26 (repub)

124 11 0
                                    

Kedengaran pintu bilik diketuk. "Masuk lah," aku berkata. Malaslah nak bangun. Aku hanya baring di atas katil. Setelah itu, terdengar bunyi pintu dibuka. Aku lihat mama sedang berdiri di muka pintu.

Aku bangun. "Ada apa, ma?" aku bertanya. "Adik nak ikut mama tak?" mama bertanya.

"Pergi mana?" tanyaku. 

"Kedai. Nak beli barang dapur sikit," mama senyum di hujung ayat. Aku mengangguk setelah mendengar jawapan mama.

"Boleh lah. Bila nak pergi, ma?" aku bertanya.

"Adik bersiap lah dulu. Kejap lagi kita pergi," jawab mama. Aku pula hanya mengangguk. "Mama, keluar dulu," mama tutup pintu setelah berkata.

Aku pula berjalan ke arah almari pakaian yang terletak di hujung bilik. Sehelai hoodie berwarna kelabu dikeluarkan sebelum disarung ke tubuh.

Rambut pula aku hanya sanggulkan. Setelah berpuas hati dengan penampilan sendiri, aku keluar dari bilik. Aku lihat mama sedang melihat telefon di ruang tamu. Aku tepuk bahu mama perlahan. "Dah," kataku.

Mama senyum padaku. "Jom," mama bangun dari sofa dan berjalan ke pintu keluar. 

-

"Adik pergi lah ambik apa yang adik nak. Nanti datang dekat mama balik, okey?" kata mama.

Aku mengangguk sebelum pergi dari situ. Aku berjalan-jalan di bahagian barangan sejuk. Aku lihat isi peti sejuk itu. Kalau ada yang berkenan, aku ambil.

Aku baca poster kecil yang tertampal di tepi peti sejuk itu, 'Promo! Beli satu percuma satu!' 

Aku senyum lebar. Dua bungkus aiskrim coklat yang ada di dalam peti sejuk itu dicapai. Aku mengangguk puas hati.

"Ichika?" 

Aku menoleh setelah terdengar seseorang memanggil namaku dari belakang. Aku nampak Haruto berdiri di belakangku. Dia sedang memegang bakul plastik yang terisi pelbagai barangan.

"Haruto?"

"Awak buat apa dekat sini? Sorang je?" tanya Haruto sambil memandang ke kiri dan kanan. 

"Teman mama beli barang. Awak buat apa?" tanyaku pula.

"Beli barang dapur sikit," jawabnya. 

"Weh, cepatlah nak pergi bayar ni. Kau buat apa pulak tu?" tanya satu suara dari tepi. Aku menoleh. Ada seorang perempuan sedang memandang kami sambil bercekak pinggang. 

Nampak riak wajah Haruto berubah. Perempuan itu berjalan ke arah kami.

"Awak ni siapa?" perempuan itu bertanya padaku. Riak wajahnya penuh tanda tanya. "Saya Ichika," aku memperkenalkan diri kepada perempuan itu.

"Ichika? Eh, ni bukan girlfriend kau ke, bang?" perempuan itu bertanya Haruto. 

Haruto jentik dahi perempuan itu. "Kau boleh tak jangan nak menyibuk. Pergi lah sana," Haruto menghalau perempuan itu.

"Adik awak ke?" aku bertanya.

"Nama saya Airi. Bakal adik ipar akak," dia senyum lebar setelah itu. 

"Blah aku cakap," kata Haruto.

"Adik?" Aku menoleh. Nampak mama berjalan ke arah kami. Aku telan liur. Tiba-tiba rasa takut. Dahlah mulut adik Haruto ni boleh tahan celupar. Jangan dia cakap bukan-bukan sudah.

"Kawan-kawan adik ke?" tanya mama.

"Ni boyfriend dia, makcik. Saya adik boyfriend dia," Airi senyum senget.

Aku ketap bibir. Wajah mama kelihatan terkejut. 

"Adik?" panggil mama. 

"Sorry ma.. Adik bukan taknak bagitau tapi.. adik takut mama marah adik nanti.. " aku bersuara perlahan. Aku pegang hujung lengan baju mama.

Mama tepuk bahu aku perlahan. "Jom lah. Makcik pergi dulu eh," mama tarik tanganku untuk pergi dari situ.

-

My Crush Is My Husband | Watanabe HarutoWhere stories live. Discover now