𝑪𝑯𝑨𝑷𝑻𝑬𝑹 41: 𝑷𝑹𝑬𝑮𝑵𝑨𝑵𝑻✨

350 28 23
                                    

3 MINGGU KEMUDIAN,

"No!! Don't touch me!! Go!!!" Jerit Hanna kuat dan meronta-ronta.

"Hanna..Stop it!" Marah Rafiq dan mengemaskan lagi pegangan. Begitu juga Aisyah.

"Hendry!! Hendry!!" Jerit Aisyah dengan kuat.

Hendry yang berada di dapur itu terus berlari naik ke atas.

"Kenapa ni??" Soal Hendry dengan terkejut. Ya, hanya mereka berempat dirumah. Yang lain-lain pergi melawat Amanda di hospital.

"Hanna.. Nasib baik kitorang naik atas lalu kat depan bilik dia, kalau tak dia dah terjun keluar ikut tingkap tu!" Terang Aisyah dengan wajah yang risau.

"TENGKU HANNA ALEXANDRA!! BERAPA KALI AKU NAK CAKAP, HAH!! JANGAN BUAT KERJA GILA!! APE MASALAH KAU HAH?! AKU PENAT LAH HANNA!! DENGAN PERANGAI KAU NI!!" Jerkah Hendry dengan kuat. Ya, dia sungguh penat dengan semua ini. Memikirkan Amanda lagi yang masih tidak menyedarkan diri di hospital.

Aisyah dan Rafiq tersentak. Untuk pertama kalinya mereka melihat Hendry meninggikan suara kepada Hanna.

"Kau tak fikirkan nyawa yang ada dekat dalam perut kau ke Hanna?! Hah?? Kau nak bunuh diorang ke?!" Marah Hendry lagi.

Tiba-tiba,

Hanna merentap tangan Rafiq dan Aisyah dengan kasar dan sebaik sahaja terlepas, dia berlari ke bilik air.

"Werkk.."

Hendry terus menapak ke arahnya.

Belakang Hanna diusap lembut perlahan-lahan.

"Hanna.."

"Sakit..Kepala.." Adu Hanna dan setitis air matanya jatuh. Ya, kepalanya terasa amat sakit.

Tanpa berkata apa-apa, Hendry terus mencempung tubuh Amanda dan meletakkannya di atas katil.

Dia melabuhkan punggung di birai katil dan megurut kepala Hanna yang sakit itu.

Aisyah dan Rafiq hanya memerhati. Ya, mereka turut sedih melihat keadaan Hanna. Tambahan pula, keadaan Amanda sekarang ini...

"Kenapa?" Soal Hanna dan memandang tepat ke arah anak mata hazel Hendry.

"Kenapa ape?" Soal Hendry dengan hairan.

"Kenapa kau nak sangat aku jaga anak ni? Kau tahu kan, anak ni anak setan tak guna tu??" Soal Hanna dengan juraian air mata.

"Watch your mouth Hanna... Anak tu tak bersalah, Hanna.. Awak bukan tuhan, nak tentukan dia patut hidup atau mati.. Lagi satu, saya boleh jaga awak dengan anak awak.." Balas Hendry.

"Mungkin harini kau cakap kau akan jaga kitorang, Hendry.. Tapi one day kau akan tinggalkan aku jugak, sebab masa lalu kau, Hendry.. Kau takkan tinggalkan masa lalu kau, Kau cintakan Amy, bukannya aku..."

"No..Aku janji dengan kau, aku akan selalu ada dengan kau.. Hendry yang dulu dengan sekarang sama je Hanna..Sama.." Terang Hendry dan tersenyum.

"Macamana kau nak aku percayakan janji kau, kalau suatu tika dulu aku pernah percayakan orang yang dah khianati aku? Janji bukan untuk ditepati, Hendry.. Tapi untuk dimungkiri.." Hanna terus berpusing ke tepi membelakangi Hendry.

Aisyah dan Rafiq berpandangan diantara satu sama lain untuk seketika. Sungguh sakit ayat itu.

"Aku janji, Hanna..Aku akan kembalikan keceriaan kau semula..Itu janji aku." Bisik hati Hendry. Ya, dia tekad.

🌹🌹🌹🌹🌹

Eric tersengih melihat Shikin yang termenung jauh itu. Berangan je kerjanya.

"Baaa!!" Sergah Eric di hadapan wajah Shikin.

MUSUHKU, JODOHKU?? ( COMPLETE ) ✔️Where stories live. Discover now