5 (repub)

209 24 0
                                    

Aku menikmati nasi goreng ayam yang baru dipesan Haruto tadi sambil menunggu Sakura untuk tiba. Minah ni memang betul-betul dah jadi kura-kura ke? Apa yang lama sangat bersiap. Haruto di hadapanku juga memesan makanan yang sama. Kebetulan dia pun nak sarapan jugak.

"Kau pergi kelas dengan siapa kejap lagi?" aku bertanya. Ingin memecahkan kesunyian yang melanda. Dari tadi hanya dengar bunyi pinggan berlaga dengan sudu sahaja.

"Sorang je," dia sambung menyuap nasi goreng.

"Junkyu mana? Kenapa kau orang tak pergi sekali?" tanyaku lagi.

"Dia kata dia dah ada kawan baru, terus dia tinggal aku," jawab Haruto.

Aku hanya mengangguk setelah mendengar jawapan dari Haruto. "Kau pergi dengan aku. Sakura pun ada sekali," ajakku.

"Okey," katanya sambil tersenyum kecil. "By the way, you look beautiful today, Ika"

uhuk! uhuk!

Aku menggosok dada. Aduh, nasi goreng dah sesat masuk jalan lain pulak. Tangan mencari-cari botol air. Haruto menghulurkan secawan air dan juga sehelai tisu kepadaku. Aku meneguk air yang diberi Haruto sehingga habis. Tisu juga aku guna untuk lap bibirku.

"Kenapa kau? Tiba-tiba je?" tanya Haruto.

Aku menggeleng laju. Masih terngiang-ngiang suara Haruto memujinya tadi di dalam kepala otak. Automatik bibir menguntum senyum. 

Makin pelik pandangan Haruto.

"Ha, makan tak ajak!" Sakura menyapa kami.

"Siapa suruh kau lambat," balasku. Haruto hanya memerhati dengan mulut yang tertutup.

"Hair dryer tetiba buat hal. Plus, phone aku tetiba hilang entah ke mana. Menyusahkan betul lah," jelasnya panjang lebar.

"Lepastu, jumpa tak phone kau tu?"

"Jumpa. Ada bawah katil"

"Apa lah yang phone tu buat sampai boleh duduk bawah katil," aku menggeleng.

"Apa-apa lah. Yang penting, dia dah ada dalam pangkuan aku!" Sakura mengangkat telefon bimbitnya ke udara. Over siak minah ni.

"Lantak kau lah. Nah," kata Haruto sambil menghulurkan satu bekas plastik terisi nasi goreng yang sama.

"Ha, kau belanja ke?" 

Haruto mengangguk

"Wah, thank you tiang," bahu Haruto ditepuk beberapa kali. Dia terus duduk disebelahku sambil menikmati makanan yang diberikan Haruto tadi.

"Makan cepat sikit. Dah pukul tujuh setengah ni," arahku setelah selesai meneguk air putih.

"Rilek lah, kita masuk pukul lapan suku kan"

"Rilek, kepala otak kau. Jangan nak jadi kura-kura dekat sini eh," bebelku.

"Aku kan memang kura-kura," Sakura membalas. Suapan nasi gorengnya tiba-tiba diperlahankan. Eh, minah ni. Ada yang aku tukar jadi siput nanti kang.

Setelah kami selesai bersarapan, terus kami bertiga bergerak ke kelas.

welcome to class 3 !

Papan tanda yang tergantung di hadapan pintu itu dibaca. "Masuk lah dulu," kataku pada Haruto. Dia pula hanya mengikut.

Pintu kayu yang tertutup itu ditolak perlahan. 

Hanya ada beberapa pelajar saja di dalam kelas ini. Mungkin dia orang tengah makan dekat kafe lagi kot. Biarlah, yang penting bukan masalah aku.

Disebabkan kedudukan meja kelas disusun secara berdua, Haruto terlebih dahulu mengajak aku duduk dengan dia. Aku okey aje.

Sakura lah duduk sorang-sorang. HAHAHAHAAHHAHA.

Tidak lama selepas itu, ada seorang pelajar lelaki melangkah masuk ke kelas. Nampak dia seperti sedang mencari sesuatu. Tiba-tiba, dia berjalan ke arah Sakura. Aku pula hanya memerhati.

"Urm, ada orang tak dekat sini?" tanya pelajar lelaki tadi.

"Ah, tak ada," Sakura menggeleng.

"Boleh duduk?" tanya lelaki itu lagi.

Sakura pula hanya mengangguk. Pelajar lelaki itu terus menarik kerusi di sebelah Sakura sebelum dia melabuhkan duduk di situ.



My Crush Is My Husband | Watanabe HarutoWhere stories live. Discover now