muda Gempa ni!

.
.
.

"Woaaahh! Banyaknya ikan! Pakcik! Pakcik! Ini ikan apa? "

Seorang pemuda yang umurnya dalam lingkungan 17 tahun bertanya kepada salah seorang peniaga ikan di pasar ikan tersebut. Dengan mata yang bersinar-sinar dia melihat ikan-ikan segar yang baru naik dari laut itu. Itulah kali pertama dia menjejakkan kakinya ke pasar dan itulah kali pertamanya merasai segala apa yang sedang dia rasai sekarang. Dan dia sangat teruja!

"Ini namanya Ikan Siakap, dik. Kenapa kamu nak beli ke? "

"Eh? S-saya tak tahu macam mana nak kira ikan ni, pakcik. Lagipun saya tak tahu macam mana cara nak masak ikan ni! "

"Alah, Ikan Siakap ni kamu boleh je buat Masak 3 Rasa dan Stim. Ikan Siakap sedap kalau masak 2 tu! Lagi-lagi kalau Ikan Siakap laut! "

"Oooohh!! Ada ke Ikan Siakap lain, pakcik? "

"Ada! Ikan Siakap Sungai! Yang tu sedap goreng je. Masak macam yang laut punya ni kurang sikit! "

Pemuda itu mengangguk-angguk faham. Nampaknya dia sangat berminat untuk ketahui jenis-jenis ikan di pasar tersebut. Habis semua jenis ikan ditanyanya dan ditemu bual juga. Tidak lupa dengan pandangan mata dan nada suaranya yang teruja itu. Terus satu pasar jadi kecoh dengan kehadirannya.

Dan tidak lupa juga ia berjaya menarik perhatian salah seorang pemuda yang berniaga di pasar tersebut. Sedari tadi lagi pemuda itu melihat ke arah lelaki yang nampak sebaya dengannya. Entah kenapa dia rasa lelaki tadi macam terlalu menarik perhatiannya.

.
.
.

"Pak Cik Mat, budak tadi tu siapa? "

Seorang remaja menegur seorang nelayan yang berniaga tadi sambil matanya melilau melihat kawasan sekeliling. Dia masih tertanya-tanya tentang remaja tadi.

"Oh, budak tu kalau tak silap namanya Gempa. Dia kata dia tak duduk sini. "

"Dia buat apa ke sini? "

"Entahlah. Katanya saja nak jalan-jalan dan lari dari ayah dia. "

"Lari dari ayah dia? Gila ke apa? "

A.S.U.P.A.NWhere stories live. Discover now