9 (repub)

156 17 0
                                    

Aku melangkah masuk ke dalam bilik dorm. Apabila melihat keadaan bilik itu yang gelap gelita, aku rasa Sakura belum balik lagi. 

Aku meletakkan beg galasku di atas kerusi. Tubuh badan ku diregangkan. Aduh, baru hari pertama dah penat macam apa. Esok macam mana lah agaknya.

Aku mengambil sehelai tuala yang bersidai di tepi katil. Langkah diatur ke tandas. Ingin bersiap untuk ke kelas petang pula nanti.

Sebaik sahaja aku selesai membersihkan diri, aku keluar dari tandas sambil mengelap rambut basahku. Aku lihat Sakura sedang duduk di hujung katilnya.

"Baru balik ke," aku bertanya Sakura tanpa menoleh ke arahnya. 

"Hm," jawab Sakura.

"Kelas petang kita sekali ke weh?" aku bertanya kepadanya.

"Aku dekat library. Kau dekat mana?" Sakura bertanya.

"Dewan tertutup. Alah, tak duduk sekali lah nanti," aku tayang wajah sedih. 

"Acah emo siak kau. Bukannya aku pergi tak balik," Sakura bangun dari duduknya dan melangkah masuk ke dalam tandas.

Setelah aku selesai bersiap, aku mengetuk pintu tandas.

"Kura-kura, aku pergi dulu!" kataku.

Aku berjalan kearah pintu keluar. Kaki disarungkan dengan converse high berwarna putih. Setelah mengunci pintu, aku berjalan sendiri menuju ke dewan.

Ketika aku berjalan sendiri ke dewan, lenganku dipegang seseorang. Aku menoleh.

"Kau nak pergi mana?" Haruto bertanya.

"Oh, nak pergi kelas petang," aku menjawab.

"Dekat mana?" dia bertanya lagi.

"Dewan tertutup," aku menjawab.

Dia mengangguk sekali sebelum berkata; "Jom lah sekali. Aku pun dekat situ."

Aku hanya mengikut nya dari belakang. Setelah beberapa minit berjalan, kami tiba di dewan. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang berkumpul di situ.

"Kau masuk lah dulu. Aku nak pergi tandas," Haruto berkata.

"Okay, aku jaga tempat kau tau."

Haruto hanya mengangguk setelah itu. 

Aku pula melangkah masuk kedalam. Dewan itu masih belum dipenuhi dengan pelajar lagi, jadi aku ada banyak pilihan tempat duduk. 

Aku duduk di sebuah kerusi di hadapan. Menunggu Haruto untuk tiba.


My Crush Is My Husband | Watanabe HarutoWhere stories live. Discover now