𝑪𝑯𝑨𝑷𝑻𝑬𝑹 26: 𝑷𝑰𝑵𝑫𝑨𝑯 𝑺𝑬𝑲𝑶𝑳𝑨𝑯✨

298 25 1
                                    

Keadaan sudah kembali seperti sediakala, Harraz memandang bola itu dengan sayu. Ya, walau sebenci mana pun dia terhadap Riezmi, dia benar-benar merindui sepupu dan sahabatnya itu.

"Woi! Sepak lah cepat! Kau termenung ape?!" Jerit Faiqal apabila melihat Harraz termenung dari tadi.

Harraz yang tersedar dari lamunanya, terus menggeleng-gelengkan kepalanya dan menyepak bola itu dengan kuat.  Ya, hanya Harraz, Faiqal, Faiz dan Rafiq sahaja yang berada di padang untuk berlatih.

"Korang! Dah dah la berlatih tu... Jom makan..." Harraz yang mendengar suara itu terus menoleh ke arah itu dengan laju seraya tersenyum lebar.

Dia terus berlari ke arah gadis itu.

"Amboi...Tengok lah tu kawan korang, mentang-mentang lah kesayangan dia datang.." Bebel Rafiq.

"Itulah... Kita bertiga ni still single, takde tanda-tanda nak taken...Kan Rafiq? Faiqal? "
Faiz mengerutkan dahinya apabila tiada sahutan dari mereka berdua, sekali dia toleh ke belakang,

Rafiq dan Faiqal sudah berada di bawah pokok.. Rafiq berada di sebelah Aisyah, manakala Faiqal berada di sebelah Amanda.. Hendry dan Amy pun ada disitu.

"Hampeh punya kawan... Tadi bukan main lagi kau membebel...Kau pun dua kali lima sepuluh je... Tinggallah aku sorang-sorang sendu kat sini... Haish...Apelah nasib... Hensem, tapi takde orang nak... Hampeh betul..." Bebelnya seorang diri.

"Ehem...Betul ke takde orang yang nak?" Tegur seseorang.

"Iyye... Takde orang nak..." Jawab Faiz tanpa memandang gerangan itu.

"Tapi saya nak.." Serentak itu, Faiz berpusing ke belakang,

"Ehh kau Shikin.." Faiz menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kau teringin nak taken ke?" Soal Shikin dan melabuhkan punggung di atas rumput itu bersebelahan dengan Faiz.

"A...Aku?"

Shikin menganggukkan kepalanya dan tersenyum.

"A...Adelah jugak... Kenapa?" Jawab Faiz dengan gagap.

"Aku sebenarnya... Faiz...Aku dah lama dah nak cakap benda ni... Actually, from the first time I saw you, I fall in love with you... Aku tak kesah kau nak reject aku ke ape...Tapi atleast, aku dah bagitahu kenyataan sebenar.."

Faiz terkesima.

"K..Kau suka aku?" Soal Faiz dengan gagap.

Shikin tersenyum malu.

"So... Kita couple?" Soal Faiz dengan penuh teruja.

Shikin yang minum air milo itu tersedak.

"A..Are you serious?" Soal Shikin penuh teruja.

"Yes, dear..." Balas Faiz dengan senyuman manis yang mampu mencairkan hati perempuan perempuan diluar sana.

🌹🌹🌹🌹🌹

"Ape benda lah dua ekor tu duk berbincang tengah-tengah panas tu..." Duga Faiqal dan mengerutkan dahinya.

"Shikin tu takpe la putih, habis-habis pun kulit dia merah.. Tapi Faiz tu?"

"Hahahahahahhahahah" Mereka yang berada di situ ketawa terbahak-bahak.

"Bila kau beli ni? " Soal Harraz dan membuka kotak KFC itu.

"Saya beli tadi... Sambil-sambil pergi shopping dengan diorang.." Jawab Hanna dan tersenyum.

"Lahh...Why tak ajak Aku, hmm princess?..."

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Mereka yang berada disitu terbatuk-batuk.

Harraz menjeling mereka dengan tajam.

"Prince kan berlatih... Saya taknak ganggu... Hehe.." Jawab Hanna dan tersenyum manis. Harraz turut tersengih. Ya, selepas kejadian itu, hubungan antara Hanna dan Harraz semakin rapat. Dan Harraz sudah tidak seperti dahulu. Dia berlembut apabila dengan Hanna.

MUSUHKU, JODOHKU?? ( COMPLETE ) ✔️Where stories live. Discover now