20 (repub)

126 14 0
                                    

"Weh kura-kura," aku memanggil Sakura yang sedang membetulkan rambutnya di hadapan cermin.

"Apa?" dia tidak menoleh.

"Aku dah official dengan Haruto~" aku menayangkan wajah bangga.

Laju dia menoleh ke arahku. "Kau biar betul?" dia pegang bahuku.

"Ye lah, takkan lah aku nak tipu."

Sakura tayang wajah tak percaya. 

"Betull," aku yakinkan dia.

"Tak apa. Esok aku tengok kau dengan dia macam mana."

Aku hanya menjongket bahu. 

"Aku pergi dulu," dia bangun dan mencapai beg tangannya sebelum keluar. "Weh!" panggilnya lagi.

"Apa pulak?"

"Heels ke sneakers?"

"Tak payah pakai."

-

Aku kekal memandang skrin televisyen itu. Kalau bukan kerana ada orang yang menelefonku, mungkin aku akan masuk dalam tv. Gurau.

Aku mencapai telefonku untuk melihat panggilan dari siapa.

Bersinar mataku setelah membaca nama pemanngil. Laju jari menggesek ikon hijau. Aku menunggu dia untuk bersuara.

"Hello?" sebaik sahaja mendengar suara itu, aku tersenyum lebar. "Haii!" balasku. "Awak, pergi date jom?" Tenang sahaja suaranya. Manakala aku yang mendengar ni dah macam kena strok haba. "Serius ni?" "Iye.. siap cepat," arahnya.

Aku mematikan panggilan. 

Pintu almari dibuka. Nak pakai dress ke tshirt? Seluar ke kain? Selepas lima minit berfikir, aku sudah buat keputusan.

Segala pakaian itu aku tarik keluar dan bawa masuk ke dalam tandas. 

-

"Nak pergi mana?" aku bertanya. 

"Taman depan tu. Dekat situ meriah malam-malam."

Aku hanya mengikut. Setelah tiba, aku dan Haruto melabuhkan duduk di sebuah kerusi batu yang tersedia. 

"Nak makan apa-apa ke?" Haruto bertanya. 

Aku perhatikan satu-satu gerai yang dibuka. Ada yang jual sushi, takoyaki, kuih raya, ketupat, rendang, eh-

"Um, nak air je lah," aku berkata kepadanya.

"Air apa?" dia sudah bersedia untuk bangun. "Green tea." 

-

My Crush Is My Husband | Watanabe HarutoWhere stories live. Discover now