Klik!
Pintu bilik dikuak dari luar dan muncullah Harraz dimuka pintu. Dengan laju Hanna berpura-pura tidur.Harraz melabuhkan punggung di atas kerusi yang berada berhampiran dengan katil itu.
Dia merenung wajah Hanna dengan penuh rasa serba-salah. Perlahan-lahan tangannya naik mengusap kepala Hanna yang berbalut itu.
"Aku tahu kau tak tidur.. Takyah nak tipu aku la.." Sindir Harraz dan tersenyum sinis.
Dengan serta merta, mata Hanna membulat.
"Kantoilah pulak.." Gumam Hanna perlahan.
"Ni..Aku ada belikan makanan untuk kau..Nak makan?" Soal Harraz dengan dingin.
"Taknak.. Awak pergilah balik.. Pergi bagi kat Qistina tu.. Saya tak hamak lah makanan awak tu.." Sinis Hanna dan dia baring mengiring membelakangi Harraz.
Tiba-tiba muncul satu idea di benak fikiran Harraz.
"Betul ni taknak?" Soal Harraz.
Senyap.
"Okey..Takpe..Kalau aku bagi kat Qistina ni..Mesti dia suka.." Harraz berdiri dari situ dan sebaik sahaja dia ingin melangkah pergi,
"No!! Saya nak makan!" Jerit Hanna dengan penuh rasa marah. Harraz memberhentikan langkahnya. Dia menahan diri daripada tersenyum.
Dia kembali duduk di atas kerusi.
"Awak beli apa?" Soal Hanna dengan dingin.
"Tomyam..."
"Bukak mulut"
Hanna tersenyum sendirian. Entah mengapa hatinya berasa berbunga-bunga.Crush sendiri suapkan, mana tak happynya weii
"Aaaa"
"Sedap tak?" Soal Harraz dengan wajah beku.
"Sedap-sedap.." Hanna mengambil sudu yang berada di tangan Harraz.
"Say aaaa..."
"Ehh..Kau lah makan, aku tak sakit." Ujar Harraz dengan wajah yang series.
"Hahahahha sape cakap orang sakit je kena suap?" Soal Hanna dengan sisa tawanya.
"Cepatlah! Bukak mulut!" Hanna acah-acah membuat muka garang.
"Eleh..Ingat aku takut ke?"
"Please..." Rayu Hanna. Harraz terus membuka mulutnya.
"Good boy.."
"Hmmm"
"Lepas makan ni, kita balik asrama ea?...Kesian kat Naqi tak nampak kau seharian.."
"Oteyyy"
Tiba-tiba,
"Hahahahahahah" Harraz ketawa terbahak-bahak. Hanna terkesima. Harraz gelak. Ehh wait, Harraz gelak????
"Ke.. Kenapa awak gelak?" Soal Hanna dengan hairan.
"Ni...Kau makan, comot." Jawab Harraz seraya tangannya naik mengelap hujung bibir Hanna.
"Awak nampak cute la bila awak gelak.. Cute sangat.." Puji Hanna dan tersenyum girang.
Tiba-tiba, pergerakan Harraz terhenti. Wajahnya kembali beku.
"Ayat tu..."
Keadaan menjadi sunyi untuk seketika.
"Ehem..." Harraz berdehem ingin menghilangkan rasa janggal dan terus bangun dari duduknya.
"Aku pergi toilet kejap.." Harraz terus beredar dari situ dengan wajah bekunya.
"Kenapa dengan dia tu? Tadi okey je..Tiber.." Omel Hanna perlahan.
🌹🌹🌹🌹🌹
"Ehh...Kau nak gi mana laju-laju ni?" Soal Faiz apabila melihat Harraz yang keluar dari wad itu dengan tergesa-gesa.
"Aku nak gi toilet jap.." Tanpa berlengah, Harraz meneruskan langkahnya.
Setibanya dia di satu tempat, dia melabuhkan punggung di atas kerusi. Dia memejamkan matanya untuk seketika. Segala kenangan lalu berlayar kembali.
FLASHBACK:
"Booo!" Sergah Harraz dari belakang dan membuatkan si gadis terperanjat.
"Ishh you ni kan?... Suka tau buat I terkejut.." Omel si gadis dan menepuk bahu Harraz tanda tidak suka akan kelakuan Harraz itu.
"Sorry you..Sorry.. Hahahaha" Harraz ketawa terbahak-bahak.
Si gadis termenung untuk seketika apabila melihat wajah Harraz.
"Ni you order untuk I ke?" Soal Harraz dan tersengih.
"You..Jauh termenung.." Harraz menjongketkan keningnya sebelah.
"Hah? Haa.. Fresh orange You la tu..Minumlah." Balas si gadis dan tersenyum lebar.
"Okey..By the way, asal you tengok I macamtu?" Soal Harraz dan tersenyum lebar.
"You nampak cute la bila you gelak..Cute sangat.." Puji si gadis itu.
"Ehh..Kalau you tak cakap pun I dah tahu dah..Hahahaha"
END FLASHBACK
"Kenapa, Hanna? Kenapa setiap kali aku dengan kau, aku semakin teringat dekat dia.. Kenapa Hanna?.. And setiap kali aku teringatkan dia, perasaan benci aku dekat perempuan semakin bertambah-tambah, Hanna.. Aku taknak benci kau, Hanna.. Tapi aku tak boleh.. Aku takleh nk control." Harraz menyerabutkan rambutnya. Ya, dirinya sendiri juga buntu mengapa amat sukar untuk dia padamkan perasaan benci itu.
Thanks kepada yg vote 🌹✨
YOU ARE READING
MUSUHKU, JODOHKU?? ( COMPLETE ) ✔️
Подростковая литератураBefore read this story, make sure korang baca story 'NERD ITU MAFIA????' dulu ye... 'MUSUHKU JODOHKU??' ni sambungan dari cerita tu...☺️👌 Mengisahkan Tengku Hanna Alexandra, Tengku Irelia Amanda dan Tengku Hendry Rachael yang berpisah sewaktu berum...