23 (repub)

129 13 0
                                    

Cuti semester!

Akhirnya setelah tiga bulan berjauhan dengan mak bapak, aku boleh balik harini! Kami semua diberikan kebenaran untuk bercuti selama dua minggu. Sama ada di dalam kawasan sekolah atau luar. 

Sekarang, aku sedang sibuk mengemas pakaian. Begitu juga dengan Sakura. Tak sangka kura-kura pun mengemas. Gurau.

Setelah berhelai-helai pakaian dilipat dan dimasukkan ke dalam bagasi, aku akhirnya selesai mengemas barang milikku. Bagasi berwarna coklat itu ditolak ke tepi dinding.

"Siap dah?" Sakura bertanya.

Aku hanya mengangguk. 

"Haruto balik rumah mak dia ke, weh?" Sakura bertanya lagi.

"Haah. Dia cakap dekat aku haritu. Oh, lepastu dia ingat nak tolong hantarkan kita dekat stesen bas," terangku.

Sakura mengangguk. Tangannya masih sibuk mengemas pakaian.

"Keita balik tak?" giliran aku pula bertanya.

Sakura mengangguk. "Sorry lah aku tak boleh ikut korang. Sebab Keita ajak aku pergi date dulu sebelum hantarkan aku balik!" dia ketawa selepas itu.

Aku pula hanya mengangguk. Haruto tak kata apa pun. 

Kedengaran bunyi telefon berdering. "Kura-kura, tolong ambilkan kejap," aku menyuruh. Sakura pula hanya mengikut. Dia bangun dan mencapai telefon milikku di atas meja.

"Nah. Tak sempat tengok sapa telefon tadi. Tengok-tengok dah padam," terang Sakura sambil menghulurkan telefon padaku.

Aku menyambut huluran Sakura itu. Tangan menekan butang missed call yang tertera.

(one missed call from Ayang Haru ᡣ𐭩 )

Aku senyum sendiri. "Kejap eh." Aku bangkit dari dudukku dan terus berjalan masuk ke tandas. Apa barang angkat call dalam toilet.

"Haruto lah tu," Sakura memutarkan bola matanya. Pintu tandas sudah aku tutup.

Nombor Haruto ditekan sebelum telefon itu diletak ke telinga. Seminit setelah itu, panggilan berjawab.

"Awak! Kenapa call tadi?" aku bertanya. "Nak ajak keluar. Awak dah siap kemas barang ke?" kata Haruto pula. "Dah siap pun," jawabku. "Okey, saya tunggu dekat bawah. Ajak kura-kura tu sekali," dia ketawa di hujung ayat. 

"Dia kata kejap lagi dia nak pergi dating dengan Keita. So, dia tak boleh ikut," terangku. "Oh, okey. Awak siap lah dulu. Nanti dah turun, bagitau," pesan Haruto. "Okey, bye awak," aku senyum sendiri. "Hm, bye."

Panggilan ditutup.

Aku melangkah keluar dari tandas. "Dah?" Sakura bertanya sebaik sahaja aku keluar dari tandas. Nampak dia tolak bagasinya ke tepi.

Aku hanya angguk. "Aku siap dulu. Haruto dah ajak keluar," kataku. Tangan mencapai pakaian yang sudah aku pilih malam tadi. 

Sakura pula hanya angguk perlahan. "Okey."

-

Jarum jam sudah hampir menginjak ke nombor lima. Kereta yang dipandu Haruto kini sudah berhenti di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat.

"Rumah awak jauh ke dari sini?" aku bertanya. Tangan memasukkan telefon ke dalam beg tangan.

"Jauh sikit je. Dalam empat puluh minit dari sini," kata Haruto. Aku pula hanya mengangguk.

"Awak.. nak masuk ke? Mama dengan papa ada dekat rumah," aku mempelawanya. Mana tahu dia penat memandu, boleh bagi rehat kejap.

Haruto hanya menggeleng. "Mungkin lain kali."

Aku mengangguk setelah mendengar jawapan yang diberi Haruto. 

"Jom turun. Saya tolong ambilkan beg," Haruto membuka pintu kereta setelah itu dia berjalan ke belakang. Aku ikut turun.

"Nah," Haruto menolak bagasi milikku. "Thank you," aku senyum padanya.

"Jumpa nanti, okey?" Haruto berkata sambil mengangkat sebelah keningnya. Aku senyum dan angguk padanya.

"Bye!" aku melambai kereta yang sudah mula menjauh itu. 

Pagar rumah ditolak sebelum aku melangkah ke pintu utama. Pintu rumah itu aku ketuk perlahan. Tak lama setelah itu, kedengaran selak pintu dibuka. Tersembul wajah kakakku di muka pintu.

"Ha, sampai pun," dia buka pagar sebelum mengajakku masuk.

"Mama, adik dah balik!" kata kakakku. Kemudian, aku nampak mama keluar dari dapur. Dia senyum setelah terpandang diriku. 

Aku terus berlari ke arah mama dan mendakap tubuh mama erat. Terasa tangan mama yang ada di belakang itu menggosok perlahan.

"Macam mana? Okey duduk situ?" tanya mama. Aku mengangguk laju. Mama tersenyum setelah aku memberi jawapan.

"Papa mana, ma?" aku bertanya. Dari tadi tak nampak kelibat papaku itu.

"Ada dekat belakang rumah tu. Katanya nak buat-" 

Belum sempat mama menghabiskan ayatnya, aku nampak kakak tekup mulut mama dan dia menggeleng. Mama bagaikan baru tersedar. Mulutnya terlopong.

"Ha, adik pergi lah naik dulu. Tidur ke, mandi ke. Dah, pergi," kakak menolak tubuhku untuk beredar. Aku pula hanya mengikut sebab aku memang tak larat sekarang ni.

Pintu bilik ditolak sebelum suis lampu dipetik. Aku senyum sendiri. Rindu gila!

Aku terus membaringkan tubuhku ke katil. Niat asal hanya ingin berbaring. Perlahan-lahan kelopak mataku memberat sebelum tertutup sepenuhnya.





My Crush Is My Husband | Watanabe HarutoWhere stories live. Discover now