"Bye mama, papa!"
Aku melambaikan tangan kepada sebuah kereta Honda City yang sudah bergerak pergi. Senyuman masih tidak lekang di bibirnya. Tangan juga masih tidak jemu melambai sehinggalah kereta itu hilang dari pandangan.
'Mana minah kura-kura ni? Kata nak jumpa sini. Sekarang mana dia?' aku bertanya kepada diri sendiri.
"Chika!" Aku menoleh ke belakang setelah mendengar namaku diseru.
Kelihatan seorang wanita cantik bertubuh tinggi sedang berlari anak menuju ke arahku dengan tangan dipenuhi beg.
Aku tersenyum lebar setelah mengetahui siapakah gerangan yang berlari tengah-tengah alam ni. Ish, dia ni memang tak tahu malu agaknya.
Tangan Sakura didepa sebelum aku masuk ke dalam pelukan nya. Oleh kerana dia lebih tinggi dariku, kepalaku disandar ke bahu nya.
Pelukan dileraikan. Aku memandang Sakura yang masih tersengih seperti kerang busuk. Aku menampar bahu nya dengan tangan.
"Ha, apa pasal lambat?" tanyaku.
Kelihatan dia senyum kecil sebelum menjawab; "Aku tolong mak aku tutup kedai tadi"
"Mana mak kau?" aku bertanya lagi sambil kepala diintai ke belakang. Mana tahu ibu nya dalam perjalanan ke sini.
"Tak ikut. Aku datang pun dengan teksi je tadi," terang Sakura.
Aku hanya mengangguk perlahan. Sedih juga bila mak dan ayah sendiri tak hantar datang sekolah baru. Tapi tak apa lah. Aku faham keadaan keluarga Sakura ini macam mana.
"Dah, jomlah masuk," ajak ku. Tangan mencapai bagasi yang ada di sebelah. Kedudukan beg yang digalas juga dibetulkan.
"Banyak betul beg kau, macam nak duduk setahun dekat sini." Sakura menegur.
"Eh biarlah. Barang aku, bukannya kacau kau pun," aku mencebik
"Iyelah. Tak payah buat muka macam tu. Buruk," gurau Sakura. Bahananya, sekali lagi bahu nya makan penampar ku.
"Banyak lah kau buruk. Aku makeup pagi tadi lama tau," kataku kemudian tarik muncung sekali.
Sakura hanya memutarkan bola matanya kebelakang sebelum dia mengatur langkah masuk kedalam kawasan sekolah.
"Eh, tunggu lah," jeritku. Tangan masih terkial-kial ingin menarik bagasi yang agak berat itu.
~
"Aku nak bersiap dulu, kau tunggu kejap," aku berkata kepada Sakura.
"Okey, aku tunggu," katanya sambil mata masih tertancap pada skrin televisyen yang sedang menayangkan drama kegemarannya. Mulut masih elok kunyah keropok kentang yang dibeli tadi.
Setelah lima belas minit berlalu, aku mengajak Sakura untuk keluar. Setelah memastikan pintu bilik dikunci, kami terus mengatur langkah menuju ke kafeteria yang terletak di kawasan hadapan bilik dorm.
Sewaktu berjalan melalui taman untuk ke kafe, Sakura menepuk bahuku agak kuat sambil menunjuk ke arah seseorang. Aku menoleh ke arah yang dia tunjukkan. Apa yang excited sangat?
Mataku terpaku kepada seorang lelaki bertubuh tinggi dan kelihatan agak sasa. Di tubuhnya tersarung elok sehelai t-shirt putih kosong dan dipadankan dengan sehelai seluar jeans berwarna biru gelap. Di batang hidungnya terletak elok sepasang cermin mata berbingkai hitam.
Kalau bukan kerana bahuku ditepuk seseorang, agaknya sampai esok aku tenung mamat tu.
Bagai baru sedar ke alam realiti, mataku membulat. Laju tangan dibawa untuk menepuk bahu Sakura.
"Dia masuk sini ke?" aku berkata. Tangan dibawa untuk menutup mulutku yang terlopong.
"Entah. Tak tahu pulak. Wah, untunglah kau dapat study sekali dengan cru-" Belum sempat Sakura menghabiskan kata-katanya, kelihatan Haruto sedang melangkah ke arah kami. Sekejap sahaja, dia sudah berdiri di hadapan kami. Biasalah, orang kaki panjang kan.
"Kau orang dapat masuk sini jugak ke?" tegur Haruto. Tiada senyuman di wajahnya. Hanya riak wajah ingin tahu yang dipamerkan.
Kami berdua hanya mengangguk beberapa kali.
"Iye, kitorang dapat masuk sini. Kau pulak?" Sakura bertanya.
"Dapat, dengan Junkyu sekali," jawabnya sambil menunjuk ke arah seorang lelaki yang berdiri di tepi kolam ikan.
"Junkyu pun dapat?" Tanya Sakura. Dia kelihatan agak terkejut. Maklumlah, crush nya juga.
"Eh, taklah tak dapat pun. Dah aku kata dapat, dapat lah," jawabnya dengan nada sindiran.
"Ish, orang tanya je." Sakura memeluk tubuh. Matanya tertancap kepada Junkyu yang sedang asyik berswafoto dengan ikan dalam kolam. Sakura ketawa kecil. Comel lah!
"Kita orang pergi dulu eh. Bye," tanpa menunggu jawapan Haruto, aku menarik lengan Sakura pergi dari situ. Ingin meneruskan perjalanan mereka ke kafeteria yang tertangguh sebentar tadi.
YOU ARE READING
My Crush Is My Husband | Watanabe Haruto
Fanfiction[completed] [repub] "Weh, aku rasa aku suka kau lah. Apa aku nak buat ni?!" Friends to lovers. Is it possible?