Akhirnya, masa rehat pun tiba...
Pelajar-pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas, termasuklah Amanda dan Hendry.
Hanna tidak sedar akan hal itu, kerana dia masih mengemas barang di mejanya. Sebaik sahaja beg sekolah dizip,
Duit dilemparkan di wajah Hanna dan duit duit itu berterbangan jatuh ke lantai. Hanna tersentak dan terus menoleh memandang ke arah orang yang melemparkan duit tersebut.
"Ambik." Arah Harraz. Hanna terpinga-pinga. Dia mencangkung mengutip duit duit itu.
"Nah." Hanna memberikannya kembali. Harraz tidak menyambutnya,
"Aku nak, kau belikan milo ais untuk kitorang." Arah Harraz dengan wajah kosong.
"Tapi...Kenapa awak tak pergi beli sendiri?" Soal Hanna dengan beraninya.
"Apa? Kau ulang balik..Aku tak dengar?" Harraz merapatkan telinganya di wajah Hanna.
"Ke.. Kenapa awak tak pergi beli sendiri?" Ulang Hanna lagi dengan gagap.
"Nanti kau akan dapat jawapannya.. Better kau ikut aje arahan aku, kalau tak..Kau akan menyesal." Ujar Harraz.
"Tapi..."
"Dah orang suruh pergi tu pergi ajelah!" Bentak Amy.
"O...Okey." Hanna terus berlalu keluar dari kelas.
"Haduhhh...Aku nak pergi mana dulu ni? Dah lah first day..Kantin pun aku tak tahu kat mana..Haishh..." Omel Hanna seorang diri.
"Hai..." Tegur seorang perempuan. Hanna terus menoleh ke belakang dan memandang orang itu.
"Emm..Hai." Balas Hanna dengan janggal.
"Nama aku, Aisyah, and ni Shikin... Kau nak pergi kantin kan?" Soal Aisyah dengan ramah. Aisyah and Shikin ni sekelas dengan Hanna, Amanda dan Hendry.
Hanna menganggukkan kepalanya.
"Okey jom.." Ajak Shikin.
"Kau jangan segan-segan dengan kitorang..Kita kan sekelas." Ujar Aisyah kepada Hanna.
Hanna membalas dengan senyuman.
Setibanya mereka di kantin,
"Hanna.. Kitorang nak library..Ada perjumpaan pengawas perpustakaan.. Kau ingat jalan nak balik ke kelas, kan?" Soal Aisyah.
"Aku Ingat.. Haa.. Pergi lah cepat.. Kang lambat nanti." Ujar Hanna.
"Amboi..Halau nampak." Gurau Shikin.
"Mana ada..Hahaha" Hanna tertawa kecil.
Aisyah dan Shikin turut ketawa."Okeylah.. Bye!" Aisyah dan Shikin terus berlalu pergi.
Hanna terus ke tempat membeli air.
"Nak air apa dik?"
"Milo ais tiga." Jawab Hanna.
"Ehh...Banyak minum." Tegur seorang lelaki.
Hanna menoleh memandang gerangan itu.
"Ehh awak?? Awak yang dekat mall semalam tu kan??" Soal Hanna dengan terkejut.
"Ha'ah..Nama saya, Riezmi.." Terang Riezmi.
"Ooohh... Nama saya Hanna." Terang Hanna.
"Ni dik.. Milo ais dah siap.."
Hanna pun menghulurkan duit. Duit itu bertukar tangan.
"Boleh ke bawak tiga-tiga tu?" Soal Riezmi.
"Entahlah..." Keluh Hanna.
YOU ARE READING
MUSUHKU, JODOHKU?? ( COMPLETE ) ✔️
أدب المراهقينBefore read this story, make sure korang baca story 'NERD ITU MAFIA????' dulu ye... 'MUSUHKU JODOHKU??' ni sambungan dari cerita tu...☺️👌 Mengisahkan Tengku Hanna Alexandra, Tengku Irelia Amanda dan Tengku Hendry Rachael yang berpisah sewaktu berum...