"Awak rasa kan, kita tinggal dia orang dekat situ, apa jadi eh?" aku bertanya kepada Haruto.
"Entah," pendek sahaja Haruto menjawab.
"Awak," aku memanggil.
"Hm?" dia tunduk memandangku.
"Saya nak bagitau awak something.."
Haruto hanya memandangku.
"Tak apa lah. Tak jadi."
Kening Haruto berkerut. "Kalau awak tak jadi cakap, saya ada benda nak cakap."
"Awak nak cakap apa?"
Dia tarik tanganku untuk duduk di sebuah kerusi. Aku pula hanya mengikut.
Nampak dia berfikir seketika sebelum berkata.
"I like you, Ichika."
Jeda.
Aku pegang dadaku. Laju. "Apa tadi?" Serius aku perlukan kepastian. Mana tahu aku delulu ke apa.
"I love you.."
Aku pandang matanya. Cuba mencari kebenaran. Tapi, memang hanya kebenaran yang terpancar melalui pandangan matanya.
"Saya.." aku teragak-agak.
Aku lihat wajah Haruto. Nafas panjang dihembus. AKu dah buat keputusan.
"Saya pun.. suka awak.. jugak," aku tergagap-gagap.
Nampak Haruto senyum lebar setelah itu.
"I.. love you too," aku berkata lagi.
Setelah itu, terasa bibirku dikucup lembut. Sekejap sahaja. Setelah itu dia menjauhkan wajahnya dariku.
Terus panas wajahku. Aku menunduk ke bawah. Aku dengar Haruto ketawa kecil. Aku pandang wajahnya.
Aku sandarkan kepalaku dibahunya. Selesa.
'finally.. it worth the wait.'
-
Aku menolak pintu. Gelap. Mungkin Sakura belum balik lagi.
Aku letakkan beg di atas meja. Tubuh dibaringkan di atas katil. Kepala mula memikirkan tentang Haruto. Atau patut ke aku kata, boyfriend aku?
Tu lah kau mengejek Sakura lagi kan sekarang dah kena dekat aku.
Sedang aku ralit memikirkan masa depan, kedengaran bunyi pintu dikuak. Aku menoleh dan aku lihat Sakura berdiri di depan pintu.Aku nampak dia tersenyum.
"Ha, senyum-senyum tu apa? Dah jadi girlfriend Keita ke?" aku bertanya.
"Belum lagi. Malam ni," Sakura membalas.
"Aik? Macam mana boleh macam tu?"
"Malam ni baru aku nak sembang dengan dia."
"Jangan sembang kari sudah.." aku baringkan tubuh di katil kembali.
![](https://img.wattpad.com/cover/310220901-288-k82697.jpg)
YOU ARE READING
My Crush Is My Husband | Watanabe Haruto
Fanfiction[completed] [repub] "Weh, aku rasa aku suka kau lah. Apa aku nak buat ni?!" Friends to lovers. Is it possible?