𝑪𝑯𝑨𝑷𝑻𝑬𝑹 38: 𝑷𝑬𝑹𝑨𝑵𝑮𝑲𝑨𝑷✨

344 28 13
                                    

"Huarghh..." Matanya dikedipkan beberapa kali dan kemudiannya melilau sekeliling.

Tiba-tiba matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang yang berada di meja belajar itu. Bahunya terhinjut-hinjut sepertinya sedang menangis.

"Ape salah aku, Faiqal? Kenapa kau berubah secepat ni?" Soal Amanda dengan sayu. Dia masih tidak ketahui bahawa Hanna sudah bangun dan memerhatikannya.

Kemudiannya, mata Hanna beralih ke arah sisinya. Ya, kelihatan Aisyah yang nyenyak tidur. Pandangan dialihkan pula keluar tingkap. Hari sudah malam. Jam di dinding diperhatikan, menunjukkan tepat pukul 00.00 pagi.

Amy? Amy tiada disitu.

Perlahan-lahan Hanna turun dari katilnya dan menghampiri Amanda.

Bahu Amanda dicuit lembut.
"Kau okey?" Soal Hanna dengan lembut. Wajah Amanda sedikit terkejut dan cepat-cepat dia mengelap air matanya.

"K-kau dah bangun? Emm kepala kau camne? Sakit lagi?" Soal Amanda prihatin.

"Tak sakit dah.." Jawab Hanna.

"Ehh ni aku nak tanye, mane Amy? Dia tidur mana malam ni?" Soal Hanna ingin tahu.

Wajah Amanda semakin sayu.

"Hey..What happened? Everything is okey, right?" Soal Hanna dengan lembut apabila melihat perubahan pada wajah Amanda.

"A-aku tak tahu apa yang dah jadi sekarang ni, Hanna.. Kenapa diorang semua jadi macam tu?" Soal Amanda menahan sebak.

"Jadi macamana pulak ni? Aku tak faham." Soal Hanna dan dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya diatas kerusi itu.

"Macam ni, lepas kau pengsan tadi, kitorang berkumpul kat luar tu, kau ada kat dalam dorm ni..Pastu, aku citer la kat diorang ape yang jadi tadi.. Pastu, Hendry bengang la masa tu, dia nak pergi jumpa Harraz.. And then, Faiqal halang.. Dia cakap, biar dia dengan Rafiq je yang settlekan.. Pastu, diorang pun pergila.. Tak lama tu, aku terserempak dengan dia.. Aku rasa dia baru balik dari jumpa Harraz..But, he totally different, Hanna.. He's changed.." Terang Amanda dan berhenti untuk seketika.

"Berubah? Maksud kau? Berubah macamana?" Soal Hanna curious.

"Dia tengking tengking aku.. Dia marah sangat-sangat dekat aku..And dia cakap-" Amanda sudah tidak mampu lagi. Apabila teringatkan kata-kata Faiqal tadi, sungguh menyakitkan hatinya.

"Dia cakap ape?" Soal Hanna lagi. Dia menggenggam erat tangan Amanda.

"Dia cakap, dia jijik dengan aku."

"Astaghfirullahalazim.." Dengan laju Hanna menarik Amanda kedalam pelukannya. Belakang Amanda diusap. Ya, selalunya Amanda yang akan berbuat begitu kepadanya kerana Amanda seperti kakak, tetapi sekarang ini terbalik.. Seorang kakak juga memerlukan bahu untuk bersandar.

Amanda menghamburkan tangisnya. Dia tidak pernah selemah ini, tetapi disebabkan oleh seorang lelaki yang bernama Faiqal, dia menjadi sebegini rupa.

"Amy..Amy pulak, dia-dia... Dia bencikan kita semua, tanpa sebab.. Aku tak tahu kenapa, Hanna.. Kenapa diorang semua jadi macam ni?" Soal Amanda dengan sayu.

Masih teringat lagi kejadian tadi didalam benak fikiran Amanda.

FLASHBACK:

"Eh? Lewat kau balik dorm.." Tegur Amanda. Namun, Amy tidak mengendahkannya. Dia buat-buat tak dengar. Dia terus mengeluarkan beg besarnya. Barang-barangnya diletakkan di dalam beg itu.

"Ehh..Kau nak pergi mane ni?" Soal Amanda dan menghampiri Amy.

Amy masih tidak menjawab. Amanda dengan geram mengalihkan beg itu.

MUSUHKU, JODOHKU?? ( COMPLETE ) ✔️Where stories live. Discover now