Aku merenung jauh ke hadapan yang hanya terhampar lautan luas yang indah. Tanpa sedar, aku senyum sendiri. Gembira. Terlalu gembira sehinggakan.. aku tak tahu nak gambarkan bagaimana. Gamaknya kegembiraanku ini seindah pemandangan di hadapanku kini.
Sedang aku asik menikmati keindahan ciptaan Tuhan di hadapan mataku ini, terasa diriku dipanggil. Terus aku menoleh.
Di hadapanku ada seorang kanak-kanak berumur empat tahun. Di tubuhnya tersarung baju mandi dan di baju itu ada sedikit pasir. Aku senyum padanya. "Ye, sayang?"
"Mama taknak main sekali ke? Best ni!" kata kanak-kanak perempuan itu.
"Pergi je lah main. Mama tengok adik dari sini, okey tak?" balasku. Pipi mulusnya aku usap perlahan sambil tersenyum.
"Tak okey"
Aku menoleh ke belakang setelah mendengar suara itu. Nampak tubuh tinggi Haruto sedang berdiri di belakang kerusi yang diduduki olehku.
"Haah. Papa pun kata tak okey. Jom lah mama, kita main sekali," meleret-leret suara kanak-kanak perempuan itu. Tanganku pula ditarik untuk turut sama bermain air.
Aku malas sebenarnya nak main air ni. Waktu main tu memang lah best. Tapi bila dah habis main, nak ganti baju tu yang malas. Melekit tau! Dengan pasir pantai lagi.
Tapi aku tak jawab begitu pada anakku. "Urm," aku berpura-pura berfikir. Walaupun memang dah tau tak nak pergi pun.
Belum sempat aku katakan sesuatu, tangan kiriku terlebih dahulu ditarik. Oleh siapa lagi kalau bukan suamiku? Pak Haruto tu lah.
Aku menjerit nyaring namun itu semua tidak memberi kesan kepada Haruto. Makin galak dia tarik tanganku ke lautan. Anak perempuanku itu pula tak henti menjerit keseronokkan. "Yey, mama masuk air!"
Dan akhirnya, aku selamat mendarat di dalam lautan air masin ini. Aku memuncungkan mulutku. Ingin memprotes.
"Ish apa ni? Orang tak bawa baju tau tak?" aku mengeluh.
"Alah, nanti saya belikan lah baju dekat kedai tu," Haruto senyum lebar.
Kata je taknak mandi. Tapi nak dekat satu jam jugak duduk dalam air tu. Ah, pasal salin baju tu.. biar lah. Enjoy dulu!
-
Aku duduk melunjur beralaskan pasir pantai. Aku ralit menikmati pemandangan yang tersedia di hadapanku kini. Langit yang siang tadi berwarna biru, kini bertukar jingga. Aku menanti dengan sabar. Kamera digital juga sudah aku sediakan di tangan.
"Mama!" aku menoleh setelah terdengar suara perempuan memanggilku. Aku senyum pada Rika yang sedang berjalan ke arahku. Di tangannya ada dua cawan plastik.
"Duduk sini," arahku. Rika kemudian melabuhkan duduk di sebelahku. Satu cawan air coklat dihulurkan padaku. Aku ucap terima kasih sebelum menghirup air coklat itu. Sedap!
"Papa mana?"
"Sini," balas Haruto yang kini sedang duduk di sebelahku. Dia hadiahkan senyuman padaku. Aku membalasnya tanpa ragu.
-
tak tau nak end macam mana. dah habis tau , bubye !
"Rika duduk sini," kataku sambil menepuk paha sebelah kananku. Rika pula hanya mengikut. Dia melabuhkan duduk disitu.
Beberapa minit berlalu, hanya sunyi yang menyapa. Kedengaran bunyi ombak menghempas gigi pantai, bunyi burung berterbangan. Tenang sahaja.
Aku keluarkan kamera digital milikku. Rika dan Haruto hanya melihat kelakuanku. Setelah berpuas hati dengan gambar yang diambil, aku tersenyum sendiri. "Mama, nak tengok," kata Rika. Kepalanya tertoleh-toleh ke arahku.
Aku senyum sebelum memberikan kamera itu kepada Rika. "Pandai eh awak ambil gambar?" kata Haruto.
Aku hanya menayangkan wajah bangga. "Of course lah. Tengok lah bini siapa."
Haruto hanya ketawa kecil.
Aku menyandarkan kepalaku pada bahu kiri Haruto. Tangan kananku mengusap rambut lurus milik Rika.
"I love you so much," luahku perlahan.
Haruto hanya senyum. "I love you both more than I love myself," Haruto usap kepalaku perlahan. Dia lakukan juga pada Rika.
Aku senyum.
This is it. The happiness that I want. I hope it last forever.
-end
![](https://img.wattpad.com/cover/310220901-288-k82697.jpg)
YOU ARE READING
My Crush Is My Husband | Watanabe Haruto
Фанфик[completed] [repub] "Weh, aku rasa aku suka kau lah. Apa aku nak buat ni?!" Friends to lovers. Is it possible?