"Amy, Aisyah, Shikin...Aku nak keluar jap bawak Naqi jalan-jalan.." Aju Hanna dan terus mencapai hoodie nya.
"Homework kau dah siap ke belum?" Soal Shikin sambil tangannya tidak henti menulis.
"Belum...Malas..." Hanya itu jawapan Hanna dan dia terus membawa Naqi keluar.
"Eh budak tu..Blah camtu je.."
"Biar lah dia... Mood dia tak okey tu.. Tadi kan dia kena buli dengan Harraz." Ujar Aisyah dan melepaskan keluhan kecil.
"Ye tak ye jugak..."
🌹🌹🌹🌹🌹
"Naqi.... Mummy penat la... Ape salah mummy sampaikan daddy buat mummy camtu?" Soal Hanna kepada Naqi yang berada di riba nya. Hanna memilih duduk di padang untuk menenangkan fikirannya.
"Tahu tak kasut tu istimewa sangat-sangat bagi mummy? Hmm..." Setitis air mata Hanna jatuh.
"Meow..."
Hanna menutup matanya untuk seketika. Dan apabila dia membukanya, dia terkejut. Ada sepasang kasut betul-betul di hadapan wajahnya.
"Kasut? Macam kasut aku.. Tapi kenapa cam baru lagi?" Monolognya. Dan dia berpusing melihat empunya yang memegang kasut itu dan matanya terbuntang luas.
"Awak?" Tanpa membuang masa, Harraz mengambil tempat di sebelah Hanna di atas rumput itu.
"Kau buat apa kat sini? Kau tahu kan? Bahaya..Kau tu dah lah perempuan..Tak elok.."
Hanna mengengsot ke tepi. Dia tidak menoleh langsung memandang wajah Harraz.
Harraz turut mengengsot ke arah Hanna.
Hanna mendengus perlahan. Dan mengengsot lagi. Harraz turut mengengsot.
"Ishhh awak nak ape??" Haa..Kang Hanna dah jadi singa dah.Hahaha
"Lah..Salah ke?"
"Ya! Salah! Awak ingat saya ni tunggul ke? Awak ingat awak siapa? Kerja nak buli orang je!" Marah Hanna.
"Kau okey ke tak ni? Sebelum ni tak pernah-pernah kau nak marah aku..."
"Dahlah Harraz.. Saya penat.. Nah, malam ni awak jaga lah Naqi." Hanna mula berdiri. Ya, Harraz berasa tidak sedap hati kerana Hanna memanggilnya dengan nama Harraz, bukan panggilan selalu iaitu Qimi.
"Wait.." Harraz menarik lengan Hanna sehingga Hanna hilang keseimbangan dan terjatuh. Dengan sekelip mata, Hanna berada didalam pelukan sang jejaka.
Keadaan menjadi sunyi sepi. Angin malam menampar lembut wajah mereka berdua. Jantung tidak usah dicakap,
'DUP! DAP! DUP! DAP!'
Mata bertentang mata. Ya, jarak wajah mereka hanya tinggal beberapa inci sahaja.
"Oh my god... Qimi..Kenapa awak begitu sempurna? Hidung mancung, putih, mata bersinar...Awww... Aku cair..." ~HANNA
"Her eyes...Her eyes make me crazy! No! Stop it Harraz.. You can't love her!"
"Meowww~"
Teguran Naqi menyentakkan mereka berdua dan mereka kembali ke alam nyata semula..
"Err... Saya..."
"Err...Aku..."
Dengan pantas Hanna berdiri.
"Saya pergi dulu.." Sebaik sahaja Hanna ingin pergi,
"Wait...Nah..For you.." Harraz menghulurkan kasut kepada Hanna. Hanna berkira-kira untuk mengambilnya atau tidak.
"Kalau kau tak ambik, aku buli kau lebih teruk lagi lepas ni.." Ugut Harraz.
YOU ARE READING
MUSUHKU, JODOHKU?? ( COMPLETE ) ✔️
Novela JuvenilBefore read this story, make sure korang baca story 'NERD ITU MAFIA????' dulu ye... 'MUSUHKU JODOHKU??' ni sambungan dari cerita tu...☺️👌 Mengisahkan Tengku Hanna Alexandra, Tengku Irelia Amanda dan Tengku Hendry Rachael yang berpisah sewaktu berum...