𝑪𝑯𝑨𝑷𝑻𝑬𝑹 15: 𝑪𝑰𝑲𝑮𝑼 𝑫𝑰𝑺𝑰𝑷𝑳𝑰𝑵✨

290 29 0
                                    

"Macamana dengan keadaan Hanna?" Soal Amanda yang baru tiba bersama dengan Aisyah dan Shikin disitu.

"Hanna okey..Nasib baik dia tak cedera teruk.." Jelas Rafiq.

Tiba-tiba, anak mata Amanda beralih pada seorang lelaki yang sedang ralit bermain telefonnya.

Dengan pantas Amanda merampas telefon itu dan menghempaskannnya ke lantai.

"KAU DAH KENAPA?!" Tengking Faiqal dan berdiri dari duduknya.

"Ni semua salah kau!! Kalau bukan disebabkan kau! Hanna takkan jadi camtulah!!" Jerit Amanda dengan bengang.

"Kau nak salahkan aku?! Kalau kau tak calarkan kereta aku! Memang takkan jadi macam ni! And one more thing! Kau tak dengar ke dia cedera ringan aje! Bukannya mampos pon!" Jerit Faiqal tidak mahu mengalah.

"ENOUGH!!" Jerit seseorang. Mereka semua menoleh ke arah itu.

"Korang takde otak ke hah?! Nak gaduh pun biar bertempat lah! Kalau rasa rasa nak gaduh sangat, korang dipersilakan pergi dari hospital ni!" Marah Harraz membuatkan mereka berdua terdiam.

"Cewahh Tengku Harraz Haqimi! Wow!!" Seseorang menepuk tangan beberapa kali dari arah belakang.

Mereka menoleh ke belakang dengan serentak.

"Riezmi..."

"Sejak bila Tengku Harraz Haqimi jadi macam ni ekk?? Bukan ke Tengku Harraz Haqimi, merangkap leader kitorang ni tak sukakan perempuan? Bencikan perempuan?" Sindir Riezmi pedas.

Harraz hanya beriak biasa dan terus mengatur langkah ingin masuk ke dalam bilik wad.

"Stop right there." Celah Riezmi membuatkan langkah Harraz terhenti.

Riezmi menghampiri Harraz dan sebaik sahaja dia ingin mengambil plastik yang berisi makanan dan minuman yang berada di tangan Harraz itu, dengan laju Harraz mengheretnya kembali.

"Kau nak buat ape?" Soal Harraz dengan dingin.

"Biar aku yang bagi kat Hanna.. Tak perlulah manusia hipokrit macam kau ni.." Perli Riezmi dan tersenyum sinis.

"Riezmi, Harraz, udah-udah lah tu...Aku tahulah korang sama-sama sukakan Hanna.." Celah Faiz dengan wajah bersahaja, matanya tertumpu pada skrin telefon.

Mereka berdua kelu.

"Ehemm.." Harraz berdehem dan terus masuk ke dalam.

Kring! Kring! Kring!
Telefon milik Faiqal berdering menandakan panggilan masuk.

"Haa! Hello!Kau siape?! Nak ape??" Soal Faiqal dengan kasar.

"Aku Hendry.. Cikgu disiplin nak jumpa kau dengan Amanda.."

"Hah?! Kenapa pulak?!
Hello...Hello... Bodoh betullah.. Dia matikan macam tu aje" Faiqal menyerabutkan rambutnya.

"Kenapa?" Soal Rafiq.

"Hendry call, dia cakap cikgu disiplin nak jumpa aku dengan Amanda..Haishh semak lah!"

"Lepas satu..Satu.. Jom lah!" Faiqal menarik lengan Amanda dengan kasar.

"Ehh lepaslah sial! Kau nak bawak aku pergi mana?!" Jerit Amanda dengan bengang.

"Kau tak dengar ke aku cakap ape tadi?!"

"Aku TAKNAK!" Amanda mengheret kembali tangannya.

"Kau jangan degil boleh tak?!"

Sedang mereka bergaduh, tiba-tiba seseorang terlanggar Amanda membuatkan tubuhnya tertolak ke hadapan. Dan secara tidak sengaja dia terpeluk Faiqal.

Keadaan menjadi sunyi sepi disitu. Mulut Aisyah dan Shikin terlopong luas. Manakala perbualan diantara Faiz dan Rafiq terhenti untuk seketika.

"Dah kenapa pulak aku peluk mamat tak guna ni?! OMG!" -Amanda

"Why tubuh aku jadi kaku ni?.. Kenapa marah aku jadi reda?" -Faiqal

Dengan pantas Amanda menolak Faiqal.

"Ehem.." Faiqal berdehem menghilangkan rasa janggal. Dengan sepantas kilat dia beredar dari situ. Amanda hanya beriak biasa dan membetulkan cap nya lalu membuntuti langkah Faiqal.





Thanks kpada yg vote 🌹✨

MUSUHKU, JODOHKU?? ( COMPLETE ) ✔️Where stories live. Discover now