10 (repub)

165 16 0
                                    

"Bye, jumpa esok," kataku sambil melambai tanganku kepada Haruto.

"Hm, bye," Haruto hanya menghadiahkan senyuman kecil.

Aku masuk kedalam bilik dorm. Bilik tu kosong lagi. Mungkin kura-kura belum balik lagi. Maklumlah, kura-kura.

Aku meletakkan begku diatas meja kemudian terus aku baringkan tubuh diatas katil.

Setelah beberapa minit hanya termenung, aku bangun dan bergerak ke tandas untuk membersihkan diri dan menukar pakaian.

Selesai menukar baju, aku menyalakan televisyen untuk menonton drama kegemaran ku. Yang dah berulang kali aku tengok.

Sedang aku asyik menonton drama di skrin televisyen, kedengaran bunyi pintu diketuk.

Aku berjalan kearah pintu dan terus membuka pintu. 

"Weh, kura-kura, asal- Eh, Haruto?" 

"Hai. Sorry kacau. Kau.. free tak sekarang ni?" 

"Aku free je. Kenapa?" aku bertanya.

"Nak ajak lepak," dia senyum kecil setelah itu.

"Oh, okey. Jap nak tukar baju. Kau tunggu dekat luar, okey?"

"Takpe. Pakai macam ni pun elok dah," dia berkata kepadaku.

"Okey dah ke?" aku berkata sambil menilik pakaian yang tersarung di tubuhku. Haruto angguk setelah itu.

"Okey lah. Aku nak pergi ambil dompet," baru sahaja aku ingin melangkah masuk kedalam bilik kembali, terasa lenganku dipegang.

"Aku belanja," dia senyum senget.

Aku dan Haruto berjalan bersama. Aku ingat dia nak bawa pergi kafe je, tapi bila aku tengok dia tahan teksi, terus aku bertanya.

"Eh, kita nak pergi mana ni?"

"Ikut je. Jangan risau lah, aku tak culik kau pun," dia membalas.

Aku hanya mengikut sehinggalah teksi itu berhenti di hadapan sebuah restoran.

"Jom duduk situ," ajakku sambil menunjuk kearah meja yang terletak di tepi tingkap.

"Okey," dia hanya mengikut.

Setelah selesai memberi pesanan, kami hanya menunggu. Kami tidak berbual. Haruto pula hanya sibuk dengan telefonnya manakala aku hanya membuang pandang ke luar tingkap. Cantik pulak jalan tu.

"Okey, ni order cik. Selamat menjamu selera," pelayan itu berkata setelah menghidangkan makanan kami. Setelah itu, dia pergi.

Aku menikmati chocolate croffle itu. Haruto pula hanya menyuapkan fruit salad kedalam mulutnya.

"Kau tak nak bagi nombor kau ke? Mungkin kita boleh lepak lagi."

"Oh, kejap lagi lepas makan aku bagi."

Aku dan Haruto kembali menyuapkan makanan kami.

Setelah selesai makan, aku pergi ke sinki untuk mencuci tangan. Ada seseorang dari belakang menarik lengan bajuku.

"Baju kau ni cantik, basah nanti macam mana?"

"Oh, thanks," "Basuhlah tangan kau," aku memberi laluan kepadanya sambil tersenyum canggung.

Aku bergerak ke kaunter untuk mengambil tisu. Setelah itu, aku kembali ke meja ku.

"Nah, tisu," aku menghulurkan dua keping tisu kepadanya.

"Thanks," dia mencapai tisu itu lalu mengelap tangan dan mulutnya.

"Nah" dia memberikan telefonnya kepada ku.

"Oh, ok sini" aku meletakkan nombor telefonku.

'+814- tekan tekan tak dapat'

"Nah, sama sama," aku memberikan telefonnya semula.

"Thank youu," dia senyum lebar setelah itu.

'Astaga, bang why are you so cute ?!'

My Crush Is My Husband | Watanabe HarutoWhere stories live. Discover now