Malam pertama di sekolah baharu, kami hanya berehat di dalam bilik dorm. Tak rasa nak pergi mana-mana. Tambahan pula, mana ada orang jalan-jalan waktu malam. Nanti ada yang jalan dengan pocong pulak.
"Buku nota, alat tulis, phone, powerbank.. ape lagi eh?" aku berkata seorang diri.
"Weh, kura-kura. Kau bawak apa je nanti pergi kelas?" aku memandang ke arah Sakura yang sedang berbaring di atas katilnya sambil menggunakan komputer riba miliknya.
"Ish, yang kau tak sabar sangat kenapa? Kita tak ada kelas lagi tau esok, orientasi je," Sakura mengecilkan matanya ke arahku.
"Aku excited je. Tu pun tak boleh," aku tarik muncung.
"Kuk mung lah," Sakura kembali menumpukan perhatian ke arah skrin komputer ribanya
Aku meneliti isi begku sekali lagi sebelum zip beg galas itu ditutup. Beg itu diletakkan di bawah meja.
Aku duduk di atas kerusi kayu. Mata terpandang sebuah tumbler bewarna hijau. Lantas kepala teringatkan sesuatu. Terus aku bangun dari dudukku.
"Kura-kura, aku nak beli air kejap ni. Nak ikut tak?" aku bertanya Sakura.
"Tak nak lah. Tapi tolong belikan aku Vico, duit ada atas meja," katanya sambil menunjuk kearah meja belajarnya.
Aku hanya mengangguk. Dompet milik Sakura dan beg tangan kecilku diambil lalu aku berjalan keluar dari bilik. Aku berjalan sendirian di koridor. Kedengaran bunyi tapak kakiku menyapa lantai bergema kuat.
Eh, takut pulak kita. Dah lah gelap.
Aku lajukan langkah ke arah lif. Punat lif ditekan. Aku hanya berdiri tegak di situ.
ktak!
Aku menoleh ke sebelah kananku. Fuh, ingatkan hantu ke apa tadi. Aku lihat seorang perempuan baru sahaja keluar dari bilik dorm nya. Aku cuba mengecam susuk itu. Macam kenal je?
"Rinka," panggilku apabila gadis itu mula mendekat.
"Eh, Ichika kan? Nak pergi mana ni?" Rinka bertanya. Tangannya menyimpan telefon bimbit yang dipegang ke dalam poket bajunya.
"Nak pergi kafe. Kau pulak?" tanyaku.
"Sama lah. Jom pergi sama-sama," ajak Rinka. Aku hanya mengikut.
ting!
Pintu lif terbuka luas. Aku mengajak Rinka masuk sama. Butang yang tertulis huruf G ditekan. Terasa lif itu mula bergerak turun. Tak lama setelah itu, pintu lif terbuka. Kami berdua melangkah keluar.
Kami sama sama tidak memulakan perbualan. Hanya berjalan semata. Waktu malam di sini agak tenang. Tak ada lah ramai, dan tak sikit jugak orang.
"Urm.. Ichika, aku nak pergi toilet kejap. Kau pergi la kafe dulu. Tak payah tunggu aku," kata Rinka.
"Oh, okey."
Rinka sudah pun berjalan pergi ke arah bertentangan. Maka, aku sendiri. Langkah diatur perlahan menuju ke kafeteria. Saja nak nikmati angin malam. Ceh.
Langkahku diperlahankan. Aku terserempak dengan mamat Haruto ni lagi. Aduh kenape la waktu ni jugak kau nak ada.
"Chika, buat apa sini sorang-sorang,"tegurnya.
"Aku nak pergi kafe je. Dahlah tepi," aku menolaknya supaya tidak menghalang laluanku lagi. Aku sambung berjalan.
Malangnya, dia sempat memegang pergelangan tanganku. Aduh.
"Aku ikut. Boleh?"
"Suka hati kau lah. sekarang ni lepaskan tangan aku. Aku nak cepat ni. Kura-kura tengah tunggu kat bilik," kataku masih berlagak tenang.
Haruto melepaskan genggaman di tanganku. Sebuah pandangan diberikan buatku. Kening nya juga berkerut sedikit. Apahal pulak mamat ni?
"Kura-kura? Kau bela kura-kura ke?" Wajahnya penuh tanda tanya.
Aku mengetap bibirku untuk menahan tawa dari terletus. Salah faham pulak mamat tiang ni. Aku jelaskan juga padanya.
"Sakura lah," kataku.
Kelihatan bibirnya membentuk huruf O sebelum dia mengangguk perlahan.
"Jomlah," ajaknya.
Setibanya di kafe, aku terus pergi ke kaunter. Haruto pula hanya mengikutku.
"Makcik, nak iced latte satu. Lepastu.. vico ada tak?" tanyaku. Takut tak jual pulak.
"Vico? Ada. Nak ais ke?" tanya makcik yang menjaga kaunter itu.
Aku hanya mengangguk. Setelah mengetahui harga, aku membuka dompet untuk mengambil duit. Belum lagi duit dikeluarkan, ada satu tangan lain yang menghulurkan duit.
"Okey, terima kasih. Tunggu kejap ye," makcik itu sudah pun pergi.
Aku menoleh ke si tukang bayar itu. Haruto hanya tayang wajah selamba dan terus berlalu pergi dari situ. Aku hanya menggeleng. Dompet disimpan kembali ke dalam beg. Aku berjalan ke arah meja yang diduduki oleh Haruto.
Punggung dilabuhkan di atas kerusi berhadapan dengan Haruto. Aku merenungnya dengan mata yang dikecilkan.
"Dah kenapa kau tengok aku macam tu?"
"Eh, tak ada apa. Saja nak menghargai keindahan ciptaan tuhan," jawabku sarkastik sambil bermain dengan telefon bimbitku.
Haruto menggaru kepalanya sebelum dia tersenyum senget.
"Keindahan ciptaan tuhan? Kau nak cakap aku ni handsome eh?" katanya dengan kening yang diangkat sebelah.
"Aku.. tengah tengok kucing kat belakang kau tu. Tak payah nak perasan handsome sangat," aku mencipta alasan. Padahal tak ada kucing pun.
Dia menoleh ke belakang. Mungkin cuba mencari kucing ciptaan aku tu. Alamak, kantoi.
"Mana kucing kau? Aku nampak semak-samun je banyak," keningnya diangkat lagi.
"Ish kau ni, kau tak faham ke maksud mengelak tu apa? Sedih lah kau ni," aku bersuara.
"So, betullah kan kau cakap aku hensem. Dahlah, besok kau tengok lagi ciptaan tuhan yang indah ni lagi. Aku nak naik bilik," Haruto mengenyitkan matanya lalu terus bangun meninggalkan ku.
Aku terdiam. 'APEKAHHHH!!?? SIYES LAH DIE WINK DEKAT AKU TADII??!!!!'
Aku perasan yang wajahku sudah berona merah. Terus aku membawa kedua tanganku ke wajah. Malu weh!
"Adik vico!"
![](https://img.wattpad.com/cover/310220901-288-k82697.jpg)
YOU ARE READING
My Crush Is My Husband | Watanabe Haruto
Fanfiction[completed] [repub] "Weh, aku rasa aku suka kau lah. Apa aku nak buat ni?!" Friends to lovers. Is it possible?