𝑪𝑯𝑨𝑷𝑻𝑬𝑹 3: 𝑨𝑾𝑨𝑲 𝑺𝑼𝑲𝑨 𝑺𝑨𝒀𝑨?✨

381 37 24
                                    

Matanya tidak lepas memandang si jejaka yang tekun belajar.

"So, nama kau Harraz ekk? Hmm...Handsomenya kau ni... Dengan mata macam tu, hidung mancung...OMG! Aku dah fall in love!!!" Jerit Hanna didalam hati sambil meneliti wajah Harraz dari tepi.

"Hey you!" Panggil Cikgu Matematik dihadapan. Hanna tersentak.

"Me?" Soal Hanna kembali.

"Yes."

"Saya paling pantang bila saya mengajar, orang tak reti nak tumpukan perhatian!" Marah cikgu itu.

"So...Sorry cikgu." Ucap Hanna sedikit gagap.

"Harraz.." Panggil Hanna dengan senyuman manis.

Harraz memandang wajah Hanna dengan dingin.

"Sorry tau.. Pasal semalam." Ujar Hanna lagi.

Harraz merapatkan jarak di antara mereka,
"Kau dengan maaf kau, boleh pergi mampus.." Bisik Harraz. Hanna terus meneguk liurnya yang terasa pahit.

Tiba-tiba,
"CIKGU!!!" Jerit Faiqal dengan kuat.

"Yes?"

"Dia tidur dalam kelas!" Faiqal menunjuk ke arah Amanda yang tidur dengan nyenyak itu.

"Kejut dia!" Arah cikgu dengan geram.

Faiqal terus menjentik dahi Amanda. Mata Amanda terus terbuka, mereka bertentangan mata diantara satu sama lain.

'DUP! DAP! DUP! DAP!'
Jantung Faiqal berdetak laju.

"Kenapa dengan aku ni?"

"Pe?! Ehh semaklah kau!" Bentak Amanda.

"Amboi amboi amboi.. Cantiknya bahasa..Rasa diri tu pandai sangat lah sampaikan taknak dengar saya mengajar dekat depan ni?! Awak bangun sekarang! Jawab soalan ni.."

"Apa jaminannya kalau saya dapat jawab dengan betul?" Soal Amanda.

"Jangan nak berangan lah dapat jawab dengan betul... But, kalau awak boleh jawab, saya bagi awak tidur." Ujar Cikgu itu dan tersenyum sinis.

"Ohh...Okey." Amanda terus berdiri dan berjalan menuju ke hadapan.

Dengan sepantas kilat, dia menjawab soalan itu.

Semua orang tercengang. Termasuklah Cikgu matematik.

"Kacang sangat soalan ni, cikgu..Tak berbaloi cikgu suruh mangkuk tu kejutkan saya, tadi." Ujar Amanda dan terus mengambil tempat di tempat duduknya. Kepalanya diletakkan di atas meja semula dan dia tidur dengan nyenyaknya.

"Wow...Not bad.." Gumam Faiqal perlahan.

"Wei...Bakk sinilah buku teks tu... Ek eleh engkau.. Buat macam harta benda kau lak..." Ujar Amy dengan geram dan menarik buku teks milik Hendry.

"Ehh minah ni...Dah lah tak bawak buku, pastu ambik buku orang..Haihh.." Rungut Hendry didalam hati.

Hendry menarik buku itu dengan kasar.

"This is mine." Ujar Hendry dengan wajah yang dingin.

"Ehh engkau! Kau tak kenal lagi aku sape!" Suara Amy mula meninggi.

Hendry mengangkat kedua-dua belah bahunya.

"Ehh kau dengar tak?!" Marah Amy.

"Do I care?" Soal Hendry kembali. Dia membelek-belek buku teks itu.

"Kau ingat mentang-mentang lah muka kau ni helok aku boleh cair dengan kau?!" Amy mula berdiri dari duduknya.

"Ada aku cakap kau cair dengan aku? Or kau betul-betul cair tengok aku?" Soal Hendry dan tersenyum sinis.

Amy tersentak. Betul juga apa yang dikatakan oleh Hendry itu.

"AMY! DAHLAH JARANG-JARANG MASUK KELAS SAYA! LEPASTU BUAT BISING! KELUAR BERDIRI DEKAT LUAR!!" Jerkah cikgu itu mula hilang sabar.

Hendry tersenyum sinis.

"Kau ingat ea Jantan! Aku tak habis lagi dengan kau!" Amy mula berdiri dan berlalu keluar sambil matanya tidak berkelip menjeling Hendry.

"I win." Gumam Hendry perlahan.

Tiba-tiba,

Tok! Tok! Tok!
Pintu diketuk.
Semua orang menoleh ke arah itu.

"Cikgu.. Ni Cikgu Syaniza suruh saya bagi.." Terang Laura. Matanya tidak lepas memandang wajah Hendry, dan kemudiannya, Harraz.

"Okey.. Terima kasih." Ucap cikgu.

"Haa..Ni borang untuk sesiapa yang berminat untuk tinggal di asrama.. Shamimi, tolong agihkan surat ni." Arah cikgu itu.

"Okey cikgu." Shamimi mula berdiri dari duduknya dan mengagihkannya.

Setibanya dia di meja yang terakhir, iaitu meja Harraz dan Hanna,

"Nah awak..." Shamimi memberikan kepada Harraz.

"No need..Kau ni bodoh ke apa?? Takde otak nak fikir? Aku dah masuk asrama, nak isi buat apa?" Soal Harraz dengan menyampah. Bukannya dia tidak tahu, Shamimi sengaja ingin rapat dengannya.
Hanna menahan diri daripada ketawa.

"Nah betina." Shamimi mencampakkan kertas itu di wajah Hanna dengan kasar.

"Thankyou." Ucap Hanna. Entah mengapa, Harraz berasa simpati apabila Hanna diperlakukan sebegitu. Malah, Hanna masih mampu berterima kasih.

Kring! Kring! Kring!
Telefon milik cikgu itu berdering.

"Sekejap ye..Cikgu nak jawab call kejap." Aju Cikgu matematik itu dan terus keluar dari kelas.

"Ehh kau sini!" Satu kelas memandang ke arah mereka bertiga. Harraz, Hanna dan Shamimi.

"Yes Raz?" Soal Shamimi dengan lembut.

Kertas yang berada di tangan Hanna di ambil oleh Harraz. Dia mengoyakkan kertas tersebut. Semua orang terkejut.

"Awak...Kenapa koyak saya punya??" Soal Hanna hampir menangis.

Harraz berdiri. Kertas dimeja Shamimi diambilnya dan diberikan kepada Hanna.

Semua orang tercengang. Amy yang berada diluar juga turut ternganga.

"Lain kali, belajar hormat orang! Dasar sotong kering!" Marah Harraz.

"Tapi Raz... Itu saya punya.." Ujar Shamimi acah-acah menangis.

"Ada aku kesah??" Soal Harraz kembali dengan wajah yang beku.

"Ada apa ni?" Soal cikgu yang baru masuk.
Harraz mengerling Faiqal. Mulutnya terkumat-kamit memberikan isyarat.

Faiqal menganggukkan kepalanya apabila memahami rentak Harraz.
"Cikgu...Shamimi koyakkan borang tu!" Adu Faiqal.

"Shamimi?? Betul ke??" Soal Cikgu dengan mata yang membulat.

"Aaa...Emm... Cikgu.." Shamimi mula menggaru kepalanya.

"Dah lah wei.. Pergi duduk kat tempat kau! Buat semak ajelah!" Halau Harraz. Shamimi terus duduk di tempat duduknya.

Sebaik sahaja Cikgu mula mengajar kembali,

"Kau jangan ingat aku buat semua ni disebabkan kau.. Aku buat sebab aku tak suka betina gedik tu." Ujar Harraz dengan dingin.

"Awak tak suka dia?" Soal Hanna. Harraz menjeling Hanna dengan tajam.

"Maknanya, awak suka saya?" Soal Hanna dan tersenyum. Harraz tersentak.

Harraz memandang wajah Hanna yang masih tersenyum itu. Entah mengapa, dia terasa seperti ada sesuatu yang menarik dalam diri Hanna. Sebelum ini, dia tidak pernah rasakan perasaan ini. Tapi, yang pastinya, dia masih bencikan Hanna.








906 words.
Thanks kpada yg vote 🌹✨

MUSUHKU, JODOHKU?? ( COMPLETE ) ✔️Where stories live. Discover now