𝑪𝑯𝑨𝑷𝑻𝑬𝑹 17: 𝑷𝑬𝑹𝑨𝑻𝑼𝑹𝑨𝑵✨

320 30 10
                                    

"Oitt..Jauh mengelamun.." Tegur seseorang mematikan lamunan Hanna.

"Hah?"

"Kau okey ke tak ni? Or kepala kau still sakit lagi?" Soal Aisyah dengan penuh prihatin.

"Aku... Humm...Entahlah..." Hanna melepaskan nafas berat.

"Kenapa ni? Tell me.." Aisyah melabuhkan punggung di birai katil.

"Takde apelah... Mana diorang? Dari tadi tak masuk dorm?" Soal Hanna dengan hairan.

"Oohh...Amanda dengan Shikin ea?"

"Ha'ah.."

"Diorang tu ade je dekat kantin.."

"Ehh..Tak siap lagi diorang dinner?" Soal Hanna.

"Kau faham-faham lah kawan kau dua ekor tu.. Lapar je memanjang." Balas Aisyah dan ketawa kecil.

Hanna turut ketawa kecil.

"Ehh...Kau jangan nak ubah topik ea.. Bagitau aku, nape kau duk termenung sorang-sorang ni.."

"Hmm..Aku..Tak tahulah nak mula macamana." Hanna mengeluh perlahan.

"Macam ni...Aku hairanlah.. Kenapa ek? Tadi Qimi okey je dengan aku.. Pastu tiba-tiba dia jadi macam tu.." Hanna melentokkan kepalanya di atas bahu Aisyah.

"Ha'ah lahh. Aku pun perasan jugak tadi.. Lepas dia masuk dalam jumpa kau, dia cam lain..Dah lah dia blah macam tu aje.." Sokong Aisyah.
Ya, semua orang masih tertanya-tanya, kenapa Harraz berubah secara tiba-tiba. Usai Harraz ke toilet tadi, wajahnya ketat dan Harraz terus beredar meninggalkan mereka semua disitu.

"Kenapa ea?" Soal Hanna dan mengeluh panjang.

"Dahlah.. Takyah fikir mamat tu.. Masalah mental kot.. Sekejap okey, sekejap tak okey.." Balas Aisyah dan ketawa kecil.

Tiba-tiba,
"Hanna...Aku nakgi toilet jap.. Sakit perut.." Aisyah terus beredar dari situ dengan laju.

Hanna melepaskan keluhan yang berat. Dia benar-benar buntu memikirkannya.

"Kau ni lepas kena baling dengan kerusi memang jadi mengelamun camni ea?" Tegur seseorang di pintu. Cepat-cepat Hanna menoleh ke arah itu dan terpampang wajah Amanda yang beku bersama lolipop di mulutnya.

"Sini la borak... Bosan lah.." Ajak Hanna.

Tanpa berlengah, Amanda terus menghampiri Hanna.

"Duduk lah.."

Sebaik sahaja Amanda melabuhkan punggung di birai katil,

"Asal cikgu Farid jumpa kau dengan Faiqal tadi?" Soal Hanna dengan penuh tanda tanya. Amanda mendengus geram.

Lolipop yang berada di dalam mulutnya itu digigit dengan kuat sehingga pecah.

"Sial lah! Aku dengan dia kena gantung sekolah.. Dahlah dua minggu! Serabut lah aku!.. Jantan gila tu buat hal, aku pulak yang kena.. Unfair!" Marah Amanda.

"Sorry kalau aku cakap ni kau terasa, aku rasa kau yang mula dulu..Kalau kau tak calarkan kereta Faiqal, takkan jadi macam ni.."

"What?? Salah aku? Kalau jantan tu tak cari pasal dengan aku, takde gilanya lah aku nak calarkan kereta dia.." Balas Amanda pula.

"Ehh... Betul jugak kan?.."

Tiba-tiba,

"Menyampahlah aku!!" Jerit seseorang. Dia terus menghempaskan tubuhnya di atas katil dengan kasar.

"Kau dah kenapa pulak? Memekak aje.." tegur Amanda dengan menyampah.

"Kau better senyap! Sebelum aku cili mulut kau!" Amy memberi amaran keras.

MUSUHKU, JODOHKU?? ( COMPLETE ) ✔️Where stories live. Discover now