2 (repub)

300 31 0
                                    

"Esok kita dah masuk kelas kan?", tanyaku sambil meneliti sehelai kertas yang tercetak jadual waktu yang sudah diedarkan mengikut kelas masing-masing.

"Mana ada. Lusa lah," jawab Sakura dengan mata yang masih ralit bermain dengan telefon bimbitnya.

Setibanya di kafeteria, aku dan Sakura pergi ke kaunter pesanan untuk membeli minuman.

"Makcik, nak iced latte satu," Sakura berkata.

"Okey, kamu?" Setelah menulis pesanan Sakura, makcik kantin itu bertanyaku pula.

"Tak apa lah makcik, saya tak nak," tolakku sambil menggeleng. 

"Okey. Pergi lah duduk dulu. Nanti dah siap makcik panggil ye," makcik itu menghulurkan senyuman sebelum berjalan ke bahagian belakang kedai untuk menyiapkan pesanan Sakura.

"Okey makcik, terima kasih," kata Sakura sambil tersenyum.

Kami berdua berjalan kearah sebuah meja panjang yang kosong. Kafeteria ini juga agak lenggang. Mungkin masih awal. Aku melabuhkan duduk di kerusi bertentangan dengan Sakura. Dia mengeluarkan telefon nya dari poket. Dari tadi lagi duk belek telefon dia tu. Aku hanya membiarkan sahaja. 

Aku membuang pandang ke bahagian luar kafeteria. Terdapat banyak pohon-pohon hijau yang ditanam di sekeliling universiti ini. Udara pun segar je. 

Setelah Sakura selesai menghabiskan kopi latte nya, kami pergi ke tempat lain pula. Mungkin koperasi. Nak beli bekalan makanan. Eleh, macam lah nak pergi berperang.

Sewaktu kami berdua berjalan menuju ke koperasi, kami ditegur oleh seorang perempuan yang sedang menarik bagasi besar.

"Maaf, boleh saya tau jalan nak pergi bilik dorm tak?" tanya perempuan itu.

Sakura membantu perempuan tadi untuk menunjukkan jalan. Cey, tibe jadi Waze. Setelah dia menemukan jalannya dia berterima kasih kepada kami. 

"Oh, okey okey. Thank you, kak!" perempuan itu menunduk hormat sebelum menuju kearah yang ditunjukkan Sakura.

"Eh, sekejap!" panggilku.

"Ha, kenapa kak?" perempuan tadi berhenti melangkah. Dia menoleh ke arah kami.

"Actually, kita orang pun baru masuk. So.. tak payah la panggil kak eh. Kita sebaya," aku senyum setelah itu.

"Oh, iye ke. Sorry lah. Kau orang berdua pun baru masuk ke?" tanya perempuan itu. Orang dah kata baru masuk pun nak tanya lagi. 

"Hm," aku balas pendek.

"Boleh berkenalan? Saya tak ada kawan lagi dekat sini," perempuan itu berkata sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Of course la boleh. Panggil je Sakura," Sakura memperkenalkan diri.

"Saya, Ichika," aku senyum setelah itu.

"Oh, saya Rinka. Saya.. naik bilik dulu eh. Jumpa lagi, bye," Rinka sudah pun berjalan pergi menjauhi kami berdua. Aku hanya memerhati.

"Bye Rinka!"

Kami berdua kembali meneruskan perjalanan ke koperasi. 

"Tapi kan, kau tau ke mana koperasi?" tanya Sakura kepadaku. Haah lah. Baru terfikir. Sia-sia je berjalan jauh tapi tak tau nak pergi mana. Universiti ni dahlah besar.

"Tu, kau pergi tanya dia orang. Nampak macam senior je dia orang tu," aku mengagak.

"Okey. Jom teman aku pergi tanya," ajak Chaewon. Tanganku ditarik menuju ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang sedang berkumpul di tepi pokok besar.

"Urm, sorry kacau. Nak tanya, koperasi dekat mana eh? Kita orang baru je masuk sini," kata Sakura sebelum tersengih.

"Oh, koperasi. Sebelah kafeteria. Kedai kecil yang ada sangkar kucing dekat depan dia. Kafeteria dekat sebelah sana," panjang lebar akak tu terangkan.

"Oh, okey. Thank you," kami berjalan pergi dari situ.

Setelah agak jauh dari kumpulan itu, kami memandang sesama sendiri.

"Sebelah kafe je? Punya jauh kita jalan padahal sebelah kafe je," Sakura mengeluh. Langkah nya perlahan.

"Ish, dahlah tu. Cepat. Aku nak balik dorm ni," aku menarik tangan Sakura untuk bergerak lebih laju. Hari pertama pun dah berlari-lari. Esok dah terbang agaknya.

My Crush Is My Husband | Watanabe HarutoWhere stories live. Discover now