CHAPTER 50: JAGA DIRI ✨

229 25 6
                                    

Aku mengeluh untuk seketika, penat... Kadang-kadang aku terfikir, betapa bahagianya aku sewaktu kanak-kanak dahulu... Tak pernah terbayang kedewasaan sesakit ini.

iPhone ku dibuka. Berbelas-belas missed call daripada mereka semua.

"Aku mintak maaf korang, aku penat" Monolog ku.

"Puan, kita nak pergi mana ni?"

"Hantar saya ke stesen bas." Arahku dan pemandu itu menganggukkan kepalanya.

Iphone ku berdering kembali.

"Ape kena dengan diorang ni? Call aku macam aku ni PM pulak, hilang aku semua jadi berterabur" Bebelku dengan geram. Mana taknya, orang tengah healing, call je memanjang.

"Haa hello? Nak ape?" Soalku kasar.

"Hanna... Kau boleh tak jangan buat aku risau? Kau dekat mana ni? Balik ea kita bincang sama-sama" Pujuk Hendry.

"Hendry, aku betul-betul serabut sekarang ni.. Aku perlukan masa.. Aku nak tenangkan fikiran aku.. Please lah, nanti aku rasa tenang aku balik" Ujarku dan tersenyum kelat.

"Jangan lama-lama tau"

"Tengoklah macamana.. Korang semua jaga diri tau"

"Okey, aku still kat wad ni, tunggu Amy sedar" Terang Hendry.

"Okey... Jaga diri, Hendry..." Panggilku. Aku menarik nafas dalam-dalam.

"Ye saya"

"Aku setuju" Ujarku senafas.

"Hah? Setuju apa pulak?" Soal Hendry dengan hairan.

"Kahwin dengan kau.. Bila aku balik nanti, kita kahwin" Ujarku dan Setitis air mata ku jatuh.

"Kau betul ke ni Hannaaa?!" Jerit Hendry teruja. Aku terus mematikan panggilan.

"Ya Allah... Betul ke keputusan aku ni?" Soalan ini yang bermain dibenak fikiran ku buat masa ini. Fikiran ku bercelaru. Aku bukannya nak bagi harapan dekat Hendry, cuma aku sendiri pun tak faham dengan diri aku.. Kenapa Hendry selalu ada dengan aku? Kenapa dia yang selalu ada waktu aku perlukan bahu untuk bersandar? Kenapa? Aku pun tak tahu, samada cinta ataupun simpati.

Tiba-tiba iphone milikku berdering sekali lagi dan tertera nama Amanda di skrin.

Maafkan aku Amanda, aku bukan taknak angkat tapi aku perlukan masa.. Aku terus menekan plane mod. Earphone dikeluarkan dan lagu yang tepat dimainkan. Perlahan-lahan aku memejamkan mataku dan terus terbuai mimpi.

Tetapi, sebaik sahaja aku terbangun dari lenaku, alangkah terkejutnya aku apabila mendapati pintu dibuka kasar dan dapat kulihat dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam mengacukan pistol ke arah aku. Apabila aku toleh ke hadapan, pemandu itu sudah hilang entah ke mana.

"Korang sape hah?! Ape yang korang nak dari aku?!" Soal aku dengan gelabah. Mana tak gelabah oi, pistol kat depan mata.

"Ikut kitorang kalau kau taknak mampos" Ujarnya dan aku meneguk liur ku. Dah sampai masa ke untuk aku mati?

"Noww!!" Jerkahnya membuatkan bahu ku terhinjut akibat terkejut dan aku terus keluar dari kereta itu dengan menggigil.

Bukk!!
Kepala ku dihentak oleh seseorang menyebabkan pandangan aku gelap.

🌹🌹🌹🌹🌹

Prangg!!

Pinggan kaca yang dipegang oleh Olivia itu jatuh pecah berkecai.

"Allahuakbar macamana boleh pecah ni?" Soal Rose dengan kalut membuatkan Olivia tersentak.

"Aku tak sedap hati, Hanna" Terang Olivia dengan tidak sedap hati.

"Yang kau tak sedap hati tu kenapa? Aku yang lahirkan dia, bukannya kau" Celah Mastura. Ya, Mastura ibu kandung Hanna.

"A-ape maksud kau?" Soal Rose dengan terkejut dan memandang wajahnya dengan wajah tidak percaya.

Mastura hanya tersenyum sinis dan berlalu pergi.

"Kenapa dengan dia tu?" Soal Rose dengan geram.

"Asal ni wei? Ape jadi dowh?" Soal Aliya pula yang baru muncul.

"Tadi-"

"Takde papelah.. Ni haa, aku cuai sampai pecah ni.." Ujar Olivia dan mengutip serpihan kaca itu.

"Tapi tadi-" Rose ingin memberitahu tetapi,

"Auchh" Serpihan itu terus masuk ke dalam kulinya dan Olivia meringis kesakitan.

"Hey kau ni.. Buat kerja hadoii.. Ni yang aku geram ni.." Bebel Rose dengan risau. Aliya terus berlari mencari first aid.

"Rose.. Takyah la besarkan hal ni.. Memang betul, Hanna anak dia bukannya aku." Ujar Olivia sayu. Rose memandang Olivia dengan sayu. Ya, dia tahu.. Olivia dah menyesal dengan kesilapannya tetapi kata-kata Mastura tadi seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Tanpa mereka semua sedar, Shikin memerhati segalanya dari tadi. Ya, dia juga terkejut akan kata-kata Mastura. Seperti ada something wrong.

"Aku kena bagitau Amanda" Ujarnya perlahan.

Setibanya Amanda dirumah,

"Harraz!! Hoii!! Mana kau hah?!" Jerit Amanda naik gila. Pintu rumah ditutup kasar. Nasib tak tercabut pintu rumah tu.

"Eh kenapa ni Amanda?" Soal Aliya dengan terkejut apabila melihat anaknya itu.

"Sorry mum, but I taknak cakap dengan you"

"Mana Harraz Haqimie?!" Tengking Amanda bergema didalam rumah itu.

"Aunty what's wrong?" Soal Riyad dengan takut.

Amanda tidak menghiraukan Riyad tetapi menjelingnya dengan tajam.

Sebaik sahaja Harraz memunculkan diri,

"Eh setann!! Kau tak puas hati ape lagi hah?! Ape yang kau tak puas hati lagi?!" Jerkah Amanda dan menolak Harraz dengan kuat sehingga Harraz jatuh terduduk.

"KAU MEMANG SETAN!! DARI DULU SAMPAI SEKARANG!! Aku sakit tahu tak... Sakit tengok kau buat kawan baik aku sengsara!! Kenapa Harraz!! Kenapa?! Kau tahu tak... Dia and Hendry keluarga kedua aku!! Masa semua orang buang aku!! Sape yang ada?! Sape?! Diorang!!!! Tak cukup lagi ke kau nak buat kitorang sengsara?!" Tubir mata Amanda mulai pecah... Wajahnya cukup menandakan bahawa dia penat dengan semua ini.

"Yess!! Aku tahu!! Aku tahu semua salah aku!!! Kau nak suruh aku buat ape?! Kau nak aku pergi dekat masa lalu pastu ubah semua ni ke?! Kalau boleh buat macamtu dah lama aku buat Amanda!! Aku tahu aku salah!! Tak layak ke untuk aku dapat peluang kedua?!" Jerkah Harraz dengan air mata yang mengalir laju. Dia bingkas bangun dan menepuk dinding dengan kuat.

BAMMM!!

"Korang ingat korang je ke yang tersiksa?! Aku pun tersiksa!!! Korang takkan faham!!" Harraz terus berlalu keluar dan masuk ke dalam perut kereta. Ya, dia terlalu penat kecewa kerana tiada sesiapa yang memahaminya.

"Harraz..." Olivia memegang dadanya yang terasa sakit itu.

"Oliv" Semua orang mendapatkan Olivia.

"Hanna... Harraz..." Perlahan sahaja bunyinya sebelum pandangannya mulai gelap.

"Aunty... Aunty okey tak... Ya Allah..."Amanda mulai cemas.

"Jom kita pergi hospital" Ujar Shikin dan kalut. Semua orang menganggukkan kepala tanda setuju dengan wajah yang gelisah.

Manakala, disudut yang lain... Mastura tersenyum sendirian.

Iphone nya dikeluarkan dari poket seluar.

Tutt...Tutt...

"Semuanya berjalan dengan lancar." Ujar Mastura dan tersenyum sinis.

"Aku akan balas dendam balik atas apa yang aku dapat dulu" Mastura tersenyum sendirian memikirkan rancangan jahatnya yang seterusnya.

1008 words.
Thanks kepada yg vote 🥺🌹✨

MUSUHKU, JODOHKU?? ( COMPLETE ) ✔️Where stories live. Discover now