24 (repub)

125 11 0
                                    

Aku menjauhkan wajahku dari skrin komputer. Cermin mata yang terletak di atas batang hidung ditanggalkan. Aku letak cermin mata itu di atas meja. Tangan aku bawa ke mata untuk menggosok perlahan.

Aku menggeliat kecil. Tangan mencapai gelas yang berisi air sejuk. Gelas itu dibawa ke bibir sebelum dihirup perlahan.

Sedang aku sibuk termenung sendiri, kedengaran pintu bilikku diketuk. Aku menoleh sebelum bangun dari kerusi. Pintu kayu itu ditolak.

Aku lihat mama sedang membetulkan rambutnya. Setelah dia nampak wajahku, dia senyum seulas. 

"Mama nak pergi kerja dah. Dekat rumah tak ada siapa ni. Adik jaga rumah, okey? Kalau nak keluar tunggu kakak ataupun papa balik dulu," kata mama sambil memandangku.

Aku mengangguk. "Okey. Papa dengan kakak dah keluar lama ke?" aku bertanya.

"Pukul tujuh tadi lagi. Adik lah yang duduk dalam bilik lama sangat. Sarapan pun tak sentuh lagi kan?" kata mama sambil mengangkat sebelah keningnya.

Aku hanya ketawa kecil. 

"Kalau adik nak makan, panaskan dulu lauk yang ada, okey?" kata mama dan dibalas dengan anggukan olehku.

"Mama pergi dulu," mama gosok kepalaku sebelum dia berlalu pergi. Aku hanya melihat mama pergi.

Pintu bilik ditutup kembali. Aku berjalan kearah meja belajarku. Skrin komputer yang sudah gelap itu aku hidupkan kembali. Cermin mata kembali disarung.

-

Pili air ditutup membuatkan air yang laju tadi sudah tidak mengalir lagi. Pinggan dan cawan yang sudah selesai dicuci, aku susun elok-elok di rak pinggan mangkuk. 

Setelah selesai, aku tarik sehelai tisu dapur untuk lap tangan basahku. Tisu itu aku lempar kedalam tong sampah.

Aku berjalan keluar dari kawasan dapur. 

Punggung dihenyak di atas sofa kulit yang terletak di tengah-tengah ruang tamu itu. Skrin televisyen yang sedang menayangkan drama itu diperhati.

Ketika aku khusyuk menonton drama yang dipasang, kedengaran bunyi telefon berdering.

Aku mencapai telefon milikku yang terletak elok diatas meja kopi. Senyum lebar terukir sebaik sahaja aku membaca nama pemanggil. Laju panggilan itu diangkat.

"Hello?" aku mengetap bibir cuba menahan senyum setelah mendengar suara garau itu. "Hai," aku balas. "Buat apa?" dia bertanya. "Tengok tv je. Awak buat apa?" aku bertanya pula. "Tak buat apa. Baring-baring je."

Aku angguk sendiri.

Setelah hampir setengah jam 'bergayut', aku tamatkan panggilan. Telefon aku letak di atas meja kembali. 

Aku bangun dari sofa. Rasa macam tak berguna lah pulak kalau buat bodo macam ni. 

Aku berjalan ke dapur. Penyapu dicapai dan aku mula menyapu seluruh kawasan rumah. Pintu seluncur yang terletak di tepi rumah ditolak. Aku menyarung selipar sebelum melangkah keluar melalui pintu itu.

Aku melihat sekeliling. Cantik je kawasan ni. Salah satu tempat kegemaran aku dekat dalam rumah ni selepas bilik tidur aku. 

Aku ingat lagi zaman sekolah rendah dulu, aku selalu baring dekat atas rumput yang ada dekat sini lepas balik sekolah. Aku ketawa kecil apabila memori itu menjelma.

Sedang aku memerhati seluruh kawasan itu, aku terperasan sesuatu. Keningku berkerut. "Apa tu?" aku menyoal diri sendiri.

Setelah aku mengenal pasti objek itu, aku menekup mulut. Aku melompat kecil sambil tersenyum lebar.

Ada satu buaian yang aku rasa sedang dibina. Baru separuh jalan. 

Aku gembira sangat sebab dulu aku pernah minta papa belikan buaian plastik yang ada jual dekat kedai cina tu. Bolehlah main buat acah healing. Tapi, papa tak pernah belikan. Aku ingat papa tak bagi main. Rupanya.. dia plan benda lain.

Aku senyum sendiri. Tak sabar nak tunggu papa balik.

-

Kedengaran bunyi enjin kereta mengaum di laman rumah. 

Laju aku bangun dari sofa. Aku selak langsir yang menutup bahagian tingkap itu. Aku lihat kereta yang dipandu papa sudah selamat terparkir. 

Aku berjalan ke arah pintu. Selak pintu dibuka.

"Papa!" aku mendapatkan papa. Tubuh papa aku peluk. Papa nampak terkejut. Tapi dia tidak berkata apa-apa. Dia hanya senyum kecil sambil tangan kasarnya mengusap belakang badanku.

-

My Crush Is My Husband | Watanabe HarutoWhere stories live. Discover now